Gaya hidupKesihatan

Kesihatan
TERKINI: 44 Pesakit Covid-19 Telah Sembuh Dan Discaj, Jumlah Keseluruhan 259
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah, mengumumkan bahawa bilangan kes pesakit Covid-19 yang berjaya disembuhkan di Malaysia terus meningkat kepada 259. Ini termasuk 44 pesakit terbaru yang telah sembuh dan discaj. TERKINI: Bilangan pesakit #COVID19 yang berjaya disembuhkan di 🇲🇾 terus 🎈meningkat kepada 2⃣5⃣9⃣ Ini termasuk 44 pesakit terbaru yg telah sembuh dan […]
Kesihatan
“Jangan Lupa Bawa Ibumu Pergi Follow Up”, Pesan Terakhir Pesakit COVID-19 Untuk Anaknya Sebelum Meninggal Dunia
Pemergian ahli keluarga tersayang sudah cukup menyakitkan, apatah lagi apabila dipisahkan akibat wabak COVID-19. Pesakit yang meninggal dunia tidak dapat bertemu keluarga ketika dalam kuarantin hinggalah ke liang lahad. Jenazahnya hanya akan diuruskan kakitangan kesihatan hingga disemadikan, sambil diperhati ahli keluarga dari jauh. Tiada pelukan, tiada ciuman terakhir buat yang tersayang. Salah seorang doktor yang […]
Luar Negara
(Video) “Saya Bertarung Untuk Diri Sendiri Dan Bayi Saya”, Luahan Ibu Hamil Yang Tenat Dijangkiti COVID-19
Jangkitan wabak COVID-19 nampaknya tidak mengenal siapa, sama ada anda seorang doktor, mahupun rakyat biasa. Malah golongan ibu mengandung juga adalah sasaran yang paling berbahaya kerana ia melibatkan dua nyawa sekaligus. Dan risiko itu kini sedang dihadapi oleh Karen Mannering, seorang wanita berumur 39 tahun yang sedang mengandungkan kandungan berusia 26 minggu. Rakaman videonya itu […]
Kesihatan
KKM Keluarkan Senarai 11 Daerah Zon Merah COVID-19, Penduduk Di Daerah Ini Diminta Lebih Berjaga-jaga
Putrajaya, 27 Mac- Sebanyak 11 daerah di Malaysia telah diisytiharkan sebagai zon merah COVID-19 setelah mempunyai lebih 41 kes. ”Anda yang berada di daerah- daerah ini perlu meningkatkan lagi langkah-langkah percegahan terutama duduk di rumah,” kata Kementerian Kesihatan Malaysia. Senarai daerah zon merah ini dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan sebentar tadi. Lembah Pantai – 167 kes […]
Gaya hidup
‘Mama Pinky’ Guna Wang Simpanan Beli Makanan Kucing
IPOH, 27 Mac – Masih ingat dengan ‘Mama Pinky’ ? Si badut pencinta kucing jalanan yang sebelum ini membelanjakan pendapatan sampingannya itu untuk membeli makanan kucing jalanan. Mama Pinky, atau nama sebenarnya, Nazirah Abd Rahman, 43, berkata susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lepas, kerja sampingannya sebagai badut kini perlu dihentikan. “Dalam waktu […]
Kesihatan
Anak Bergelut Untuk Bernafas, Ibu Sedih Tak Dapat Teman Bayi Positif Covid-19
Seorang ibu dihalang daripada duduk di tepi katil bayi perempuannya kerana peraturan kuarantin bagi membendung wabak koronavirus yang boleh membawa maut. Wanita itu berkata anaknya yang berumur dua bulan tidak menunjukkan sebarang gejala sebelum jatuh sakit. Dia memuatnaik gambar menyayat hati anak perempuannya yang bernafas melalui alat pernafasan di media sosial. Wanita itu dan pasangannya […]
Kesihatan
Tiada Bukti Saintifik Daun Mambu Boleh Rawat Covid-19 – Pakar
Tiada bukti perubatan dan kajian saintifik menunjukkan bahawa penggunaan sejenis herba dikenali sebagai daun mambu atau neem dapat merawat COVID-19, seperti yang tersebar dalam media sosial, menurut pakar. Pakar imunologi dan virologi Prof Dr Shamala Devi Sakaran berkata apa-apa rawatan perubatan termasuk produk herba perlu melalui eksperimen yang betul dan memenuhi standard sebelum diluluskan untuk […]
Kesihatan
Thailand Laksanakan Sekatan Jalan Raya Di Seluruh Negara
Susulan perintah daurat berkuat kuasa di Thailand hari ini, pihak berkuasa telah mengadakan 357 sekatan jalan raya di seluruh negara bagi melakukan saringan terhadap rakyat yang membuat perjalanan merentas wilayah dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19. Anggota tentera, polis dan pegawai kesihatan yang mengawal sekatan jalan raya di sempadan wilayah termasuk tujuh di Bangkok menjalankan saringan […]
Kesihatan
COVID-19: Singapura Catat 52 Kes Baharu, Kini Jumlah Keseluruhan 683
SINGAPURA, 26 Mac (Bernama) — Sebanyak 52 kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan di Singapura hari ini, yang meningkatkan jumlah keseluruhan jangkitan di negara republik ini kepada 683. Kementerian Kesihatan Singapura dalam kenyataan di sini berkata 28 daripada kes baharu adalah kes yang diimport, manakala 24 lagi melibatkan kes tempatan. Menurutnya kes baharu itu melibatkan sejarah perjalanan ke Eropah, Amerika […]
Kesihatan
COVID-19: Malaysia Siapkan Aplikasi Telefon Pintar Kesan Pergerakan Individu
Malaysia sedang menyediakan aplikasi telefon pintar yang boleh mengesan pergerakan individu dalam usaha mengekang penularan COVID-19, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin. Beliau berkata aplikasi serupa telah dilancarkan Singapura, yang dirujuk sebagai antara negara yang berjaya membuat pengesanan wabak itu menerusi pengesanan kontak. “Beberapa hari lepas, Singapura melancarkan aplikasi telefon bimbit bernama ‘TraceTogether’ yang […]
Berita
Dipercayai Ikut Mandikan Jenazah Pesakit Covid-19, Satu Keluarga Di Indonesia Diserang Demam
Sebuah keluarga di Makassar, Indonesia dilaporkan mula diserang demam selepas salah seorang daripada ahli keluarga tersebut ikut memandikan jenazah mangsa Covid-19 pada 15 Mac yang lalu. “Wanita itu telah dibawa ke pusat kesihatan selepas mengadu demam. Suhu tubuhnya telah mencecah 37.5. Keadaan anak dan suaminya kini semakin memburuk,” ujar ketua kampung. Wanita tersebut berasal di […]
Kesihatan
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Dilaksanakan Di Johor
Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, Johor berkuat kuasa mulai tengah malam ini hingga 9 April. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan berkata tindakan itu dibuat atas nasihat Menteri Kesihatan setelah Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat 83 […]
Kesihatan
(Video) Hotel Di Kuching Tunjuk Solidariti Dengan Cara Kreatif
Beberapa hotel di Bandaraya Kuching bertindak menyampaikan pesanan bersolidariti secara kreatif dengan menyalakan lampu bilik dan membentuknya dengan tujuan dapat memberi kesedaran kepada masyarakat dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan. Salah sebuah hotel yang terdapat pada gambar tersebut membentuk lampu biliknya dengan perkataan ‘STAY AT HOME’ atau pun duduk di rumah manakala sebuah hotel lagi membentukkan […]
Berita
Solat Jenazah Ghaib Untuk Mangsa COVID-19
SHAH ALAM, 26 Mac (Bernama) — Waris dan kenalan individu Islam, yang meninggal dunia akibat jangkitan wabak COVID-19, boleh melakukan solat jenazah ghaib ke atas arwah, kata Timbalan Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir. Beliau berkata solat jenazah ghaib berserta doa merupakan penghormatan terakhir daripada waris dan kenalan yang tidak dapat menatap wajah individu berkenaan. “Ulama tidak menetapkan tempoh […]
Kesihatan
Kadar Kematian COVID-19 Di Malaysia Hanya 1.1 Peratus
PUTRAJAYA, 26 Mac (Bernama) — Kadar kematian akibat COVID-19 di Malaysia ketika ini hanya 1.1 peratus berbanding 4.5 peratus kadar yang dicatatkan di seluruh dunia. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata lebih 98 peratus kes positif COVID-19 dapat dipulihkan setakat ini. “Memang ambil masa untuk pastikan mereka pulih dan kembali kepada masyarakat. Apa yang penting […]
Kesihatan
WHO Puas Hati Kesiapsiagaan Malaysia Hadapi COVID-19
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berpuas hati dengan kesiapsiagaan Malaysia dalam menghadapi penularan COVID-19 di negara ini. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkara itu dimaklumkan dalam mesyuarat antara WHO dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini. “Apa yang Malaysia lakukan ialah kaedah pertama iaitu MCO (Movement Control Order) atau Perintah Kawalan Pergerakan […]
Gaya hidup
PKP: JAIS Tangguhkan Lagi Permohonan Akad Nikah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melanjutkan lagi penangguhan semua urusan berkaitan permohonan dan majlis akad nikah di negeri ini sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mula dikuatkuasakan sejak 18 Mac, berakhir. Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad berkata walaupun keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor baru-baru ini berkaitan keharusan melaksanakan akad nikah menerusi sidang video, ia hanyalah sebagai panduan […]
Berita
Covid-19: Bayi 12 Hari Mangsa Paling Muda Dijangkiti
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan media mengesahkan bahawa mangsa termuda yang disahkan positif Covid-19 adalah bayi berusia 12 hari. “Gelombang pertama, usia paling muda empat tahun, tapi kita ada umur yang lebih muda daripada itu yang merupakan bayi berusia 12 hari. “Butiran kita akan maklumkan nanti,” katanya. Jika sebelum ini […]
Kesihatan
Tun M, Neelofa Kongsi Nasihat Hadapi PKP Dan COVID-19
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkongsi bersama pelakon, pengacara TV dan usahawan terkenal Neelofa menerusi akaun Instagram pagi tadi bagaimana rakyat boleh mengharungi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ancaman COVID-19. Dr Mahathir berkata pada zaman sekarang keadaan komunikasi yang baik dapat membantu rakyat khususnya golongan usahawan untuk melakukan beberapa perkara yang dahulunya tidak dapat dilakukan […]
Kesihatan
Kematian Akibat COVID-19 Di Indonesia Kini 78 Kes, 20 Kematian Baharu Dalam Tempoh 24 Jam
Kes kematian akibat pandemik virus COVID-19 di Indonesia semakin membimbangkan apabila 20 lagi kematian dicatatkan berlaku dalam tempoh 24 jam. Kematian akibat virus itu kini berjumlah 78 kes, kata jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto. Jumlah kes kematian paling tinggi dicatatkan di Jakarta iaitu sebanyak 46 kes kematian, diikuti Jawa Barat (11 kes), Jawa Tengah […]