Gaya hidup›Kesihatan

Terlelap Masa Memandu Boleh Ragut Nyawa, Ini 5 Simptom Microsleep Yang Perlu Anda Tahu
Pernah atau tidak anda mengalami keadaan di mana secara tiba-tiba terlelap ketika sedang memandu kenderaan di atas jalan raya. Pasti ramai yang pernah mengalami masalah sebegini. Perkara seperti ini digelar sebagai ‘microsleep’, di mana seseorang berkeadaan badan ‘tidur’ buat seketika. Bagaimana ia boleh berlaku? Ini kerana segala input daripada deria pendengaran dan penglihatan tidak dapat diproses […]

Muka Anda Dipenuhi Hama: Fakta Makhluk Berkaki 8 Yang Bersarang Di Dalam Muka Perlu anda Tahu
Sedarkah anda, wajah anda penuh dengan hama? Ia dipanggil ‘demodex’, makhluk bersaiz mikro ini hidup berhampiran dengan folikel rambut- di dalam kulit muka yang kita sendiri tidak nampak atau sedari. Hama yang berada di dalam kulit muka ini memakan minyak pada kulit dan melakukan intimasi untuk berkembang semasa kita tidur. Gif mikroskopik memberikan gambaran mendalam […]

Menjadi Pilihan Ketika Berbuka, Ini Manfaat Kurma Yang Patut Anda Tahu
Sebut sahaja bulan puasa, selain bazar ramadan dan mercun, salah satu yang menjadi ‘identiti’ bulan puasa di Malaysia ialah buah kurma. Buah kurma mempunyai rasa tertentu mengikut jenis dan tempat asal pokoknya ditanam. Secara keseluruhan, rasanya manis dan isinya lembut namun sedikit liat. Buat anda yang tidak makan buah kurma, ada banyak menu kurma lain […]

Jangan Guna Sudu Untuk Beri Ubat Kepada Anak
Berbeza dengan orang dewasa, kanak-kanak biasanya akan diberikan ubat-ubatan jenis cecair sekiranya mereka menghidapi penyakit. Oleh itu, kebanyakan daripada kita pasti akan menggunakan sudu untuk menyuapkan ubat kepada anak-anak. Akan tetapi, tanpa kita sedari tindakan itu berkemungkinan besar membawa kesan buruk kepada anak kecil kerana dos yang diberikan berkemungkinan besar tidak betul atau terlebih. Untuk […]

”Bayi Membesar Dalam Hati Ibu,” Kehamilan Luar Rahim Ini Jarang Berlaku Dan Ramai Tak Tahu
Mesti ramai yang pernah mendengar mengenai kehamilan luar rahim di mana janin pada kebiasaannya akan melekat dan membesar di tiub fallopio. Jika tidak dikesan lebih awal, bayi akan membesar dan tiub berkenaan boleh pecah sekaligus mengakibatkan kematian pada si ibu. Namun, pernahkah anda mengetahui terdapat kehamilan luar rahim yang sangat jarang berlaku iaitu pada bahagian […]

“Kalau Saya Tahu, Memang Dari Dulu Saya Berhenti Merokok”, Sesalan Pak Cik Yang Disahkan Menghidap Kanser
Dari gigi kuning hinggalah gangren, asma dan kanser paru-paru, tabiat merokok telah lama terbukti memberi kesan buruk kepada perokok dan orang sekelilingnya terutamanya kanak-kanak. Kes komplikasi pernafasan anak kecil disebabkan asap rokok bukanlah perkara yang asing lagi dalam dunia perubatan. Bahkan, ada bayi yang terpaksa dimasukkan ke ICU kerana asap rokok si ayah. Seorang pegawai […]

Lemon Beku Mampu Menjadi Penawar Kepada Penyakit Diabetes, Kanser Dan Obesiti – Kajian
Dalam beberapa tahun kebelakang ini, dapat dilihat di restoran, gerai mahupun penjual air di pasar malam sekali pun semakin tertarik untuk menjual air yang mengandungi buahan sitrus seperti lemon, herba mahupun pudina kerana dikatakan boleh menyegarkan tubuh badan dari dalam. Tidak hanya itu, masyarakat jugak nampaknya telah cakna dengan kelebihan yang ada pada sumber semulajadi […]

Ibu Mengandung Wajib Baca, Ini Tips Ketika Berpantang Selepas Bersalin
Berpantang adalah satu fasa yang mustahak bagi kaum ibu selepas bersalin. Bak kata orang, fasa inilah yang menentukan kesihatan seorang ibu untuk jangka masa panjang. Berpantang ini juga untuk mengembalikan semula keremajaan dan awet muda kepada ibu bersalin. Ramai orang sekeliling kita mula menasihatkan dan mengemukakan pelbagai jenis petua berpantang itu dan ini. Tetapi yang […]

“Anak Meninggal Dalam Perut 5 Hari Sebelum Raya,” Ibu Ini Terkenang Kembali Kisah Sedih Bulan Ramadan
Perasan atau tidak baru-baru ini Hanis Zalikha ada memuatnaikkan pengalaman mengenai hamil ketika bulan Ramadan di mana bayi dalam kandungannya mengeras dan membimbangkan pasangan tersebut. Lalu, suaminya terus menyuruh untuk berbuka puasa. Berikutan dengan perkongsian oleh pasangan selebriti tersebut, ramai yang berkongsi cerita pengalaman masing-masing. Salah satu komen daripada Raznida Ammar Aikha menarik perhatian ramai. […]

“Mengarut Mandi Malam Punca Air Ketuban Bertambah,”Ibu Mengandung Wajib Baca Penjelasan Doktor Tentang Air Ketuban
Semua pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan untuk memperolehi zuriat sendiri. Zuriat ibarat permata berharga yang bakal menjadi penyambung legasi sesebuah keluarga. Mereka juga merupakan rezeki dan amanah dari Allah untuk dipelihara dan dididik menjadi insan yang berguna kepada negara, bangsa dan agama. Namun yang paling menarik adalah di sepanjang tempoh kehamilan, ibu-ibu semestinya mempunyai pengalaman […]

Kurangkan Makan Mi Segera, Jika Terpaksa, Inilah Cara Yang Betul Untuk Memasaknya
Mi segera adalah salah satu produk makanan yang sangat popular bukan sahaja di Malaysia, malah di kebanyakan negara lain di seluruh dunia. Ia bukan sahaja sedap dan mudah disediakan, akan tetapi mi segera juga biasanya dijual dengan harga yang murah. Ini menjadikannya sebagai antara makanan pilihan bagi mereka yang ingin berjimat terutama para penuntut di […]

Selalu Sakit Kepala, Anda Mungkin Mengalami Tanda Awal Strok – Doktor
Pasti semua di kalangan anda pernah merasa sakit kepala bukan? Ia juga dikenali sebagai migrain, yang selalu berlaku hanya di sebelah bahagian kepala sahaja. Tentunya ia bukanlah perkara yang menyenangkan. Malah sakit kepala akan menganggu tumpuan mahupun tugasan harian kita. Bagi yang sudah biasa dengan perkara ini (sakit kepala), kebanyakkan mereka akan memakan ubat atau melelapkan […]

Tular Letak Tilam Dalam Kereta, Doktor Ini Dedahkan Bahaya Yang Menanti Keluarga Anda
Seperti yang kita sedia maklum, jumlah kemalangan jalan raya semakin meningkat dari tahun ke tahun. Data terbaru menunjukkan bahawa Malaysia telah mencatat jumlah kemalangan di jalan raya sebanyak 548,598 kes. Bahkan, ketika musim perayaan, jumlah ini dikatakan akan terus meningkat. Malah, banyak dari kejadian ini dipercayai perlaku atas sebab oleh kecuaian, sikap sambil lewa dan […]

Dua Minggu Lelaki Ini Menderita Sakit Hidung, Apa Yang Doktor Temui Dalam Hidungnya Amat Mengejutkan
Seorang lelaki yang menderita sakit di bahagian hidung sehingga hidungnya itu kerap kali mengeluarkan darah, terkejut apabila mendapati dua ekor lintah hidup di dalam hidungnya. Satu video yang agak memualkan menunjukkan seorang doktor sedang mengeluarkan haiwan yang menyedut darah itu keluar daripada hidung pesakit tersebut. Kedua-dua lintah tersebut dianggarkan berukuran sepanjang dua inci, dan didapati […]

Pihak Berkuasa Indonesia Sahkan Kes Cacar Monyet Di Batam Adalah Palsu
Baru-baru ini heboh diperkatakan tentang satu wabak yang disebut sebagai cacar monyet. Ia merupakan penyakit berjangkit yang tersebar dari haiwan tertentu dan manusia. Selalunya individu yang dijangkiti akan mengalami simptom awal seperti demam, sakit otot mahupun sakit kepala. Cacar monyet merupakan penyakit yang sering ditemui di daerah Afrika Tengah dan Barat. Paling mengejutkan apabila kes […]

Perokok Hadapi Risiko Angin Ahmar Berulang Lebih Tinggi
Perokok tegar yang pernah mengalami angin ahmar besar kemungkinan untuk diserang penyakit itu lagi sekali ssekiranya mereka tidak berhenti merokok atau, sekurang-kurangnya mengurangkan tabiat merokok mereka, menurut satu kajian di China. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko penyakit kardiovaskular yang serius seperti serangan jantung dan angin ahmar. Bagaimanapun, kajian terbaru dijumpai memberi penjelasan lanjutan mengenai bagaimana […]

Saintis Dakwa Minum Jus Buah-Buahan Terlalu Kerap Boleh Mendatangkan Bahaya Kepada Kesihatan
Mengambil jus buah dengan kerap boleh mendatangkan kesan buruk untuk diri anda dan ada kemungkinan membawa kematian awal, sama seperti anda mengambil minuman bikarbonat dengan banyak, kata penyelidik. Kajian ini menjelaskan bahawa punca kematian adalah disebabkan terlalu kerap mengambil minuman manis dan ini mewujudkan pelbagai risiko penyakit. Penyelidikan yang berpangkalan di AS itu membuat perbandingan […]

Kajian Penyelidik Perancis Dakwa Lampu LED Boleh Menyebabkan Kerosakkan Pada Mata
Menurut pemerhatian kesihatan yang dikendalikan oleh kerajaan Perancis, “lampu biru” dalam pancaran cahaya LED boleh merosakkan retina mata dan mengganggu irama tidur semulajadi (natural sleep rhythms). Penemuan ini di sahkan oleh Agensi Perancis dan Makanan, Alam Sekitar dan Kesihatan, Pekerjaan dan Keselamatan (NSES) dan mengesahkan kebimbangan awal kepada ‘pendedahan cahaya LED yang tinggi boleh membawa […]

Perkara-Perkara Yang Perlu Anda Ambil Perhatian Sekiranya Anda Pernah Terjatuh Di Rumah
Jangan sesekali ambil mudah apabila anda pernah jatuh di bilik air. Ia mungkin boleh memawa keburukan yang lebih teruk, terutamanya golongan tua. Kejatuhan ditakrifkan dengan keadaan dimana seseorang itu dengan tidak sengaja terjatuh ke bawah selain dari akibat tolakkan kuat, tidak sedarkan diri, atau kejadian lumpuh secara tiba-tiba akibat strok ata sawan. Ia menjadi sesuatu […]

Bukan Je Sedap Dimakan, Siapa Sangka Ini Sebenarnya Khasiat Kerabu Sarang
Malaysia sememangnya terkenal sebagai negara yang mengagungkan kebudayaan dan keunikan masyarakat di dalamnya. Terdapat 13 negeri dan 3 wilayah persekutuan di dalam tanah berdaulat ini dan setiap satunya mempunyai keistimewaan masing. Bukan sahaja punyai keindahan sumber semula jadi, setiap tempat ini pastinya terkenal dengan keenakkan makanannya. Boleh dikatakan semua tempat mempunyai signiture food tersendiri. Contohnya […]