Gaya hidupTravel

Luar Negara
Thailand Tutup Pintu Sempadan Antara Malaysia
KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) — Kerajaan Thailand telah menutup semua sembilan pintu sempadan dengan Malaysia sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak, dalam usaha mengekang penularan COVID-19. Dalam satu kenyataan hari ini Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memaklumkan bahawa maklumat itu telah disampaikan oleh Duta Besar Thailand ke Malaysia, kepada Setiausaha Bahagian, Bahagian Asia Tenggara, di […]
Gaya hidup
Pelancong Amerika Puji Cara Malaysia Urus COVID-19, Lebih Baik Dari Apa Kerajaannya Buat
Cara negara kita mengendalikan situasi penularan COVID-19 mendapat pujian seorang warga Amerika Syarikat (AS). Jason Hassenstab berkata, biarpun Malaysia bukan negara dunia pertama, namun cara kerajaan menguruskan krisis tidak mengetepikan penduduk pedalaman. “Kami baru pulang daripada pengembaraan luar biasa di Malaysia. Saya takkan bosankan kalian dengan (kisah) kelewatan perjalanan, tapi dua hari setengah kemudian kami […]
Travel
Arab Saudi Larang Berhimpun, Solat Di Kawasan Dataran Masjidil Haram Makkah, Madinah
RIYADH, 20 Mac (Bernama) — Pihak berkuasa Arab Saudi melarang jemaah berhimpun atau solat di kawasan dataran masjidil haram di Makkah dan Madinah dalam usaha membendung penyebaran novel koronavirus (COVID-19), lapor agensi berita Anadolu. “Ketua dan pihak berkuasa keselamatan dan kesihatan memutuskan untuk tidak membenarkan jemaah berada di dataran di luar Masjidil Haram dan Masjid […]
Berita
Malaysia, Singapura Bincang Benarkan Rakyat Malaysia Bekerja Jika Tempat Tinggal Disediakan
PUTRAJAYA, 19 Mac (Bernama) — Malaysia dan Singapura sedang berbincang mengenai nasib hampir 300,000 rakyat Malaysia yang bekerja di negara itu bagi membenarkan mereka meneruskan pekerjaan masing-masing berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan di negara ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata idea itu dicadangkan Malaysia dengan syarat Singapura menyediakan tempat tinggal kepada […]
Berita
Patuh Arahan, Arked Niaga Padang Besar Lengang, Semua Kedai Tidak Beroperasi
Ramai yang berkongsi gambar keadaan semasa di tempat mereka. Baru sebentar tadi SK memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan keadaan semasa hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan di Cyberjaya. Terbaharu, melalui lama Facebook Perli Aktif juga memuat naik suasana terkini di Arked Niaga Padang Besar. Semua orang tahu, di sini jika hari biasa terlalu padat dengan […]
Travel
Ada Balai Polis Sesak, Dipercayai Orang Ramai Mahu Dapatkan Kebenaran ‘Balik Kampung’
Orang ramai dilihat memenuhi perkarangan beberapa balai polis dipercayai untuk mendapatkan dokumen perjalanan untuk melakukan perjalanan ke luar negeri. Hal ini susulan arahan Ketua Polis Negara yang menggesa orang ramai agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan serta memaklumkan perjalanan merentasi negeri kepada ketua polis di balai berhampiran. Beberapa keping gambar yang dikongsikan di media sosial menunjukkan […]
Gaya hidup
(Video) Pelancong Tak Datang, Rusa Kelaparan Keluar Berkeliaran Cari Makanan Di Jepun
Kumpulan rusa di Pulau Nara, di Jepun dilaporkan berkeliaran mencari makanan dipercayai kelaparan kerana jumlah kedatangan pelancong yang berkurang disebabkan COVID-19 yang melanda dunia ketika ini. Pelancong-pelancong sebelum ini sering mendapatkan makanan seperti snek beras daripada gerai-gerai jualan yang ada di sekitar kawasan pulau tersebut untuk diberikan kepada rusa-rusa ini. Disebabkan itu, rusa-rusa ini biasanya […]
Berita
COVID-19: Wisma Putra Laksana Persiapan Bawa Pulang Warga Malaysia Di Itali, Iran
KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) — Wisma Putra sedang melaksanakan persiapan rapi bagi membantu melancarkan proses membawa pulang 323 rakyat Malaysia di Itali dan 55 orang di Iran, ekoran penularan COVID-19 yang semakin teruk di kedua-dua negara berkenaan. Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, persiapan itu termasuk mengenal pasti kedudukan semua rakyat Malaysia […]
Berita
Thailand Keluarkan Langkah Cegah Covid-19 Untuk Pelancong
BANGKOK, 15 Mac (Bernama) — Thailand mengeluarkan langkah-langkah pencegahan untuk pelancong yang melawat negara gajah putih ini, sebagai usaha mengekang penularan COVID-19. Dalam satu kenyataan, Lembaga Pelancongan Thailand (TAT) menyatakan langkah pencegahan oleh Jabatan Kawalan Penyakit Thailand (DDC), Kementerian Kesihatan Awam itu mengkategori pelancong ke Thailand dalam tiga kumpulan untuk pengawasan yang berbeza. Tiga kumpulan itu ialah: Zon Penyakit Berjangkit, negara yang mempunyai […]
Berita
COVID-19: Kaunter Pusat MM2H Ditutup Hingga 30 April
Semua kaunter di pusat Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) di aras satu dan aras 10 Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan di sini ditutup berkuatkuasa serta-merta sehingga 30 April ini sebagai langkah pencegahan COVID-19. Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri dalam kenyataannya hari ini berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira kebanyakan pengunjung yang […]
Berita
(Video)Keadaan Semakin ‘Parah’, Amerika Syarikat Isytihar Darurat Covid-19
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Jumaat telah mengistiharkan darurat susulan daripada penularan wabak virus Covid-19. Pengumuman itu adalah sebahagian daripada langkah-langkah terbaru Trump bagi mengawal penularan wabak tersebut dengan harapan dapat memulihkan krisis kesihatan dan ekonomi tempatan. Keputusan itu juga dibuat bagi membolehkan lebih banyak bantuan daripada kerajaan dapat disalurkan dalam memerangi virus yang […]
Luar Negara
COVID-19: Hampir 2 Juta Tempat Duduk Syarikat Penerbangan Akan Terjejas – Pakar
LONDON & SINGAPURA, 13 Mac (Bernama) — OAG, pembekal bagi data perjalanan dan wawasan yang terkemuka di dunia, telah mengeluarkan analisis terkini mereka mengenai impak global terhadap koronavirus pada pasaran perjalanan udara. Larangan perjalanan Eropah ke Amerika Syarikat akan membawa implikasi yang meluas bagi industri penerbangan global. Larangan itu akan menjejaskan 10.9% daripada semua penerbangan […]
Gaya hidup
(Video) Covid-19: Ada Yang Sembunyikan Sejarah Perjalanan, Sehingga Menjadi Terlalu Lambat- Menteri Luar
Putrajaya, 13 Mac – Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ada antara rakyat Malaysia di luar negara yang menyembunyikan sejarah perjalanan mereka, katanya ketika sidang media Wisma Putra sebentar tadi. Ketika ditanya mengenai usaha kementerian untuk memantau rakyat Malaysia yang masih berada di luar negara dari wabak COVID-19, beliau berkata pihak kedutaan […]
Berita
COVID-19: Doa Wabak Berakhir Sebelum Musim Haji – Zulkifli
PUTRAJAYA, 13 Mac (Bernama) — Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengajak seluruh masyarakat mendoakan agar penularan wabak COVID-19 berakhir sebelum bermulanya musim ibadah haji tahun ini. Beliau berkata masih terlalu awal untuk kerajaan membuat sebarang ketetapan berhubung peluang umat Islam menunaikan haji buat masa ini kerana tempoh permulaan musim […]
Kesihatan
(Video)”Tiada Pelancong Bagi Makan,” Ratusan Monyet Berebut Sebiji Pisang Untuk Isi Perut
Ratusan monyet yang kelaparan dilihat merusuh sesama sendiri kerana sebiji pisang di Thailand selepas wabak koronavirus telah menyebabkan penurunan drastik jumlah pelancong yang memberi makan kepada mereka. Pada sebelum ini, haiwan tersebut kebiasaannya diberi makan oleh pelancong di Lopburi, Thailand, namun bilangan pengunjung ke kawasan itu telah merudum kerana virus Covid-19 yang sedang melanda dunia […]
Gaya hidup
Laut Terbelah Di Tanjung Rhu Cetus Keterujaan Pengunjung
LANGKAWI, 12 Mac (Bernama) — Hampir 200 pengunjung di Pantai Tanjung Rhu, pagi ini teruja apabila berpeluang berjalan kaki sejauh 600 meter di atas beting pasir yang menghubungkan pantai itu ke tiga pulau kecil berhampiran susulan fenomena ‘laut terbelah’ akibat air surut. Pakar Alam Semulajadi Tanjung Rhu Resort Langkawi, Zoher Mustan berkata aktiviti berjalan menyusuri beting pasir yang […]
Gaya hidup
(Video) Pengalaman Unik Baru, Pelancong Kini Boleh Naik Perahu Kolek Berhias Di Kampung Nelayan Pulau Gajah
Para pelancong kini boleh menikmati pengalaman unik menaiki kolek berhias menyusuri sungai. Kolek atau sampan di Kampung Nelayan Pulau Gajah ini disobek (dilakar) dengan lukisan bermotifkan corak kerawang flora dan fauna. Menurut Nik Ruzulaili bin Nik Yusuf, Ketua Jaringan Perikanan tempatan, pelancong boleh menaiki kolek dan menikmati keindahan sepanjang sungai hingga ke Cerana. “Pelawat boleh […]
Berita
Angka Kematian Meningkat Kepada 463 Orang, Seluruh Itali Dikenakan ‘Perintah Berkurung’
Bilangan kes positif koronavirus di Itali yang telah melepasi 9,100 pada Isnin telah memaksa Perdana Menteri negara itu, Giuseppe Conte untuk menguatkuasakan perintah berkurung di negara tersebut. Pada hujung minggu yang lalu, kerajaan Itali telah mengeluarkan arahan kuarantin di wilayah utara Lombardy dan 14 lagi wilayah berdekatan. Namun pada Isnin, selepas angka kematian akibat daripada […]
Berita
Derita ’Simpang Empat Neraka Dengkil’ Bakal Berakhir, Laluan Alternatif Akan Dibuka Hujung Mac Ini
Keresahan pengguna jalan raya di simpang empat Kajang-Dengkil yang sebelum ini telah menyebabkan kesesakan lalu lintas sehingga berjam-jam akan berakhir apabila laluan alternatif akan dibuka pada hujung bulan ini. Menurut Twt_Cyberjaya, laluan baharu itu akan menghubungkan Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Salak Tinggi, KLIA dan KLIA2. Sebelum ini, penduduk sekitar serta pengguna jalan raya sering mengadu mengenai […]
Berita
Lawatan Ke Shanghai Tiada Kaitan Dengan Jangkitan COVID-19 -Hisham
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) — Pesakit Kes 26 yang disahkan jangkitan COVID-19, Datuk Hisham Hamdan, yang sedang menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh, hari ini mengesahkan lawatan beliau ke Shanghai pada Januari tiada kaitan dengan pengesahan positif virus itu. Hisham, yang juga Pengerusi UDA Holdings Berhad, berkata beliau berada di Shanghai menghadiri persidangan dari 13 hingga […]