Gaya hidup›Kesihatan
(Video) Hargai Jasa ‘Cleaner’, Petugas Kesihatan Beri Tepukan Gemuruh Undang Rasa Sebak
Ketika jutaan penduduk dunia tidur nyenyak dan bekerja dari rumah dengan penuh keselesaan, ramai petugas barisan hadapan kita terpaksa memecah peluh berkorban ketepikan kehidupan yang selesa itu demi keselamatan dan kesejahteraan negara. Doktor dan jururawat ditugaskan bersemuka dengan ‘makhluk halus’ di hospital, pekerja pasar raya pula ditugaskan untuk memastikan bekalan makanan seisi keluarga sentiasa mencukupi, […]
“Beri Kepada Mereka Yang Lebih Muda”, Warga Emas Pesakit COVID-19 Meninggal Dunia, Dipercayai Tak Mahu Dipakaikan Alat Bantuan Pernafasan
Seorang pesakit COVID-19 disahkan meninggal dunia setelah menolak untuk dipakaikan alat bantuan pernafasan. Suzanne Hoylaerts, 90 dari Lubbeek, Belgium dilaporkan berbuat demikian kerana ingin mengutamakan pesakit yang lebih muda. “Saya tak mahu menggunakan bantuan pernafasan. Simpan untuk pesakit yang lebih muda. Saya telah melalui hidup yang baik,” katanya. Menurut anak beliau, Judith, Suzanne mula jatuh […]

Covid-19: Ramai Penuntut Di Turki Mahu Pulang Ke Malaysia
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) — Lebih 350 daripada 500 pelajar Malaysia di Turki menyuarakan hasrat mahu pulang ke Malaysia, berikutan penularan wabak COVID-19 di negara itu, menurut kaji selidik Persatuan Pelajar Malaysia di Turki (MASAT). Presiden MASAT Nur Izzah Fakharuldin berkata susulan itu satu kertas kerja dikemukakan kepada pihak kedutaan untuk menyediakan penerbangan pesawat sewa khas, dibiayai […]

Arab Saudi Minta Umat Islam Tangguhkan Rancangan Tunai Ibadah Haji
Arab Saudi mahu umat Islam menunggu sehingga ada penjelasan yang sebenar mengenai pandemik koronavirus sebelum merancang untuk menunaikan ibadah haji. Sekitar 2.5 juta jemaah haji dari seluruh dunia biasanya berbondong-bondong ke tempat-tempat paling suci di Mekah dan Madinah untuk menjalankan ibadah selama seminggu, ia juga merupakan tanggungjawab sekali seumur hidup bagi setiap muslim yang berkemampuan. […]
Ditahan Polis Ketika PKP, Lelaki Kantoi ‘Sorok’ Isteri Dalam But Kereta
Seperti yang kita ketahui, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini adalah perkara yang amat penting untuk dilaksanakan kerana ianya adalah salah satu usaha dan cara untuk memutuskan rantaian jangkitan yang dibawa oleh virus Covid-19 ini. PKP ini bukan sahaja diguna pakai di negara kita, malahan ianya turut dilaksanakan di beberapa lagi negara lain di seluruh dunia. […]

(Video) “Mereka Tak Perlu Maklumat Ini,” Pasukan ‘Submarine’ Mungkin Tak Tahu Tentang Covid-19
Pengendali kapal selam British dan Amerika yang berlayar di dasar lautan mungkin tidak tahu mengenai pandemik koronavirus. Wabak pandemik Covid-19 yang kini telah mengorbankan ribuan nyawa meliputi banyak negara di dunia ini. Pasukan tersebut yang berada di laut selama 60 hingga 70 hari pada satu masa itu dalam misi rahsia pencegahan nuklear, sengaja ‘dilindungi’ dari […]
COVID-19: PKP Fasa Kedua Tempoh Kritikal Buat Rakyat Malaysia
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa kedua bermula hari ini, menjadi tempoh kritikal buat rakyat Malaysia dalam menentukan usaha memutuskan rantaian jangkitan wabak COVID-19, berjaya ataupun sebaliknya. Keberkesanannya, sudah pasti antara lain bergantung kepada tahap disiplin tinggi rakyat untuk mematuhi PKP dalam usaha membendung gelombang pandemik itu yang kini menyaksikan rakyat terus ‘dirayu’ untuk duduk di rumah, kerap membasuh tangan […]
8 Perkara Yang Anda Wajib Tahu Tentang PKP Fasa Kedua Bermula Esok Hingga 14 April 2020
Satu Malaysia sedia maklum bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Kedua berkuat kuasa pada esok hari, 1 April 2020 seperti yang diumumkan oleh Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. PKP Fasa 2 ini berbeza dan lebih diperketatkan lagi kawalan daripada pihak keselamatan yang bertanggungjawab. Menerusi perkongsian satu infografik berkaitan PKP Tahap 2 ini untuk […]
PKP: Masa Untuk ‘Jaga Tepi Kain Orang’, Membantu Golongan Memerlukan
Kata-kata “tengok-tengokkan dan jagalah tepi kain orang untuk membantu mereka yang memerlukan di kawasan anda”, mendorong seorang pemilik restoran, Suthan Mookiah, 34, untuk memulakan program kebajikannya sendiri dalam tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).. Menerusi program ‘Pek Percuma Barang Runcit’, beliau mengumpulkan barangan penting untuk disumbangkan kepada keluarga yang tinggal di pangsapuri kos rendah berdekatan […]
Seramai 742 Individu Ditahan Semalam Kerana Ingkar PKP, Berkurang Dari Hari Sebelumnya- Ismail Sabri
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media yang diadakan sebentar tadi mengesahkan bahawa seramai 742 individu berjaya ditahan semalam kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan. Menurutnya, jumlah individu yang ditahan pada semalam itu semakin berkurang daripada hari sebelumnya. 742 individu ditahan semalam ingkar Perintah Kawalan Pergerakan, berkurang dari hari sebelumnya – […]
PKP: Beberapa Jalan Di Klang Ditutup Sepenuhnya Bermula Esok
Beberapa jalan di sekitar Klang akan ditutup sepenuhnya mulai esok hingga 14 April ini bagi mengurangkan pergerakan orang awam sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Nurulhuda Mohd Salleh berkata jalan yang akan ditutup adalah di Kilometer (KM) 3.5 Jalan Shapadu Lama; KM3.7 Jalan Shapadu Lama ke Rantau Panjang; Jambatan Raja Muda Nala (Jalan Tanjung […]

Menyamar Polis, Langgar PKP, Dua Lelaki Dipenjara Lapan Bulan
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) — Dua lelaki dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menyamar polis dan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Penarik kereta, Muhammad Nur Saddiq Isham Marzuki, 24 dan penganggur, Mohamed Nazrin Shah Kamal Bachah, 25, dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan bagi pertuduhan menyamar polis serta penjara […]
Rakyat Malaysia Pulang Dari Luar Negara Akan Dikuarantin 14 Di Tempat Dikhaskan Kerajaan- Ismail Sabri
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media yang diadakan sebentar tadi menyatakan bahawa semua rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara akan terus dikuarantin selama 14 hari. Menurutnya, ahli keluarga tidak perlu pergi ke lapangan terbang untuk menjemput mereka yang baru pulang dari luar negara. Ini kerana, mereka yang […]

Lebih 30,000 Kes Denggi Dilaporkan Sejak 29 Dis 2019 – CPRC
KUALA LUMPUR, 31 Mac — Sebanyak 34,238 kes denggi dilaporkan dari 29 Dis 2019 hingga 28 Mac tahun ini, demikian menurut Laporan Situasi Semasa Denggi, Chikungunya dan Zika di Malaysia bagi Tahun 2019 dan 2020. Laporan yang dikeluarkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Kementerian Kesihatan (KKM) itu menunjukkan penurunan 2,047 kes (5.6 peratus) berbanding 36,285 kes […]

Agong, Permaisuri Berkenan Kerajaan Tidak Bayar Emolumen Diraja Enam Bulan
KUALA LUMPUR, 31 Mac — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan supaya kerajaan tidak membayar Emolumen Diraja kepada Seri Paduka berdua selama enam bulan mulai Mac hingga Ogos. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata perkenan oleh Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah […]
Kes COVID-19 Seluruh Dunia Melebihi 750,000
Hanya selepas beberapa hari kes covid-19 mencecah setengah juta, jumlah jangkitan di seluruh dunia pada Isnin melebihi 755,000, lapor agensi berita Anadolu memetik data Johns Hopkins University. Virus maut itu kini menular ke sekurang-kurangnya 177 negara dan wilayah di seluruh dunia, dengan lebih 36,000 kematian. Sehingga kini lebih 158,000 orang yang didiagnosis dengan penyakit itu […]
Dedikasi Petugas Kesihatan Perangi COVID-19 Sangat Menakjubkan- KP Kesihatan
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) — Selepas 67 hari negara dilanda wabak COVID-19 sejak kes pertama pada 25 Jan lepas, insan bergelar petugas kesihatan merupakan antara barisan hadapan yang bertungkus lumus dalam memerangi virus membunuh ribuan nyawa di seluruh dunia. Menghargai segala pengorbanan dan penat lelah mereka, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah secara peribadi […]
Prosedur Pengurusan Bazar Ramadhan Di WP Akan Dipertingkat – Annuar
Prosedur pengurusan bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan mulai tahun ini akan dipertingkat bagi mengelak orang ramai bersesak di gerai-gerai jualan, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata pihaknya akan membuat penelitian lanjut bersama pihak yang berkaitan sebelum pengumuman mengenai perkara itu dilakukan sedikit masa lagi. “Saya tidak mahu oleh kerana Singapura atau pihak-pihak lain […]

Wilayah Di Indonesia Guna ‘Pocong’ Untuk Halang Penduduk Keluar Rumah
Sebuah kampung di Kabupaten Purworejo menjalani isolasi dan dijaga pocong agar pendduknya terhindar dari Covid-19. Sosok pocong ‘digunakan’ untuk mengingatkan penduduk pada kematian. “Pocong itu mengingatkan kita pada kematian, jadi sesiapa sahaja yang mengejek dan tidak mengikut langkah pencegahan penyebaran virus tersebut boleh menjadi pocong atau mati. Semoga wabak ini akan cepat berakhir,” kata seorang […]
(Video)Hospital Di New York Dipercayai Guna ‘Forklift’ Usung Mayat Dalam Lori
Tular, detik-detik mayat yang dipercayai pesakit Covid-19 dimuatkan ke dalam sebuah lori berhawa dingin menggunakan forklift di luar sebuah hospital di New York. Rakaman yang menakutkan itu telah dirakamkan dari luar sebuah hospital di New York yang telah meragut 790 nyawa dan telah menjangkiti lebih 36,000 orang. Beberapa jam sebelumnya, sebuah gambar yang sama turut […]