Gaya hidup›Kesihatan
“Berdoalah Banyak-banyak Agar Tak Kena Duduk Sini”, Wanita Hamil Kongsi Pengalaman Dijangkiti COVID-19
Wabak COVID-19 semestinya membuatkan orang ramai khuatir disebabkan cara penularannya yang mudah melalui kontak rapat. Tambahan pula, ia tidak mempunyai penawar dan vaksin virus ini masih dalam proses ujian untuk mengetahui keberkesanannya. Di Malaysia, seramai 60 pesakit telah pulih daripada jumlah keseluruhan 790 kes. Salah seorang pesakit yang pulih adalah seorang wanita yang merupakan satu-satunya […]
5 Sebab Kenapa Pembelian Panik Hanya Merugikan Anda
Panik tidak membantu menyelesaikan masalah. Dalam situasi genting ini, kita perlu tenang dan mematuhi perintah kerajaan dan pihak berkuasa dalam membendung penularan wabak COVID-19. Pembelian panik hanya membahayakan diri sendiri apabila orang ramai berduyun-duyun memenuhi pasar raya. Boleh jadi dalam keramaian itu, ada antara pelanggan lain yang merupakan pesakit COVID-19 tanpa kita sedari. Malah, pesakit […]
Diserbu ‘Gengster’ Troli, Chong Wei Titip Pesanan Hadapi COVID-19
Khabar angin kononnya negara bakal melakukan ‘lockdown’ atau perintah berkurung membuatkan orang ramai berpusu-pusu untuk membeli barang keperluan asas biarpun Perdana Menteri telahpun menjamin barangan keperluan mencukupi untuk semua. Tidak terkecuali bekas pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei. Menurutnya, beliau turut bersiap sedia untuk mendapatkan barang keperluan harian untuk keluarganya. Beliau turut menitipkan […]
Foto Petugas Kesihatan Di Hubei Gembira Selepas Tiada Lagi Kes COVID-19 Dilaporkan
Wuhan, 18 Mac – Selama dua hari berturut-turut, suruhanjaya kesihatan Hubei mengesahkan tiada kes suspek jangkitan baru COVID-19 dicatatkan di wilayah itu. Menurut Xinhua, wilayah yang menjadi pusat permulaan penularan wabak itu juga bebas kes disyaki pada hari ini. Berdasarkan laporan itu, tiada kes baru COVID-19 dicatatkan di 16 bandar selain Wuhan dalam tempoh 13 […]
Tangan Kecut & Bermandi Peluh, Netizen Dedah Realiti Petugas Perubatan Kendali COVID-19
WALAUPUN hari ini hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, namun masih terdapat segelintir orang awam yang ‘degil’ tidak mematuhi arahan tersebut. Di sebalik kekalutan ini, pihak yang paling terkesan dengan kedegilan orang awam tersebut adalah petugas barisan hadapan; petugas perubatan. Seorang pengguna Facebook, Firdaus Mokhtar telah berkongsi realiti sebenar tentang gerak kerja petugas-petugas ini yang […]
”Biar Virus Di Masjid Mati Dulu”, Cikgu Rayu Orang Ramai Solat Di Rumah Ikut Saranan Mufti
Pelbagai langkah drastik terpaksa diambil untuk membendung penularan wabak COVID-19 kini. Sehingga kini, sebanyak 790 kes dicatatkan di Malaysia sekaligus menjadikan negara kita memiliki bilangan kes tertinggi di rantau ASEAN. Dari jumlah itu, sebanyak lebih 500 kes melibatkan peserta himpunan tabligh di Masjid Sri Petaling pada Februari lalu. Justeru, pelbagai langkah diambil untuk menghentikan himpunan […]
“Ibu Bapa, Tolong Batalkan Kenduri Buat Masa Ini” -PM
Perdana Menteri berpesan kepada mereka yang ingin mengadakan kenduri agar menangguhkan acara itu buat masa ini sehingga ke waktu yang lebih baik. “Kepada ibu bapa pengantin, saya minta tolong sangat-sangat. Buat sementara ni tolong batalkan kenduri. Akad nikah boleh dibuat, tapi majlis kenduri perlu dibuat pada tempoh masa lain. “Bila keadaan bertambah baik, buatlah kenduri […]
(Video) Tempoh Kawalan Mungkin Dilanjutkan Jika Rantaian Jangkitan Tak Berjaya Diputuskan- PM
Putrajaya, 18 Mac – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Perintah Kawalan Pergerakan mungkin perlu dilanjutkan jika rantaian jangkitan tidak putus. Menurutnya, tempoh perintah selama dua minggu itu bertujuan untuk memutuskan rantaian jangkitan berikutan simptom wujud dalam tempoh 14 hari. ”Terdapat kes, simptom hanya muncul selepas itu dan kerajaan berharap selepas tempoh dua minggu, […]
Jumlah Terkini Kes COVID-19 Mengikut Negeri
Setakat jam 5 petang tadi, sebanyak 790 kes COVID-19 telah direkodkan di Malaysia melibatkan pesakit di setiap negeri. Dalam jumlah berkenaan, Selangor menjadi negeri dengan kes COVID-19 tertinggi dengan 192 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (119) dan Sabah (103). Sementara itu, Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan bilangan kes terendah iaitu sebanyak 5 kes […]
(Video) “Saya Minta Tolong Untuk Tempoh 2 Minggu Ni Sahaja”, PM Rayu Rakyat Malaysia Kekal Di Rumah
Putrajaya, 18 Mac – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merayu orang ramai agar tinggal di dalam rumah sepanjang dua minggu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. “Saya minta tolong untuk tempoh 2 minggu ini sahaja dulu. Kenapa? Kerana kita nak putuskan rantaian jangkitan virus ini supaya jumlah orang yang dijangkiti dapat dikurangkan atau dihapuskan. “Kenapa tempoh […]

TERKINI: 117 Lagi Kes Baru COVID-19 Dicatatkan Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia dalam satu tweet sebentar tadi memaklumkan sebanyak 117 kes baru COVID-19 dilaporkan di Malaysia setakat 18 Mac. Ia menjadikan jumlah kes keseluruhan kini meningkat kepada 790 kes. 80 daripada kes baru berkenaan dikaitkan dengan kluster kes perhimpunan jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling. Jumlah kumulatif kes tabligh adalah 513 kes. Manakala sebanyak […]
“Doktor Tak Bagitahu Pun Boleh Mati,” Wanita Kongsi Pengalaman Lahirkan Anak
Setiap daripada insan yang bergelar ibu pastinya sudah berpengalaman dalam melalui detik-detik sukar dalam melahirkan seorang cahaya mata. Umum telah mengetahui bahawa melahirkan anak sememangnya sesuatu yang sukar dan pelbagai risiko kesihatan terpaksa digadaikan. Pengorbanan itulah yang perlu dihargai oleh setiap yang bergelar anak serta suami. Dalam satu bebenang Twitter yang ditulis oleh Bella Anuar, […]
Seluruh Rakyat Boleh Main Peranan Untuk Nasihat Dan Tegur Mereka Yang Ingkar”- KJ
Umum sememangnya mengetahui bahawa dunia kini sedang dilanda dengan wabak virus Covid-19 yang boleh membawa maut. Sehingga kini, kes serta angka kematian yang dicatatkan di seluruh dunia meningkat hari demi hari. Justeru daripada itu, banyak negara yang telah mengambil langkah serius dalam memerangi virus ini antaranya China, Amerika Syarikat, Itali, Perancis, Vietnam, Thailand dan juga […]

Sedang Rawat Pesakit COVID-19, Barangan Doktor Dan Jururawat Di Itali Didakwa Kena Curi
Barang-barang seperti telefon, komputer dan dompet yang dimiliki oleh doktor dan jururawat yang merawat pesakit koronavirus dikatakan telah dicuri. Pencuri memasuki jabatan kecemasan di klinik poliklinik Palermo di Sicily, Itali kira-kira jam 8.30 malam semalam. Menurut laporan La Repubblica, pencuri itu mengambil empat monitor, dua komputer dan kebanyakan barangan peribadi doktor dan pelatih. Tentera telah […]

COVID 19: Hampir 200,000 Dijangkiti Virus Seluruh Dunia, Malaysia Catat Kes Tertinggi Di Rantau Asean – KKM
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan statistik terbaru pada hari ini berkaitan jangkitan COVID-19 di seluruh dunia. Menerusi laman Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kematian mencecah hampir 8,000 di dunia dan hampir 200,000 dijangkiti virus itu. Kematian di Itali pula lebih 2,500 dengan kadar kematian 7.9% mengatasi China 4%. Manakala di Malaysia pula, dua kematian direkodkan […]
“Dulu Belajar Hafiz Al-Quran, 15 Juz Juga,” Ebit Lew Kongsi Pernah Berjumpa Mangsa Covid-19
Berita kematian mangsa Covid-19 di Malaysia turut mendapat perhatian pendakwah terkenal Ebit Lew. Beliau turut berkongsikan bahawa dia pernah berjumpa dengan mangsa sekitar tahun 2003. Ustaz Ebit Lew sempat menghubungi isteri arwah selepas pemergian suami tercintanya itu. Ustaz Ebit Lew juga turut sempat menzahirkan penghargaan kepada petugas-petugas kesihatan barisan hadapan yang sedang berjihad dalam memerangi […]
“Kita Mempunyai Peluang Yang Tipis Untuk Memutuskan Rangkaian Jangkitan COVID-19” – KP Kesihatan
Rakyat Malaysia buat pertama kalinya pada hari ini perlu menjalani Perintah Kawalan Pergerakan yang disebabkan oleh penularan pandemik COVID-19. Perintah ini meliputi seluruh negara dan pihak berkuasa menyeru agar rakyat mematuhi perintah yang telah ditetapkan. Menerusi laman Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah, beliau merayu agar semua rakyat Malaysia patuh kepada perintah kawalan tersebut. […]

Kisah Jemaah Tabligh Masjid Sri Petaling Dikuarantin COVID-19
LABUAN, 18 Mac — Bagi Umar Faruq (bukan nama sebenar), 54, ijtimak tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur baru-baru ini adalah seperti tahun-tahun sebelum ini, dengan dalam dan luar masjid itu penuh sesak dengan ribuan jemaah tabligh dari dalam dan luar negara. Kesesakan lebih terasa terutamanya apabila ‘bayan’ (program ceramah) dimulakan dengan mereka duduk rapat-rapat. Begitu juga masa makan, keadaan hampir […]

Pekerja Malaysia Di Singapura Diberi Dua Pilihan
JOHOR BAHRU, 18 Mac (Bernama) — Bekerja dari rumah atau tinggal di tempat yang disediakan oleh majikan adalah antara pilihan diberi oleh syarikat di Singapura kepada warga Malaysia yang berulang-alik setiap hari untuk bekerja di republik tersebut. Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara mulai hari ini hingga 31 Mac bagi membendung penularan wabak COVID-19, kebanyakan […]

(Video) JAKIM Dedah Cara Tayamum Yang Betul Untuk Jenazah Jangkitan Covid-19
Susulan daripada kematian pertama yang dicatatkan di Malaysia oleh Pihak Kementerian Kesihatan baru-baru ini membuatkan ramai orang yang bertanyakan cara untuk mandikan jenazah jangkitan Covid-19 ini. Malah, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Hal Ehwal Agama, kematian jenazah Covid-19 ini perlu diuruskan mengikut hukum pengurusan jenazah pesakit ebola. Terkini, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia […]