Gaya hidup›Kesihatan

Kesihatan
Bekas Pesakit Covid-19 Kongsikan Pengalaman Dan Keadaan Di Dalam Wad Kuarantin
Umum telah mengetahui bahawa dunia kini sedang dilanda dengan wabak pandemik Covid-19. Tiap-tiap hari, ada saja kes serta angka kematian yang dicatatkan di seluruh dunia meningkat. Virus ini bukanlah sesuatu yang perlu dipandang ringan kerana sehingga kini tiada lagi vaksin yang mampu melawan ancaman yang dibawa virus ini. Justeru daripada kegusaran itu, banyak negara yang […]
Berita
Tiada Penerbangan Antarabangsa Di Pulau Pinang- Chow
GEORGE TOWN, 5 April — Pulau Pinang tidak lagi menerima penerbangan antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) buat masa ini apabila semua syarikat penerbangan membatalkan penerbangan mereka berikutan wabak COVID-19. Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata pembatalan penerbangan antarabangsa ke LTAPP itu adalah sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. “Menurut Pengurus Kanan […]
Kesihatan
Cuba Nasihat Agar Penduduk Tidak Berkumpul, Ketua Kampung Cedera Ditumbuk
Ketua kampung di Pesisir Selatan, Sumatera Barat, Indonesia dilaporkan telah dipukul kerana menghalang orang ramai daripada berkumpul. Kejadian tersebut dilaporkan terjadi selepas dia bertindak menegur orang ramai supaya tidak berkumpul dengan tujuan untuk mencegah penularan virus Covid-19 yang kian merebak di negara itu. Ketua Polis Lengayung, Iptu Beni Hari M berkata, ketika mangsa sedang memberi […]
Kesihatan
Trend Pematuhan PKP Semakin Baik – Ismail Sabri
PUTRAJAYA, 5 April — Trend pematuhan rakyat terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini memasuki fasa kedua bagi membendung penularan wabak COVID-19 semakin baik apabila jumlah penahanan terhadap individu ingkar kepada arahan itu menunjukkan penurunan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata berdasarkan data polis semalam, seramai 368 individu ditahan di sekatan jalan raya serta rondaan berbanding 413 tangkapan pada […]
Kesihatan
Pekerja Positif COVID-19: Ikea Tebrau Tutup Jualan Makanan
Perkhidmatan jualan makanan IKEA Tebrau ditutup sementara, sehingga diberitahu kelak, apabila seorang daripada pekerjanya didapati positif Covid-19. Dalam satu kenyataan di laman sesawang mereka, IKEA Tebrau memberitahu mereka telah dimaklumkan hasil ujian yang telah diadakan pada 1 April, dan telah memberikan kerjasama kepada pegawai dari jabatan kesihatan. “Kami akan mengambil tindakan mengikut nasihat mereka, kerja membersih […]
Kesihatan
KKM Sahkan Terdapat Satu Kluster Daripada Kes Positif Ada Sejarah Perjalanan Ke Itali
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan bahawa terdapat satu kluster daripada kes positif yang mempunyai sejarah perjalanan ke Itali. Menurut Dr Noor Hisham, kluster ini adalah merupakan kes yang ke 1,580. Difahamkan, seramai 37 orang telah disahkan positif dijangkiti daripada kluster tersebut serta satu yang sedang kritikal dan memerlukan alat bantuan […]
Kesihatan
TERKINI: 4 Kematian Baharu Dilaporkan, Jadikan 61 Kematian Secara Keseluruhan
Menerusi sidang media hari ini, Dr Noor Hisham mengumumkan bahawa terdapat 4 lagi kes kematian baharu yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam dan menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini adalah 61 atau 1.67% daripada keseluruhan kes. 4 kematian baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam menjadikan 61 kematian atau 1.67% daripada keseluruhan kes.#COVID19Malaysia pic.twitter.com/7iYMPZtiLE — KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) […]
Kesihatan
TERKINI: 90 Kes Baharu Sembuh Dicatatkan, Jumlah Kumulatif Kes 1,005
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham, memaklumkan bahawa terdapat 90 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah sembuh adalah sebanyak 1,005 kes. TERKINI #COVID19Malaysia5 April 2020 (Ahad) Bilangan pesakit yang telah sembuh adalah seramai 90 kesIni menjadikan 1005 kes telah sembuh atau 27.44% daripada […]
Kesihatan
TERKINI: 179 Kes Baharu Covid-19, Jumlah Keseluruhan Meningkat Kepada 3662 Kes
Sebanyak 179 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara hari ini. Angka tersebut sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan yang dicatatkan di Malaysia meningkat kepada 3,662 kes setakat Ahad (5 April 2020) Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media perkembangan Covid-19 yang diadakan sebentar tadi. […]
Kesihatan
Ketua Hakim Negara Gesa Pertimbang Risiko Covid-19 Di Penjara Sebelum Jatuhkan Hukuman
Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat menggesa pegawai kehakiman untuk mengambil pertimbangan berkenaan masalah risiko penularan wabak Covid-19 dihadapi penjara dalam menjatuhkan hukuman bagi kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dalam kenyataan dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP), Tengku Maimun berkata dengan mengambil kira peruntukan undang-undang sedia ada dalam menjatuhkan hukuman terhadap […]
Kesihatan
Penderma Plasma Pertama Rawat Covid-19: “Allah Ganti Sedih Saya Dengan Berita Gembira”
Tiada yang lebih menggembirakan seorang bekas pesakit COVID-19 apabila mengetahui plasma darahnya boleh membantu merawat pesakit lain yang dijangkiti pandemik yang mencetuskan keresahan masyarakat di seluruh dunia. Bagi Reza Huzairi Zainudin, 41, mengetahui plasma darahnya boleh membantu menyembuhkan pesakit COVID-19 yang lain, disambut dengan rasa syukur dan bangga kerana tidak semua plasma bekas pesakit boleh digunakan. […]
Kesihatan
COVID-19: Kes Seluruh Dunia Melebihi 1.2 Juta, Lebih Banyak Daerah Di Wuhan Diklasifikasikan Berisiko Rendah
Dunia kini berdepan ancaman COVID-19, penyakit yang sebelum ini tidak diketahui puncanya, tetapi sudah merebak ke lebih 200 negara dan rantau. Di WASHINGTON, agensi berita Xinhua melaporkan, jumlah kes COVID-19 sudah melebihi 1.2 juta, berdasarkan data dikumpul Johns Hopkins University pada Sabtu. Di TOKYO, Kementeiran Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Jepun pada Ahad berkata, kes jangkitan […]
Kesihatan
“Terharu Tengok Kesungguhan Mereka,” Ebit Lew Hadiahkan 5 Mesin Jahit Untuk Hasilkan Baju PPE
Tak perlu digambarkan tentang bagaimana tulusnya hati dan mulia perwatakan yang ditunjukkan oleh Ustaz Ebit Lew. Semua sudah sedia maklum bahawa beliau saban hari membantu golongan petugas barisan hadapan dengan pelbagai barangan. Terbaru, Ustaz Ebit Lew sekali lagi memberi sumbangan kepada pihak hospital. Beliau menghadiahkan 5 buah mesin jahit kepada Hospital Serdang yang memerlukannya bagi […]
Kesihatan
Wanita Dilaporkan Meninggal Akibat Covid-19 Beberapa Jam Lepas Lahirkan Anak
Seorang wanita di Ukraine telah meninggal dunia disebabkan oleh Covid-19 sejurus selepas melahirkan anaknya. Wanita yang berusia 36 tahun itu dikatakan telah dijangkiti virus tersebut di pusat perinatal di bandar Ivano-Frankivsk, barat Ukraine. Dia dimasukkan ke pusat tersebut pada 10 Mac lalu ketika dia tidak menunjukkan tanda-tanda virus tersebut namun jatuh sakit selepas 19 hari […]
Kesihatan
COVID-19: Polis, ATM Akan Diletakkan Di Pasar Awam Untuk Kawal Jarak Sosial
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri, menyatakan bahawa pasukan polis dan tentera akan dikerahkan ke pasar awam untuk memastikan orang ramai mematuhi garis panduan penjarakan sosial. COVID-19: Polis, ATM akan diletakkan di pasar awam untuk kawal jarak sosial – @IsmailSabri60 — BERNAMA (@bernamadotcom) April 5, 2020 Keputusan mesyuarat pagi ini supaya kita letakkan […]
Kesihatan
(Video) Didakwa Percaya Teknoloji 5G Sebarkan Covid-19, Tiang Pemancar 5G Di UK Dibakar
Satu rakaman yang memaparkan tiang pemancar 5G dipercayai dibakar oleh pihak tertentu yang didakwa percayai teknologi tersebut boleh sebarkan Covid-19 tular di media sosial. Kejadian itu dibangkitkan selepas munculnya satu video di media sosial yang menunjukkan tiang telefon terbakar termasuk satu di Birmingham dan satu di Coventry. Rakaman yang mengejutkan itu dimuatnaik di laman Facebook […]
Kesihatan
Dakwaan Terdapat Kematian Di Beaufort Akibat COVID-19 Tidak Benar – Dr Christina
KOTA KINABALU, 5 April — Jabatan Kesihatan Negeri Sabah menafikan satu mesej tular di media sosial yang mendakwa terdapat kematian di Beaufort akibat wabak COVID-19. “Maklumat itu tidak benar,” kata Pengarahnya Datuk Christina Rundi dalam kenyataan, di sini hari ini. Sebelum ini, tular satu mesej menerusi WhatsApp yang mendakwa terdapat kematian di Beaufort disebabkan wabak COVID-19. Sementara itu, mengenai perkembangan […]
Kesihatan
Berang Ditegur Tak Pakai ‘Face Mask’ Dan Serang Pegawai Guna Sabit, Warga Emas Maut Ditembak
Seorang lelaki berusia 63 tahun telah ditembak mati oleh polis di Filipina selepas dia menjadi marah apabila ditegur pegawai supaya memakai topeng muka ketika keluar dari rumah. Lelaki tersebut dipercayai sedang mabuk ketika dia mengancam pihak berkuasa dengan menggunakan sabit di selatan bandar Nasipit yang terletak di daerah Agusan del Norte, kata polis pada Sabtu. […]
Kesihatan
Kongsi Rezeki, Sayur Dan Buah Diberikan Percuma Kepada Penduduk Kampung
Umum telah mengetahui bahawa wabak pandemik Covid-19 sedang melanda dunia ketika ini. Disebabkan penularan wabak yang semakin meningkat, kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai langkah untuk memutuskan rantaian jangkitan yang dibawa oleh virus ini. Susulan daripada perlaksanaan PKP ini, pelbagai sektor kini terkesan akibat tidak dapat beroperasi. Namun begitu, antara yang paling terkesan […]
Kesihatan
Puluhan Kubur Baru Digali, Brazil Buat Persediaan Hadapi Gelombang Covid-19 Seterusnya
Brazil telah menggali puluhan kubur baru sebagai persediaan memasuki gelombang wabak Covid-19 yang seterusnya selepas negara tersebut mencatatkan peningkatan dalam jumlah kes sekurangnya 10,360 dan kematian seramai 445 orang. Peningkatan drastik kes Covid-19 di negara Amerika Selatan itu telah memaksa pekerja di tanah perkuburan seluas 780,000 meter persegi itu untuk menggali kubur yang setakat ini […]