Gaya hidup›Kesihatan
(Video) “Saya Minta Tolong Untuk Tempoh 2 Minggu Ni Sahaja”, PM Rayu Rakyat Malaysia Kekal Di Rumah
Putrajaya, 18 Mac – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merayu orang ramai agar tinggal di dalam rumah sepanjang dua minggu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. “Saya minta tolong untuk tempoh 2 minggu ini sahaja dulu. Kenapa? Kerana kita nak putuskan rantaian jangkitan virus ini supaya jumlah orang yang dijangkiti dapat dikurangkan atau dihapuskan. “Kenapa tempoh […]

TERKINI: 117 Lagi Kes Baru COVID-19 Dicatatkan Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia dalam satu tweet sebentar tadi memaklumkan sebanyak 117 kes baru COVID-19 dilaporkan di Malaysia setakat 18 Mac. Ia menjadikan jumlah kes keseluruhan kini meningkat kepada 790 kes. 80 daripada kes baru berkenaan dikaitkan dengan kluster kes perhimpunan jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling. Jumlah kumulatif kes tabligh adalah 513 kes. Manakala sebanyak […]
“Doktor Tak Bagitahu Pun Boleh Mati,” Wanita Kongsi Pengalaman Lahirkan Anak
Setiap daripada insan yang bergelar ibu pastinya sudah berpengalaman dalam melalui detik-detik sukar dalam melahirkan seorang cahaya mata. Umum telah mengetahui bahawa melahirkan anak sememangnya sesuatu yang sukar dan pelbagai risiko kesihatan terpaksa digadaikan. Pengorbanan itulah yang perlu dihargai oleh setiap yang bergelar anak serta suami. Dalam satu bebenang Twitter yang ditulis oleh Bella Anuar, […]
Seluruh Rakyat Boleh Main Peranan Untuk Nasihat Dan Tegur Mereka Yang Ingkar”- KJ
Umum sememangnya mengetahui bahawa dunia kini sedang dilanda dengan wabak virus Covid-19 yang boleh membawa maut. Sehingga kini, kes serta angka kematian yang dicatatkan di seluruh dunia meningkat hari demi hari. Justeru daripada itu, banyak negara yang telah mengambil langkah serius dalam memerangi virus ini antaranya China, Amerika Syarikat, Itali, Perancis, Vietnam, Thailand dan juga […]

Sedang Rawat Pesakit COVID-19, Barangan Doktor Dan Jururawat Di Itali Didakwa Kena Curi
Barang-barang seperti telefon, komputer dan dompet yang dimiliki oleh doktor dan jururawat yang merawat pesakit koronavirus dikatakan telah dicuri. Pencuri memasuki jabatan kecemasan di klinik poliklinik Palermo di Sicily, Itali kira-kira jam 8.30 malam semalam. Menurut laporan La Repubblica, pencuri itu mengambil empat monitor, dua komputer dan kebanyakan barangan peribadi doktor dan pelatih. Tentera telah […]

COVID 19: Hampir 200,000 Dijangkiti Virus Seluruh Dunia, Malaysia Catat Kes Tertinggi Di Rantau Asean – KKM
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan statistik terbaru pada hari ini berkaitan jangkitan COVID-19 di seluruh dunia. Menerusi laman Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kematian mencecah hampir 8,000 di dunia dan hampir 200,000 dijangkiti virus itu. Kematian di Itali pula lebih 2,500 dengan kadar kematian 7.9% mengatasi China 4%. Manakala di Malaysia pula, dua kematian direkodkan […]
“Dulu Belajar Hafiz Al-Quran, 15 Juz Juga,” Ebit Lew Kongsi Pernah Berjumpa Mangsa Covid-19
Berita kematian mangsa Covid-19 di Malaysia turut mendapat perhatian pendakwah terkenal Ebit Lew. Beliau turut berkongsikan bahawa dia pernah berjumpa dengan mangsa sekitar tahun 2003. Ustaz Ebit Lew sempat menghubungi isteri arwah selepas pemergian suami tercintanya itu. Ustaz Ebit Lew juga turut sempat menzahirkan penghargaan kepada petugas-petugas kesihatan barisan hadapan yang sedang berjihad dalam memerangi […]
“Kita Mempunyai Peluang Yang Tipis Untuk Memutuskan Rangkaian Jangkitan COVID-19” – KP Kesihatan
Rakyat Malaysia buat pertama kalinya pada hari ini perlu menjalani Perintah Kawalan Pergerakan yang disebabkan oleh penularan pandemik COVID-19. Perintah ini meliputi seluruh negara dan pihak berkuasa menyeru agar rakyat mematuhi perintah yang telah ditetapkan. Menerusi laman Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah, beliau merayu agar semua rakyat Malaysia patuh kepada perintah kawalan tersebut. […]

Kisah Jemaah Tabligh Masjid Sri Petaling Dikuarantin COVID-19
LABUAN, 18 Mac — Bagi Umar Faruq (bukan nama sebenar), 54, ijtimak tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur baru-baru ini adalah seperti tahun-tahun sebelum ini, dengan dalam dan luar masjid itu penuh sesak dengan ribuan jemaah tabligh dari dalam dan luar negara. Kesesakan lebih terasa terutamanya apabila ‘bayan’ (program ceramah) dimulakan dengan mereka duduk rapat-rapat. Begitu juga masa makan, keadaan hampir […]

Pekerja Malaysia Di Singapura Diberi Dua Pilihan
JOHOR BAHRU, 18 Mac (Bernama) — Bekerja dari rumah atau tinggal di tempat yang disediakan oleh majikan adalah antara pilihan diberi oleh syarikat di Singapura kepada warga Malaysia yang berulang-alik setiap hari untuk bekerja di republik tersebut. Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara mulai hari ini hingga 31 Mac bagi membendung penularan wabak COVID-19, kebanyakan […]

(Video) JAKIM Dedah Cara Tayamum Yang Betul Untuk Jenazah Jangkitan Covid-19
Susulan daripada kematian pertama yang dicatatkan di Malaysia oleh Pihak Kementerian Kesihatan baru-baru ini membuatkan ramai orang yang bertanyakan cara untuk mandikan jenazah jangkitan Covid-19 ini. Malah, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Hal Ehwal Agama, kematian jenazah Covid-19 ini perlu diuruskan mengikut hukum pengurusan jenazah pesakit ebola. Terkini, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia […]

Itali Lancar Operasi Tahan Mereka Ingkar Arahan ‘Lockdown’
ROM, 18 Mac (Bernama) — Berikutan peningkatan jumlah kes pelanggaran “lockdown” memaksa pihak berkuasa Itali mengambil tindakan tegas dengan menguatkuasakan undang-undang demi untuk membendung wabak COVID-19 yang semakin menular di negara Eropah itu, lapor agensi berita Anadolu. Data Kementerian Dalam Negeri, dalam tempoh 11 hingga 15 Mac, lebih 665,000 orang diwajibkan menjalani pemeriksaan. Dalam tempoh itu […]
Solat Pakai ‘Face Mask’, Menteri Agama Jawab Persoalan Netizen
Peningkatan kes COVID-19 di Malaysia menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat sehingga kerajaan telah menetapkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada hari ini sehingga 31 Mac 2020. Dalam keadaan pandemik ini, masyarakat khususnya dalam kalangan netizen tertanya-tanya mengenai ibadah bagi umat Islam. Laman sosial Menteri Dalam Negeri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri […]
(Video)Tiada Kerusi Dan Meja Disediakan, Peniaga Turuti Arahan Kerajaan Bendung Penularan Covid-19
Kerajaan telah mengambil keputusan untuk mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengawal penularan wabak COVID-19 daripada menjadi lebih buruk. Berikutan dengan langkah yang dilaksanakan itu, terdapat beberapa arahan yang perlu dituruti oleh rakyat Malaysia antaranya ialah, kedai makan dan restoran masih boleh beroperasi namun perlu menjual secara bungkus sahaja dan premis perniagaan serta orang ramai disarankan […]
Orang Tua, Pesakit Darah Tinggi & Diabetes, Risiko Kematian Tinggi Jika Dijangkiti Covid-19 – Public Health
Kita baru sahaja digemparkan dengan dua kematian akibat jangkitan Covid-19 yang dilaporkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia pada petang semalam. Rentetan daripada itu, Perintah Kawalan Pergerakan juga sudah dilancarkan oleh Perdana Menteri untuk membendung gejala ini. Namun, masih ada segelintir masyarakat yang degil dan pentingkan diri untuk keluar dan pulang ke kampung sepanjang tempoh 14 […]

Perintah Kawalan Pergerakan Bermula Hari Ini, Jalan Di Kuala Lumpur Lancar
KUALA LUMPUR, 18 Mac – Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa selama 14 hari bermula hari ini, menyaksikan orang ramai akur dengan arahan yang dikeluarkan kerajaan itu dalam usaha menangani penularan COVID-19. Keadaan sesak yang biasanya dialami pada sebelah pagi hari bekerja di ibu negara tidak berlaku hari ini dengan keadaan tenang dan trafik lancar. Namun […]

“Tidak Perlu Keputusan Drastik,” Olimpik Tokyo 2020 Bakal Diteruskan
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa berkata pada Selasa bahawa Olimpik Tokyo 2020 musim panas ini akan diadakan seperti yang dijadualkan walaupun terdapat cabaran yang ditimbulkan oleh pandemik koronavirus. “IOC tetap komited sepenuhnya ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan dengan lebih dari empat bulan untuk pergi sebelum pertandingan, tidak perlu untuk membuat keputusan drastik pada tahap ini. “IOC […]

Pemain Brooklyn Nets, Kevin Durant Disahkan Positif COVID-19
Kevin Durant adalah antara empat orang anggota Brooklyn Nets yang diuji posititif Covid-19. Menurut kenyataan dari pasukan, hanya satu pemain yang menunjukkan tanda-tanda sementara tiga yang lain adalah ‘asimtomatik’. Semua empat pemain kini diasingkan dan di bawah jagaan pakar perubatan. Tidak jelas sama ada Durant menunjukkan gejala. Identiti tiga pemain lain tidak dinyatakan. “Organisasi kini […]
Doktor Dijangkiti COVID-19 Tapi Makin Sembuh Kongsi Simptom Demi Simptom Jangkitan Dialaminya
Sebanyak lebih 189,000 kes positif COVID-19 telah dicatatkan di seluruh dunia dengan lebih 7,000 kematian. Dalam jumlah berkenaan, lebih 80,000 pesakit telah disahkan sembuh, salah seorangnya seorang pakar bius di sebuah Hospital Universiti Oxford, UK, Chris Gough. Dalam perkongsian beliau di laman Twitter, Chris berkongsi simptom-simptom yang beliau alami setelah disahkan positif hinggalah semakin pulih […]
MKN Larang Orang Ramai Keluar Bersenam Di Taman Rekreasi Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
MENTERI Belia & Sukan, Datuk Seri Reezal Merican berkongsi menerusi Twitternya tentang langkah keselamatan di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa mulai 18 hingga 31 Mac. Melalui perintah ini, rakyat diminta untuk tidak pergi ke mana-mana kawasan rekreasi untuk melakukan sebarang aktiviti seperti riadah dan bersenam. Larangan tersebut juga menfokuskan kepada aktiviti membawa […]