Gaya hidup›Kesihatan

Gaya hidup
Bersalin Tak Sakit, Ibu Ini Kongsi Pengalaman Guna Teknik Aktifkan Minda Separa Sedar
Menanti kelahiran bayi yang dikandung selama sembilan bulan adalah momen yang paling indah buat insan yang bakal bergelar ibu dan bapa. Namun lagi indah pengalaman tersebut jika proses melahirkan bayi berlaku tanpa sebarang konflikasi berbahaya melibatkan ibu ataupun bayi. Perkongsian @sybilreinna di laman Twitter miliknya menceritakan detik manis tentang perjalanannya melahirkan anak kedua tanpa rasa […]
Kesihatan
18 Juta Sarung Tangan Perubatan Akan Dihantar Ke Wuhan
PUTRAJAYA, 31 Jan (Bernama) — Sebanyak 18 juta sarung tangan perubatan akan disumbangkan oleh 10 syarikat sarung tangan Malaysia untuk pekerja penjagaan kesihatan di Wuhan, China yang kini berhadapan dengan wabak 2019 novel koronavirus. Menteri Industri Utama Teresa Kok berkata sarung tangan perubatan getah asli dan getah nitril akan dihantar ke China secara berperingkat dengan […]
Gaya hidup
“Dia Tolak Jadi Pengawas Kerana Obses Jaga Mikrofon Sekolah,” Kisah Abang Jaga Adik Autism
Gangguan autisme boleh berubat jika dapat dikesan dengan lebih awal. Sokongan dari keluarga terutamanya ibu bapa dapat membantu mereka proses pembelajaran dan tumbesaran mereka dengan mudah. Ikuti perkongsian seorang abang yang mempunyai adik penghidap mild autism dan bagaimana didikan yang diberikan oleh ibu bapanya terhadap anak istimewa itu. Hidup dengan penghidap Autism Adik saya yang […]
Gaya hidup
Selalu Kelihatan Menjalar Di Pagar Rumah, Khasiat Tumbuhan Patawali Ramai Tak Sedar
Jika bercakap mengenai tumbuhan herba, pastinya ramai yang mengakui bahawa dapat memberikan khasiat yang baik terutamanya kepada tubuh badan. Terdapat pelbagai tumbuhan herba yang ‘mendiami’ di bumi Malaysia, namun tidak semua sedar akan kewujudannya. Tumbuhan herba kebiasaannya dimanfaatkan oleh orang Melayu dan orang Cina sebagai bahan ubat atau penguat tenaga. Selain itu, banyak juga tumbuhan […]
Luar Negara
(Video) Panik Dijangkiti, Penduduk Guna Botol Lindungi Diri
Kedatangan koronavirus yang melanda beberapa buah negara telah menyebabkan berlakunya banyak kekalutan. Perkara ini ekoran telah dicatatkan kematian yang telah mencecah lebih 200 orang. Dengan bilangan tersebut, ramai yang bimbang sekiranya mereka juga terkena virus yang dikatakan berasal dari daerah Wuhan, China. Disebabkan itu, rata-rata mereka menggunakan alat perlindungan seperti topeng muka bagi mengurangkan risiko […]
Kesihatan
Apakah Hukum Makan Daging Babi Tiruan, Ini Penjelasan Daripada Mufti Wilayah
Amalan pemakanan yang sihat seharusnya perlu dititikberatkan oleh semua golongan. Namun begitu, kini daging babi tiruan atau sintetik telah diperkenalkan. Hal ini kerana ianya menjadi permintaan daripada individu yang tidak makan makanan berasakan daging namun ingin merasai keenakan makanan yang berasakan daging. Daging babi tiruan ini diperbuat sepenuhnya daripada yang dihasilkan daripada bahan bukan daripada […]
Tragedi
Harap Februari Lebih Baik, Netizen Senarai ‘Kerosakkan’ Dunia
Kedatangan tahun 2020 diharapkan dapat memberikan sinar baharu kepada kehidupan semua orang. Pun begitu, semuanya bagaikan tidak sama seperti yang diingini apabila pelbagai kekalutan yang berlaku. Begitulah situasi yang memenuhi kalendar Januari tahun 2020 di mana terdapat pelbagai bencana, tragedi dan wabak penyakit yang berlaku. Antara kebimbangan komuniti dunia ialah konflik yang berlaku di antara […]
Travel
Selepas 2 Kes Koronavirus, Giliran Itali Dilapor Gantung Penerbangan Dari & Ke China
Itali, 31 Jan – Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte mengumumkan semua penerbangan dari China dihentikan bagi mengelakkan penyebaran wabak koronavirus, lapor CNN. “Kami mempunyai dua kes disyaki koronavirus dan baru menerima maklumat baru. Kedua-dua kes telah disahkan (positif),” katanya di sidang media bersama Menteri Kesihatan Itali, Roberto Speranza semalam. Susulan itu, kerajaan Itali bertindak menyekat […]
Kesihatan
NADMA Siap Sedia Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Wuhan
KUANTAN, 30 Jan (Bernama) — Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sudah bersiap sedia untuk membawa pulang 80 rakyat Malaysia di Wuhan, China susulan wabak 2019 novel koronavirus di sana. Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata keputusan itu dibuat Kabinet semalam, yang memberi keutamaan kepada keselamatan rakyat di sana memandangkan situasi penyakit itu masih belum melegakan. […]
Kesihatan
(Video) Wanita Cemas Ingatkan Diacu ‘Pistol’ Rupanya Alat Pengesan Suhu Haba
Wabak koronavirus yang sedang melanda dunia sekarang ini telah menyebabkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, pelbagai langkah dilakukan untuk mencegah daripada virus ini terus merebak. Bagi medium pengangkutan awam, setiap pemandu akan mengesan suhu penumpang sebelum dibenarkan masuk bersama penumpang lain. Namun lain pula yang berlaku menerusi satu rakaman tular di media sosial. Menerusi […]
Kesihatan
Koronavirus: WHO Isytihar Darurat Kesihatan Global, Kes Jangkitan Makin Meningkat
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan wabak koronavirus baharu sebagai ‘darurat kesihatan global’, selepas Jawatankuasa darurat bermesyuarat pada Khamis di Geneva. Minggu lalu, WHO menyatakan bahawa virus tersebut belum lagi sampai ke tahap yang memerlukan pengisytiharan darurat. Tetapi dengan jumlah kes yang semakin meningkat serta bukti jangkitan dari manusia ke manusia betul-betul berlaku, kepimpinan WHO […]
Berita
Enam Pesakit Koronavirus Dibenarkan Keluar Hospital Di Thailand
BANGKOK, 30 Jan (Bernama) — Enam daripada 14 pesakit 2019 novel koronavirus dibenarkan keluar hospital, kata Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Thailand Dr Sukhum Kanchanapimai. Beliau berkata pada masa ini terdapat 135 pesakit disyaki dijangkiti virus itu dikuarantin di hospital. “Lapan lagi pesakit yang disahkan dijangkiti virus itu masih menerima rawatan di hospital. Mereka semakin pulih, “ kata […]
Gaya hidup
Khasiat Cengkih Mampu Rawat Pencernaan Serta Gigi Lebih Sihat
Cengkih digunakan sebagai kegunaan utama dalam masakan, antaranya adalah sebagai bahan rempah untuk membangkitkan aroma dan juga bagi menambah rasa sedap. Justeru, bagi yang gemarkan haruman enak dalam hidangan disediakan, khususnya masakan menggunakan kari atau berasaskan pajeri dan acar, jangan lupa mencampurkan bunga cengkih. Selain menyedapkan masakan, dikatakan membantu meningkatkan kesihatan dalam penyediaan makanan. Misalnya, […]
Gaya hidup
Luluh Hati Bapa Lihat Tangisan Anaknya, Terpaksa Berpisah Dengan Ibu Kerana Koronavirus
Pilu hati seorang suami apabila terpaksa memisahkan anak dan ibunya kerana terpaksa meninggalkan isterinya di China akibat wabak Koronavirus itu. Rakyat Britain akan dipindahkan dari Wuhan akan dikuarantinkan selama dua minggu di pangkalan tentera United Kingdom (UK). Jeff Siddle dari Northumberland bakal menaiki pesawat tanpa isterinya, Sindy yang tidak ditawarkan tempat duduk didalam pesawat berkenaan […]
Gaya hidup
Lelaki Kongsi Perbezaan Saiz Badan Selepas 5 Tahun Amal ‘Diet Meal’ Ini
Pasti ramai yang masih tercari-cari mengenai diet yang boleh diamalkan oleh seseorang individu untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal dan juga sihat. Sekarang banyak diet yang telah diperkenalkan, namun ianya mungkin boleh mendatangkan risiko terdapat diri seseorang yang mengamalkannya. Selain itu, ramai juga yang telah mengamalkan diet dalam jangka masa yang agak lama, namun beratnya […]
Luar Negara
(Video) Rumah Dipalang Besi, Elak Penghuni Keluar Dan Dijangkiti Virus
Wabak koronavirus sehingga kini masih membimbangkan apabila dilaporkan jumlah kematian telah meningkat kepada 170 orang. Pelbagai langkah berjaga-jaga dilakukan oleh semua pihak bagi memastikan keadaan ini tidak bertambah parah. Antara langkah yang dibuat adalah dengan mengenakan kuarantin kepada penghidap virus ini agar tidak menjangkiti individu lain. Perkara ini adalah kerana koronavirus mudah merebak daripada pertemuan […]
Kesihatan
Malaysia Lebih Proaktif Bendung Jangkitan Koronavirus Berbanding SARS 2002
KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) – Tindakan Malaysia membendung penularan penyakit berjangkit 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) disifatkan lebih bersedia, pantas serta proaktif berbanding ketika berdepan wabak berbahaya dahulu seperti Sindrom Penafasan Akut Teruk (SARS), virus Nipah, serta Ebola. Pakar penyakit berjangkit Datuk Dr. Christopher K.C. Lee berkata, berdasarkan pengalaman negara dalam mengawal kes-kes penyakit berjangkit terdahulu menjadikan Malaysia lebih […]
Berita
Jack Ma Derma RM57 Juta Untuk Hasilkan Vaksin Koronavirus
Jack Ma, pengasas Ali Baba dan lelaki terkaya di China telah mendermakan RM57 juta ($14 juta) melalui organisasinya untuk membantu mencari vaksin bagi coronavirus Wuhan. Jutawan itu telah memperuntukkan sebanyak 40 juta Yuan bagi dua organisasi penyelidikan kerajaan China menurut kiriman yang telah dimuat naik di laman media sosial Organisasi Jack Ma. Selain itu, menurut […]
Kesihatan
Kes Koronavirus Di Kedah Terkawal, Jangan Sebar Berita Palsu – Mukhriz
ALOR SETAR, 29 Jan – Kerajaan Kedah menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan berita palsu mengenai jangkitan 2019 novel koronavirus, kononnya ia kian merebak di negeri ini, berikutan seorang kanak-kanak disahkan positif penyakit itu di Langkawi. Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata setakat ini situasi di Kedah masih terkawal dan hanya seorang kanak-kanak perempuan warga China […]
Gaya hidup
Apple Mengehadkan Perjalanan Pekerjanya Ke China
MOSCOW, 29 Jan (Bernama) — Syarikat Apple mengehadkan perjalanan pekerjanya ke China berikutan wabak koronavirus, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Tim Cook dalam satu wawancara dengan penyiar CNBC, lapor agensi berita Sputnik. “Kami hadkan pekerja melakukan perjalanan ke negara itu,” kata Cook pada Selasa sambil menambah syarikat turut menyediakan kit penjagaan kepada pekerja yang bertugas berdekatan […]