Gaya hidup›Kesihatan

”Diet Si Pemalas Turun 6KG Seminggu,” Tak Sangka, Individu Ini Berjaya Turunkan Berat Dengan Cara Mudah
Terdapat pelbagai jenis diet yang dicipta mengikut kesesuaian tubuh badan. Ramai yang telah mencuba mengurangkan berat badan dengan mengikut beberapa teknik dan kaedah tersebut namun hasilnya tetap hampa. Malah, ada yang sudah mencapai berat ideal tetapi naik semula akibat tidak mampu meneruskan diet yang ketat selain memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang tinggi. Bagi yang […]

Elak Jadi Nyanyuk Bila Tua, Ini Tips Korang Perlu Amalkan Ketika Usia Muda Remaja
Di seluruh dunia, dijangkakan bahawa terdapat lebih 50 juta orang mengalami penyakit demensia (nyanyuk) dan hampir 10 juta kes baru terjadi setiap tahun. Mungkin ada yang mengatakan bahawa gelaja ini hanya akan terjadi pada orang yang berumur kan? Namun masih ramai yang tak tahu bahawa sebenarnya golongan muda turut terdedah dengan risiko ini terutama mereka […]

Bahaya Ke Kalau Air Kencing Berbuih, Ini 5 Tanda Yang Perlu Korang Tahu
Masyarakat sekarang sudah menitikberatkan tentang kesihatan diri terutama sekali dalam penurunan berat badan tetapi ada juga segelintir masyarakat yang kurang endah tentang pemasalahan kesihatan. Tahap kesihatan seseorang mempengaruhi kehidupan harian. Kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat untuk menjauhi penyakit yang tidak diundang. Selain mengubah gaya hidup yang sihat, kita juga perlu sentiasa ingat dan peka […]

(Video)”Happy Time”, Gelagat Doktor Bedah Selepas Berjaya Keluarkan Ketumbuhan Gergasi Curi Tumpuan Netizen
Kejayaan merawat seseorang pesakit sudah pasti memberi kelegaan serta keseronokan dalam hati seorang doktor. Mungkin itulah yang dirasai oleh seorang pakar bedah di Moscow baru-baru ini selepas beliau dan pasukannya berjaya mengeluarkan ketumbuhan bersaiz ‘gergasi’ dari badan pesakit. Ia bermula apabila seorang pesakit wanita mengadu berasa sakit dan sukar untuk bernafas. Selepas pemeriksaan lanjut, doktor […]

Betul Ke Mengintai Orang Lain Mata Boleh Ketumbit? Ini Jawapan Dan Fakta Sebenarnya
Saya percaya ramai daripada kita pasti pernah terkena ketumbit pada mata sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Pernah tak, bila kita ada ketumbit mata, kawan-kawan tuduh kita mengintai orang lain? Betul ke? Hakikatnya, ia adalah mitos dan hanya sekadar gurauan semata-mata. Ketumbit atau nama perubatannya, “hordeolum” atau “stye”. Ia sebenarnya terjadi apabila kelenjar mata kita membengkak akibat […]

Didakwa Ubat Telah Tercemar, 16 Kanak-Kanak Derita Terkena ‘Sindrom Werewolf’
Seramai 16 orang kanak-kanak di Sepanyol dilaporkan telah mengalami sindrom Warewolf selepas mengambil ubat yang tercemar di Costa del Sol Sepanyol. Kanak-kanak tersebut didakwa berlaku ketumbuhan lebihan bulu pada wajah dan keseluruhan badan mereka selepas mengambil ubatyang tercemar dengan minoxidil untuk merawat alopesia, kata laporan tempatan. Ia akan menyebabkan kanak-kanak tersebut berlaku hypertrichosis di mana […]

Makan Jeruk Baik Untuk Kesihatan? Ini Kajian Yang Perlu ‘Hantu Jeruk’ Tahu
Bila sebut saja pasal jeruk pasti orang akan ingat kita mengandung atau mengidam bagi wanita. Sebenarnya tak, ramai saja orang yang meminati jeruk asam buah-buahan terutamanya jeruk mangga, betik, kelubi dan ada juga yang sukakan jeruk sayur seperti timun, cili dan bawang putih serta banyak lagi. Tapi pernah tak anda terfikir tentang kesihatan jika makan […]

Hukuman Kerja Sosial Ke Atas Pesalah Larangan Merokok Dipertimbang
PUTRAJAYA, 27 Ogos (Bernama) — Hukuman kerja sosial seperti membersihkan tandas, memungut sampah dan memotong rumput sedang dipertimbangkan bagi pesalah peraturan larangan merokok di tempat awam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. “Hukuman denda akan membuat orang berfikir kalau ada duit boleh buat kesalahan. Jadi, saya melihat kepada hukuman kerja sosial ini dengan […]

“Jangan Harapkan Keajaiban”, Doktor Ini Minta Ibu Hamil Terima Hakikat Bahaya Kehamilan Luar Rahim
Tidak dapat dinafikan, mempunyai cahaya mata adalah idaman bagi setiap pasangan yang sudah berkahwin. Yang paling gembira apabila disahkan hamil, pastinya ibu. Akan tetapi, tidak semua pasangan yang dikurniakan rezeki untuk memilikinya. Ada juga yang diuji dengan masalah pada kandungan seperti keguguran dan kehamilan luar rahim. Perkara ini telah dibincangkan oleh Dr. Izzat melalui laman […]

Pelajar Tingkatan Satu Bunuh Diri Sebab Tertekan, Banyak Kerja Rumah
Georgetown, 25 Ogos – Seorang pelajar tingkatan satu menamatkan riwayatnya setelah mengadu tertekan dengan tugasan sekolah yang banyak. Bapa mangsa menemui pelajar berkenaan tergantung pada tuala di dalam bilik air rumah mereka di Jalan Paya Terubung, Taman Sri Relau di sini pada Sabtu lalu. Menurut ketua polis daerah Timur Laut, ACP Che Zaimani Che Awang, […]

Sampai Keras Dalam Perut, Didakwa Kerap Minum ”Bubble Tea”, Usus Pemuda Tersumbat
Phu Tho, Vietnam – Akibat selalu meminum teh boba, seorang lelaki terpaksa dimasukkan ke hospital akibat usus tersumbat. Menurut jurucakap hospital awam wilayah Phu Tho, pesakit lelaki, Tran Nhat L, 20, mengalami sakit abdomen dan muntah-muntah sebelum dihantar ke unit kecemasan. Setelah menjalani imbasan CT, doktor mendapati terdapat sesuatu yang menyekat usus pesakit berkenaan manakala […]

Bercinta Dan Bernikah Kali Kedua Dengan Suami Sendiri, Isteri Hilang Ingatan Syukur Dapat Suami Setia
Ibarat dalam sebuah novel cerita pasangan Kanada ini walaupun kisah cinta pasangan ini tergendala dengan kisah yang memilukan menimpa dirinya berakhir dengan gembira dan penuh kemanisan rumahtangga. Detik kemanisan luar biasa ini dikongsikan dalam laman Facebooknya, Laura Hart menceritakan kisah cinta yang berputik semula selepas 9 bulan mengalami perkara terburuk dalam hidupnya. Pada 9 bulan […]

“Mula-mula Keluarga Tak Percaya,” Wanita Kongsi Pengalaman Diserang Anxiety, Sampai Rasa Tak Mahu Hidup
Mungkin bagi manusia normal perasaan risau dan cemas setiap kali nak melakukan sesuatu yang luar pada jangkaan itu dianggap biasa. Tetapi bagi anda yang mengalami masalah cemas yang berlebihan walaupun ia dianggap biasa itu tidak normal dan berkemungkinan anda salah seorang pengidap penyakit anxiety atau kemurungan. Jika anda salah seorang pesakit ini, dinasihatkan tidak terlalu […]

AS Rekod Kematian Pertama, Doktor Dakwa Rokok Elektronik Jadi Punca Pesakit Ini Maut
Seorang pesakit telah meninggal dunia setelah mengalami sesak nafas yang serius kerana pesakit didakwa oleh doktor seorangpengguna tegar vape dan merupakan kematian pertama di Amerika Syarikat. Menurut Pegawai Kesihatan Illinois, pesakit yang berpunca daripada vape ini dalam linkungan umur 17 hingga 38 tahun. Pemasalahan paru-paru kini meningkat dan pihak hospital mendakwa akibat daripada ‘vape’. Pusat […]

Patutlah Artis Korea Semua ‘Elok’, Ini Rupanya Rahsia Mereka
Mesti anda tertanya-tanya, macam manalah kulit muka artis korea ini kebanyakannya nampak bersih, merah jambu dan sihat? Kalau anda perasan di setiap ‘movie’ Korea, anda akan nampak yang kebanyakan mereka mengambil makanan jenis rebusan dan mengamalkan memakan sayur-sayuran lebih daripada produk berdaging terutamanya pengambilan ginseng sebagai minuman berkhasiat. Cerita mengenai pelakon hero terkenal Korea, Lee […]

Paru-Paru Gagal Berfungsi Selama 10 Hari, Doktor Dakwa Vape Antara Punca Utama
Seorang remaja berusia 17 tahun hidup bergantung pada mesin ventilator iaitu mesin yang menyokong fungsi paru-paru selama 10 hari kerana paru-paru gagal berfungsi didakwa ‘vape’ itu sebagai habit di mana ibu bapanya tidak mengetahui perkara tersebut. “Saya fikir hari yang mereka intubasi anak saya adalah hari terburuk dalam hidup, pihak hospital lakukan X-ray dan dapat […]

Selalu Sangat Bawa Telefon Bimbit Ke Tandas Boleh Jadi Punca Buasir?
Buasir (Hemoroid/Hemorrhoid) adalah salah satu penyakit yang amat bahaya sekiranya tidak dicegah dan dirawat dengan cepat. Ramai yang menghidapi masalah ini namun tidak mengetahui dengan jelas antara punca yang boleh menyebabkan buasir berlaku. Tahukah anda, salah satu faktornya adalah tekanan yang terlalu kuat yang diberikan ketika meneran yang pada akhirnya menyebabkan simptom buasir tersebut terjadi. […]

Jangan Buat Main Kalau Selalu Sangat Alami Kesakitan
Setiap orang pernah merasai sakit tidak kiralah pada tahap yang teruk ataupun tidak. Sakit merupakan perasaan seseorang mengenai keadaan fizikal atau emosi yang menyebabkan ketidakselesaan pada diri sendiri. Kecederaan yang dialami di atas pelbagai faktor merupakan penyebab kepada rasa sakit. Misalnya, seorang individu yang terlibat dalam kemalangan dan mengalami kecederaan akan merasai sakit. Namun, kesakitan […]

“Tak Pernah Salahkan Takdir,” Wanita Ini Sanggup Tak Sambung Belajar Demi Jaga Abang Hidap Kanser
Sudah tertulis tentang kehidupan kita sebagai khalifah di muka bumi ini penuh dengan ujian yang tidak mengenal pangkat seseorang. Sebagai manusia biasa, kita seharusnya redha menerima ujian Allah dengan hati yang terbuka. Sering diperkatakan, ujian yang diberi membuatkan seseorang insan itu lebih tabah dan kuat menjalani kehidupannya. Kita sering menggangap dugaan dan ujian yang diterima […]

“Dia Buka Je Mulut, Bau Busuk Menerpa Hidung ” Wanita Terima Padah, Gigi Palsu ‘Tak Ori’ Dijangkiti Kuman
Di sebuah klinik di luar bandar, kelihatan seorang pesakit wanita berusia separuh abad menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan gigi. Wajahnya sugul, mungkin kerana menahan sakit yang berdenyut-denyut. Sesudah tiba gilirannya, dia segera masuk ke dalam bilik rawatan untuk bertemu doktor. “Doktor, saya nak cabut gigi saya ni,” kata si pesakit sebelum sempat ditanya. Setelah mengambil […]