Gaya hidup›Kesihatan

Gaya hidup
Demi Rawat Anak Sakit, Nenek 85 Tahun Cekal ‘Berenang’ Setiap Hari Cari Hasil Laut Untuk Dijual
Tiada siapa yang boleh menandingi pengorbanan seorang ibu yang sanggup melakukan apa sahaja demi membahagiakan anak yang tercinta. Selagi mereka mempunyai kudrat dan tenaga, pasti mereka akan melakukan apa saja demi kesejahteraan anak-anaknya itu. Seorang wanita Vietnam berusia 85 tahun sanggup menghabiskan masa berjam-jam setiap hari di dalam laut untuk mencari hasil laut seperti kerang, […]
Kesihatan
Rawat Pesakit Koronavirus Sepanjang Hari, Staf Hospital Tidur Merata Akibat Terlalu Penat
Kakitangan perubatan yang keletihan tidur di lantai hospital kerana mereka bekerja sepanjang hari untuk merawat pesakit koronavirus. Gambar menunjukkan kakitangan perubatan hospital yang berbaring di mana sahaja yang boleh di sebuah hospital yang tidak dinyatakan di China. Itu termasuklah lantai, kerusi dan lain-lain lagi. Selain itu, gambar turut menunjukkan kakitangan-kakitangan perubatan tidur bersebelah masing-masing di […]
Gaya hidup
Akibat Suka Makan Daging Mentah, Cacing Pita Hidup 10 Tahun Dalam Otak Lelaki Ini
Seorang lelaki telah didiagnos mempunyai cacing pita yang masih hidup dalam otaknya selepas mengadu sakit kepala dan muntah-muntah sedekad yang lalu. Jangkitan cacing parasit ini berlaku kerana lelaki dari Texas ini mengamalkan memakan daging mentah dalam hidangan harian. Menurut pakar bedah di Austin, kes tersebut disifatkan sebagai jarang berlaku dan amat luar biasa kerana cacing […]
Kesihatan
Lelaki 41 Tahun Jadi Rakyat Malaysia Pertama Dijangkiti Koronavirus
Berita terkini yang disahkan oleh Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad, 2 lagi positif koronavirus di Malaysia. Seorang daripadanya adalah warganegara Malaysia. Lelaki berusia 41 tahun itu jadi warga Malaysia pertama disahkan positif koronavirus. Menjadikan jumlah kes positif koronavirus di Malaysia meningkat ke 10 kes. Keluarga terdekat dengan lelaki warganegara disahkan #koronavirus akan diletakkan dalam ‘home […]
Gaya hidup
Tak Payah Marah-Marah Lagi, Ibu Bapa Boleh Cuba Cara Psikologi Ini Untuk ‘Denda’ Anak
Memang tidak mudah untuk mendidik anak, tambah-tambah pula dengan sikap anak kecil yang tidak mendengar kata dan suka melawan menyebabkan ibubapa mudah hilang kesabaran dan naik ‘hantu’. Tak elok juga jika sering marah dan memukul anak kerana perkara itu boleh menjejaskan perkembangan emosi mereka. Apa kata ibubapa diluar sana ikuti kaedah ‘psikologi’ yang dilakukan oleh […]
Luar Negara
Jepun Kuarantin Kapal Persiaran Selepas Seorang Penumpang Positif Koronavirus
Kerajaan Jepun bertindak mengkuarantinkan kapal persiaran Diamond Princess di pelabuhan Yokohama selepas seorang lelaki dari Hong Kong yang berlayar di atasnya bulan lalu disahkan positif koronavirus. Lelaki yang berusia 80 tahun itu dikatakan sah dijangkiti koronavirus di Hong Kong selepas pulang dari pelayarannya itu. Dia dikatakan tidak mengalami demam ketika berada disana dan hanya mengalami […]
Berita
Sehingga 3 Februari, Koronavirus Ragut 426 Nyawa Daripada 20,626 Kes Seluruh Dunia
Wabak Koronavirus yang berasal dari wilayah Wuhan, China telah merebak ke 27 negara dan wilayah di seluruh dunia. Angka kes yang disahkan adalah 20,626 dan mencatat 426 kematian sehingga tarikh 3 Februari 2020. Pada 3 Februari, Jerman telah mencatat lebih dua orang dijangkiti wabak ini turut diikuti dengan Amerika syarikat, Vietnam dan India. Beberapa negara […]
Berita
(Video) Ibu Setia Sediakan Makan, Menangis Tak Dapat Dekati Anak Dikuarantin Disyaki Dijangkiti Koronavirus
Wabak novel koronavirus yang sedang melanda dunia pada ketika ini sememangnya memberi tamparan hebat terutamanya kepada negara China kerana mencatatkan jumlah kes serta angka kematian yang tertinggi sekali. Oleh kerana ingin mencegah virus maut ini daripada terus menular, kerajaan China telah mengambil langkah pencegahan dengan menyekat rakyatnya daripada meninggalkan negara itu. Selain daripada itu juga, […]
Berita
Rakyat Thailand Yang Dibawa Keluar Dari Wuhan Akan Dikuarantin Di Chon Buri
BANGKOK, 3 Feb (Bernama) — Semua rakyat Thailand yang dibawa keluar esok dari Wuhan, pusat penularan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV), akan diperiksa dan dikuarantin di sebuah pangkalan tentera laut di Chon Buri selama 14 hari sebelum dibenarkan kembali ke rumah masing-masing. Dalam satu kenyataan, jurucakap Tentera Laut Diraja Thailand Prachachart Sirisawat berkata lima bangunan di pangkalan itu yang terletak […]
Luar Negara
Harap Semua Rakyat Malaysia Di Wuhan Sihat Untuk Kembali Ke Tanah Air- TPM
SERI KEMBANGAN, 3 Feb (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap semua rakyat Malaysia yang terkandas di wilayah Hubei, China, susulan penularan wabak novel koronavirus 2019 (2019-nCoV), berada dalam keadaan sihat untuk membolehkan mereka dibenarkan pulang ke tanah air. Menyatakan pesawat khas yang dalam Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana […]
Berita
Keputusan Sekat Pelancong Dari China Sebab Nak Lindungi Kesihatan Rakyat Kami- PM Singapura
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong pada Sabtu menyatakan bahawa langkah yang diambilnya untuk menyekat kemasukan pelawat dari dan yang pernah ke China baru-baru ini dari memasuki Singapura adalah satu tindakan awal “untuk melindungi kesihatan warga awam Singapura”. Bercakap di hadapan kira-kira 2,500 penduduk di satu majlis makan malam sempena Tahun Baru Cina, Lee berkata […]
Kesihatan
(Video) Hiba, Mungkin Kali Terakhir Bersua, Pasangan Warga Emas Positif Virus Wuhan Berpegangan Tangan Ucap Selamat Tinggal
Sepasang warga emas dipercayai pesakit koronavirus menyentuh hati warga maya apabila saling berpegangan tangan ketika sama-sama terlantar di katil hospital. Kedua-dua pesakit dipercayai berusia 80-an itu dilihat memandang satu sama lain dengan renungan yang menyedihkan. Kesetiaan mereka hingga hujung usia membuatkan orang ramai tersentuh dan menitiskan air mata. “Apa erti (hidup) berpasangan? Dua pesakit koronavirus […]
Kesihatan
Selepas Koronavirus, Kes Selsema Babi Afrika Pula Dikesan Di Selatan Filipina
Pihak berkuasa di wilayah selatan Filipina, Mindanao pada Ahad mengesahkan bahawa kira-kira 1000 ekor babi tempatan telah mati akibat jangkitan demam babi Afrika. Majlis perbandaran Don Marcelino telah mengeluarkan arahan untuk menghentikan sementara jualan, penghantaran babi, daging babi serta penjualan kesemua produk yang berasaskan daging babi di pasaran. “Kebanyakan penternak babi tempatan di kawasan yang […]
Kesihatan
Ibarat Harapan Baru, Ibu Positif Koronavirus Syukur Bayi Dilahirkan Bebas Jangkitan
Harbin, China – Seorang bayi perempuan dilahirkan seorang pesakit koronavirus pada 30 Jan lalu disahkan sihat, lapor media tempatan. Wanita berkenaan telah melahirkan bayi itu di sebuah hospital tempatan dengan berat 3.05 kilogram dan diberi 10 skor Apgar (Apgar Score) setelah dilahirkan. Bayi itu dilahirkan melalui pembedahan setelah pakar memberi khidmat rundingan buat ibu hamil […]
Berita
WHO Sahkan Penerima Surat Atau Bungkusan Dari China Tidak Berisiko Dijangkiti Koronavirus
Wabak Koronavirus telah mengorbankan banyak nyawa terutama sekali warga Wuhan di China. Umum mengetahui, penyakit ini di bawa dari negara China dan boleh dikatakan sudah merebak di seluruh dunia. Susulan daripada itu, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengeluarkan satu kenyataan mengistiharkan wabak Koronavirus sebagai ‘darurat kesihatan global’. Dalam satu perkongsian hari ini, WHO sekali lagi mendedahkan […]
Kesihatan
Jangan Sembur Atas Muka Orang, 7 Penyakit Ini Boleh Berjangkit Melalui Bersin Dan Batuk
Penularan tentang wabak Koronavirus sungguh membimbangkan warga dunia. Seluruh negara mengambil serius tentang aspek kebersihan bagi mencegah jangkitan Koronavirus. Isu ini memberi impak yang besar kepada warga emas wanita hamil, kanak-kanak dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan. Menerusi laman Twitter, Dr Suhazeli Abdullah yang merupakan Pakar Perubatan Keluarga lulusan dari Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian […]
Luar Negara
Terlampau Aktif, Doktor Tertoreh Pipi Bayi Ketika Dilahirkan Secara “C-Section”
Seorang bayi mengalami luka di pipi selepas tertoreh tidak sengaja oleh doktor ketika ibunya bersalin secara pembedahan. Menurut doktor, wanita itu sepatutnya bersalin secara normal di sebuah hospital di Wilayah Rusia Chelyabinsk di barat daya. Namun begitu, wanita itu dikatakan mengalami komplikasi apabila anaknya berada dalam kedudukan songsang sehingga memaksa dia melakukan pembedahan. Selepas diberi […]
Luar Negara
Doktor Thailand Dakwa Temui Ubat Rawat Koronavirus, 2 Pesakit Sudah Berjaya Sembuh
Gabungan ubat antivirus dikatakan telah berjaya merawat dua pesakit Wuhan yang dijangkiti koronavirus, kata doktor dari Thailand. Menurut Dr.Kriangsak Atipornwanich, seorang doktor di hospital Rajavithi di Bangkok, berkata beliau telah merawat pesakit wanita berusia 71 tahun dari China dengan gabungan ubat-ubatan yang digunakan HIV dan selsema. Beliau berkata pesakit sebelum ini hanya dirawat dengan hanya […]
Luar Negara
Terkini: China Hapuskan 18,000 Ekor Ayam Lagi, Elak Wabak H5N1 Menular
Sebuah bandar di Wilayah Hunan China melaporkan bahawa hampir 18,000 ekor ayam dimusnahkan selepas wabak selesema burung H5N1 yang dilaporkan oleh Kementerian Pertanian Dan Hal Ehwal Luar Negeri China. Kenyataan itu tidak mengatakan tempoh wabak itu berlaku dan ketika pemusnahan itu berlaku. Selesema burung yang melibatkan 4,500 telah mati akibat krisis ini. Dengan itu, bandar […]
Kesihatan
Topeng Muka N95 Atau “Surgical Mask”, Mana Satu Boleh Lindungi Anda Dari Koronavirus?
Sejak heboh berita tentang novel coronavirus ini, ramai individu mula memikirkan langkah-langkah persediaan kesihatan yang perlu diambil. Ada yang kerap menggunakan hand sanitizer, dan semakin ramai juga mula memakai topeng muka apabila berada di tempat awam. Tapi persoalan mula timbul, adakah topeng muka biasa atau juga disebut surgical mask berkesan dalam mengelakkan diri anda daripada dijangkiti virus? Adakah terdapat jenis […]