Gaya hidup›Kesihatan

Anak Takut Suasana Gelap Tanda ‘Nighttime Anxiety’, Lakukan Tiga Langkah Ini Untuk Bantu Pulihkan Mereka
Ketika usia anak mula bertambah, pasti ibu bapa akan mengajar anak-anak untuk tidur di bilik sendiri supaya mereka akan menjadi lebih berdikari. Selalunya kita akan dengar anak-anak mengadu takut dengan suasana yang gelap kerana minda mereka akan mengimaginasi perkara yang ditakuti seperti hantu contohnya. Siapa sangka sebenarnya sekiranya ini terjadi kepada anak anda, ianya tidak […]

231 Bayi Di Terengganu Tidak Disuntik Vaksin Sepanjang 2018
Kuala Terengganu : Sejumlah 231 bayi di Terengganu dikesan tidak menerima suntikan vaksin ekoran tidak mendapat kebenaran daripada ibu bapa mereka sepanjang tahun lepas, kata Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohd Jusoh. Beliau berkata jumlah itu mencatat sedikit peningkatan berbanding 191 bayi tidak disuntik vaksin pada tahun 2017. “Daripada 231 bayi itu, 228 adalah berbangsa Melayu dan kebanyakan ibu yang menolak suntikan vaksin […]

Tiada Suntikan Vaksin, Tak Boleh Ke Sekolah – Doktor
Tiada suntikan vaksin, tiada sesi persekolahan bagi anak-anak yang ibu bapa mereka enggan membenarkan pengambilan suntikan sehingga menyebabkan berlaku kes kematian baru-baru ini, demikian saranan penggiat industri kesihatan. Saranan itu adalah antara gesaan mereka berikutan rancangan Kementerian Kesihatan untuk membentangkan cadangan dan dasar supaya suntikan vaksin imunisasi diwajibkan. Presiden Persatuan Doktor Islam Malaysia (PERDIM), Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail berkata, sudah sampai masanya suntikan vaksin imunisasi ini diwajibkan sebelum kanak-kanak menyertai alam persekolahan kerana ia telah melibatkan kematian dan boleh menjadi epidemik jika tidak ditangani […]

“Tuhan Dah Bagi Amaran Tu,” Gadis Bersyukur Terlibat Kemalangan Masuk Dalam Lori, Tapi Masih Selamat Sebab Pakai ‘Seat Belt’
Malang tidak berbau, lebih-lebih lagi bagi pengguna jalan raya yang sangat berisiko untuk terlibat dalam kemalangan. Bagi pemandu kereta bagaimanapun terdapat beberapa elemen keselamatan seperti tali pinggang keledar dan air bag yang bertindak bagi mengurangkan risiko kecederaan. Namun ada segelintir diantara pengguna jalan raya yang mengambil mudah hal ini. Seorang gadis di Twitter berkongsi pengalamannya yang […]

Cuaca Panas Luar Biasa Cecah 36.9 Darjah Celsius 10 Kawasan Di Utara
Fenomena cuaca panas akan terus melanda negara dengan gelombang haba mencecah 35-36.9C darjah Celsius di sepuluh (10) kawasan. Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi Facebook miliknya berkongsi amaran tahap pertama suhu itu selama 3 hari di Muar, Kepong, Maran, Kinta, Kuala Kangsar, Hulu Perak, Sik, Kota Setar, Kubang Pasu dan Chuping. Suhu 38 darjah Celcius adalah bersamaan dengan […]

Doula Perlu Tampil Bincang Dengan KKM Bagi Penyelesaian Terbaik – Menteri KKM
Golongan ‘doula’ (pembantu ketika proses kelahiran) disaran tampil mengadakan sesi janji temu dengan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mendapatkan maklum balas mengenai amalan tersebut. Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pendekatan tersebut perlu kerana amalan doula memerlukan satu pengurusan yang baik kerana ia melibatkan aspek kesihatan dan nyawa seseorang. “Kita perlu adakan perbincangan dengan […]

Bahaya Tali Pusat Keluar Dulu, Antara Hidup Atau Mati Bayi – Dr. Izzat
Tali pusat adalah organ yang sama-sama hidup bersama bayi sebagai talian hayat antara ibunya. Ia berfungsi untuk membekalkan nutrien dan oksigen yang diperlukan janin daripada badan ibu sendiri. Pun begitu, sering kita dengar komplikasi tali pusat yang berisiko meragut nyawa bayi. Perkongsian daripada Doktor Muhamamd Izzat ini menjelaskan antara punca dan komplikasi melibatkan tali pusat […]

Tiada Cadangan Wajibkan Vaksin – Timbalan Menteri Kesihatan
Kerajaan tidak bercadang untuk mewajbkan vaksinasi ke atas bayi seperti yang disarankan oleh banyak pihak, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye. Sebaliknya kata beliau, pihak kementerian mengambil pendekatan memberi pendedahan selain menasihati ibu bapa agar membenarkan bayi mereka diberi suntikan vaksin demi kesihatan dan keselamatan anak itu sendiri. “Ibu bapa akan menggunakan isu kepercayaan dan agama (untuk menolak penggunaan vaksin) dan ini sudah tentu sukar untuk kita laksanakan (wajibkan vaksinasi) […]

“Boleh Operate Tapi Tak Nak Bius,” Doktor Cerita Pengalaman Ibu Hamil Lebih Hari Perlu Pembedahan, Tapi Suami Tak Bagi Bius
Proses melahirkan cahaya mata sama seperti bertarung dengan hidup dan mati. Ada diantara bakal ibu yang tidak dapat diselamatkan ketika bersalin kerana berdepan dengan beberapa komplikasi yang ternyata memberi risiko yang besar kepada kedua-dua nyawa, ibu mahupun bayi. Setiap ibu mempunyai pengalaman yang berbeza ketika proses bersalin. Pun begitu, setiap proses yang ditempuh ternyata mempunyai […]

KKM Sahkan Kematian Kanak-Kanak Akibat Difteria, Tak Pernah Ambil Suntikkan Imunisasi Sejak Lahir
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui satu kenyataan media melaporkan kematian seorang kanak-kanak berusia 2 tahun 1 bulan di Johor Bahru pada 21 Februari akibat jangkitan difteria. Difahamkan kanak-kanak yang menunjukkan simptom-simptom jangkitan seperti demam, batuk dan bengkak tonsil sejak 16 Februari tidak pernah menerima suntikkan imunisasi sejak lahir. ”Kes telah dibawa ke unit kecemasan hospital pada […]

”Soalan ‘Ya’ Atau ‘Tidak’ Pun Tak Dapat Jawab”, Doktor Ini Kata Program Diskusi Dedah Sikap Sebenar Doula
Selepas isu vaksin di bawa ke meja perbincangan, TV Al-Hijrah sekali lagi kembali semalam membawa topik ”Doula: Peneman ibu atau pengganti doktor?” untuk dikupas antara Prof Dr Imelda Balchin ( Pakar Perunding Obstetrik dan Gynaecology) dengan Hayati Muzaffar (Freelance Doula ). Topik panas tersebut yang selama ini mendapat tempat dalam masyarakat sekali lagi menarik perhatian para penonton untuk […]

Difteria : Vaksin atau Maut?, Ikuti Penerangan Dari Doktor Pakar Ini
Masihkah anda ingat pada Oktober 2018 negara kita pernah digemparkan dengan seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 bulan disahkan meninggal dunia disyaki akibat jangkitan difteria di Johor Bahru? Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan berkata kanak-kanak itu tidak pernah menerima sebarang imunisasi difteria kerana keluarganya enggan menerima imunisasi. Adakah ini dikatakan sebagai kebetulan, redha dengan […]

Kajian Terbaru Dibuat Saintis Dapati Makan Buah Blueberry Boleh Kurangkan Risiko Sakit Jantung
Kajian terbaru mendapati bahawa pengambilan blueberry mampu mengurangkan risiko sakit jantung sehingga 20 peratus, lapor Dailymail. Para penyelidik mendedahkan pengambilan blueberry sebanyak 200 gram setiap hari selama sebulan dapat membantu memperbaiki fungsi salur dan mengurangkan tekanan darah tinggi. Malah, para penyelidik ini juga berpendapat blueberry adalah makanan super yang sama efektif dengan pil mengawal tekanan […]

”Malu Doktor Dan Nurse Tengok, Ada Kes Bercumbu Atas Katil Beranak,” Doktor Dedah 15 Kerenah Mengarut Dibenarkan Doula
Isu doula di Malaysia bukan lagi perkara baru yang menjadi perdebatan netizen. Tetapi, ramai yang masih tidak mengetahui apakah fungi sebenar doula dalam membantu menjadi peneman ibu-ibu yang mahu bersalin. Oleh itu, pada hari ini TV Alhijrah akan menganjurkan satu sesi debat dalam segmen Analisis yang bertajuk ‘Doula: Peneman Ibu Atau Pengganti Doktor?’ Kupasan hujah […]

Pelanggan Jadi Lemah Dan Khayal, KKM Pantau Kedai Makan Di Teluk Intan – Dr. Dzulkefly
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memantau isu pelanggan menjadi lemah dan khayal selepas menikmati hidangan di sebuah kedai makan di Teluk Intan, Perak seperti dilaporkan media semalam. Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pihaknya sedang menunggu laporan lanjut mengenai isu itu daripada pihak terlibat untuk diteliti terlebih dahulu memandangkan ia baharu dikesan. “Saya baharu dapat berita itu, saya yakin […]

Strok Haba, Elak Terdedah Cuaca Panas Selepas 9 Pagi – Dr. Zaini
Orang ramai terutama golongan yang berisiko tinggi termasuk warga emas, orang berpenyakit serta kanak-kanak dinasihatkan untuk tidak terdedah pada cuaca panas untuk jangka masa panjang bagi mengelak daripada serangan strok haba. Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Dr Zaini Hussin juga menasihatkan pentadbiran sekolah dan institusi pengajian tinggi juga menghentikan sementara aktiviti luar. “Kalau hendak diadakan juga aktiviti luar termasuk bersukan, ia perlu dijalankan awal pagi dan berakhir sebelum 9 pagi atau lewat petang. “Selepas jam 9, cuaca semakin panas dan pernah direkodkan mencapai lebih 40 darjah celcius dan ini boleh menyebabkan strok […]

Nekad Berhenti Demi Anak, Lelaki Dapat Simpan ‘Duit Rokok’ RM8,000, Bawa Keluarga Bercuti
Umum mengetahui merokok sememangnya tidak baik untuk kesihatan kerana bukan sahaja merisikokan si perokok, malah melibatkan orang-orang sekeliling mereka. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Orang yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami […]

Darah Berisiko Masuk Ke Paru-Paru Kalau Dongakkan Kepala, Ini Langkah Yang Sepatutnya Dibuat Kalau Hidung Berdarah
Pernahkah anda mengalami situasi di mana tiba-tiba sahaja hidung berdarah tanpa kita sedari terutamanya apabila cuaca panas? Kejadian seperti ini bukanlah jarang untuk kita temui. Di mana-mana boleh berlaku. Sama ada kepada anak kita sendiri, anak murid di sekolah atau sesiapa sahaja. Sering kali kita dengar pelbagai petua dan tips untuk menghentikan pedarahan dari terus […]

10 Langkah Atasi Kerap Hidap Selesema Yang Boleh Dilakukan Di Rumah- Doktor Pakar
Sistem imunisasi badan anak-anak kecil sememangnya masih lemah dan tidaklah sekuat orang dewasa. Oleh itu mereka lebih mudah dijangkiti pelbagai penyakit. Kadangkala mereka juga boleh diserang penyakit yang sama berulang kali berikutan tidak mendapat rawatan secukupnya selain tidak mengelak dari punca penyakit tersebut. Bagi kalian yang ada anak kecil, masalah ini dah tentu menjadi kerisauan […]

Hasrat Nak Sambut Ulang Tahun Ke-30 Tak Kesampaian, Sean Milliken Meninggal Dunia
Bintang reality show TLC “My 600lb Life” meninggal dunia pada usia 29 tahun. Sean Milliken meninggal dunia di hospital pada hari Ahad selepas mengalami komplikasi dari jangkitan, ayahnya mengesahkan. Ayahnya Matt menulis di Facebook, “Ahad lalu dia mengalami masalah dengan pernafasannya, mereka mampu menyelamatkannya dan tidak lama kemudian jantungnya berhenti.” Dia menambah anak lelakinya adalah lelaki yang […]