Gaya hidup

Rumah Banyak Sangat Semut? Ini Bancuhan Nak Halau Semut Dari Rumah Korang
Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, sudah pasti para ibu bertungkus lumus menyediakan juadah masakan yang istimewa untuk keluarga mereka. Tetapi, ada ‘tetamu yang tidak diundang’ hadir di dalam rumah dan menyebabkan tekanan setiap hari. Ya, ramai yang menghadapai masalah yang sama apabila ‘Cik Semut’ mula menawan rumah kita. Bukan seekor dua tapi segerombolan semut […]
Ramadan Kali Ini Tentu Berbeza, Saya Tiada Peluang Berbuka Di Masjid Bersama Anda – PM Singapura
Berikutan dengan lanjutan Pemutus Rantaian empat minggu lagi hingga 1 Jun 2020, Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Ramadan kepada para penduduk beragama Islam di Singapura. Dalam video yang dikongsikan ini, ‘netizen’ bukan sahaja tertarik dengan pengumuman yang disampaikan dalam bahasa Melayu bahkan kata-kata semangat beliau kepada penduduk di Singapura juga […]

“Tiada Perhimpunan Awam,” Dr Noor Hisham Dedah 6 Kriteria Jika Mahu Tamatkan PKP
Sudah pasti seluruh rakyat Malaysia mahukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini akan tamat dengan secepat mungkin. Memandangkan penurunan jumlah jangkitan Covid-19 di negara kita kian menurun dari hari ke hari sejak PKP Fasa ke-3 ini. Menerusi sidang media berkaitan Perkembangan Terkini Covid-19 di Malaysia, Dr Noor Hisham ada menegaskan 6 kriteria yang perlu dipatuhi untuk […]
19 Jam Baru Habis Makan, Bapa Buat Karipap Sebesar Saiz Anak Untuk Rai Kelahiran Anak
Setiap ibu bapa mempunyai pelbagai cara untuk menyambut kelahiran bayi mereka. Bagi seorang bapa di England, dia mempunyai cara yang unik iaitu dengan membuat karipap gergasi yang sesuai dengan berat dan ukuran bayinya. Menurut laporan Metro Uk, Tim Fuge, mengambil keputusan untuk membuat pastri itu selepas melihat posting di laman media sosial yang memperlihatkan seorang […]
Sains Disebalik Goreng Ayam Perlu Tahu Kalau Nak Warna ‘Memukau’ Dan Gorengan Sempurna
Memasak menjadi rutin harian penting yang dilakukan oleh setiap orang tidak kira suri rumah atau individu bujang. Pun begitu, setiap orang pasti pening memikirkan hidangan yang perlu dimasak setiap hari. Hidangan yang selalu dibuat adalah ayam goreng kerana ia sangat mudah dan cepat untuk disediakan. Namun, proses menggoreng ayam juga sebenarnya perlu diketahui agar dapat […]
Bukan Saja Untuk Pakaian, Wanita Ini Kongsikan Kegunaan Lain Pelembut Fabrik
Seorang ibu di Australia telah mendedahkan bagaimana dia menggunakan pelembut fabrik untuk membersihkan dindingnya yang kotor di rumah dan mendapati bahawa bukan dia sahaja yang menggunakan bahan tersebut dengan tujuan yang sama. Wanita tersebut telah mencampurkan seperempat tudung pelembut fabrik dengan sebaldi air suam dan kemudiannya mencuci dindingnya dengan larutan berkenaan. “Saya banyak terbaca tentang […]

Sejauh Mana Khidmat Penghantaran Barang Selamat, Bebas COVID-19
KUALA LUMPUR, 21 April — Kecenderungan terhadap penggunaan platform dalam talian kian rancak sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19, dan menjadi kaedah selamat untuk membeli barangan serta perkhidmatan yang diperlukan tanpa perlu keluar rumah. Lantaran itu, petugas yang ‘diambil bekerja’ melalui platform digital berdasarkan setiap perkhidmatan, dikenal pasti sebagai ‘pekerja utama’ semasa PKP, […]
Hujan Meteor Tertua ‘Muncul’ Di Langit Malaysia Malam Ini
Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan hujan meteor yang dinamakan meteor Lyrid pada hari Selasa. Pertunjukan meteor tersebut akan mencapai kemuncaknya pada hari Selasa, 21 April dengan 10 hingga 15 meteor sejam dan waktu terbaik untuk melihatnya adalah antara waktu tengah malam dan Subuh. Walaupun persembahannya agak tenang, ianya adalah hujan meteor pertama sejak awal Januari. Menurut […]
“Dah 20 Tahun Tak Jumpa, Aku Rindu Dia,” Anak Rayu Netizen Bantu Cari Ayah Yang Lama Menghilang
Mungkin ini takdir yang perlu dilalui oleh seseorang yang rindukan pelukkan kasih sayang seorang ayah. Pastinya mereka merindui bapa yang menjadi orang pertama azan ditelinga kita setelah dilahirkan di dunia. Namun, mereka ini mempunyai kekuatan yang cukup teguh untuk menanggung perasaan rindu yang belum pasti pengakhirannya. Seorang lelaki tampil di laman Twitternya, Slaaassh yang sedang […]

“Mentua Datang Rumah Pun Tak Risau,” Ini ‘Rahsia’ Cerahkan Kerak Hitam Dalam Kuali
Sudah tidak disangkal lagi, zaman moden sekarang kuali non-stick menjadi pilihan untuk memasak sesuatu mesti lebih mudah dan tidak melekat. Katanya, nak mencuci pun senang. Tetapi, ibu-ibu mesti ada simpan kuali atau periuk lama yang ada ‘tanda’ hitam di bahagian dalam mahupun belakang kuali kan? Ya, tambah-tambah lagi ibu yang berada di kampung. Mereka sentiasa menggunakan […]

Jalan TAR, Masjid India Lengang Tanpa Jualan Ramadan Dan Aidilfitri
Bagi pengunjung setia Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Masjid India di sini, persiapan Aidilfitri tahun ini tentunya membawa perbezaan apabila kawasan itu kini lengang susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Tiada lagi warna-warni pelbagai fesyen pakaian dan aneka kuih muih yang dijual menghiasi lokasi ‘wajib kunjung’ warga kota dalam membeli persiapan Aidilfitri seperti kebiasaannya. Suri rumah, Fathiah […]

Ustaz Ebit Lew Menangis, Berbelas Anak Tak Sekolah Tinggal Dengan Atuk Yang Diserang Strok
Siapa yang tidak kenal seorang insan yang berhati mulia, seorang mualaf yang cekal memberi pertolongan kepada semua orang tidak kenal usia malah bangsa dan agama, Ustaz Ebit Lew. Melalui perkongsiannya di laman Facebook rasminya, beliau berkongsi kisah yang paling menyayat hati semua orang dimana seorang atuk yang uzur terpaksa menjaga beberapa orang cucu yang masih […]
“Lepas Dapat Rentak, Jualan…,” Wanita Ini Ajar Buka ‘Shop’ Dalam Talian
Pasti ramai diantara kita yang sedang dalam kebuntuan untuk mencari jalan mendapatkan duit tambahan di musim wabak virus ini. Manakan tidak, akibat daripada pelaksanaan perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan kerajaan, rata-rata daripada kita tidak dapat menjalankan rutin harian kerana khuatir dijangkiti dengan virus yang membawa maut ini. Usah risau, dengan cara yang dikongsikan oleh seorang […]

Kerajaan Lancarkan Aplikasi ‘MySejahtera’ Untuk Info Kawasan Merah Covid-19, Boleh Muat Turun Di Telefon Pintar
Menerusi perkongsian daripada laman Twitter YB Khairy Jamaluddin, beliau memperkenalkan satu aplikasi untuk mengesan kawasan merah Covid-19 malah perkongsian maklumat terkini tentang wabak Covid-19 di Malaysia. Aplikasi MySejahtera ini sudah dimuatnaik dalam Store Google dan iOS dalam telefon pintar anda. “Sila muat turun aplikasi MySejahtera di store Google atau iOS. Selain hotspot checker (kawasan merah COVID-19) & […]
Makan Beras Basmathi Zakat RM21 Seorang, Ini Kadar Bayaran Zakat Fitrah Mengikut Beras
Menerusi portal rasmi Lembaga Zakat Selangor, kita digalakkan untuk membayar kadar zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan. Ini kerana, ia merupakan kebajikan bagi golongan yang berkemampuan dan lebihan daripada zakat fitrah tersebut akan disalurkan kepada golongan fakir dan miskin. Walau bagaimanapun, hukum dan dalilnya adalah sunat dan dalil galakan kepada individu yang ingin membuat […]
Kanak-Kanak Juga Boleh Tertekan, Ini 8 ‘Signal’ Dan Cara Atasinya
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, tidak dinafikan ramai berisiko mengalami tekanan atau stress. Namun, tahukah kita bahawa anak-anak juga boleh mengalami tekanan seperti orang dewasa? Menurut Pengasas Remedi Indonesia dan Pengamal Psikologi Tenaga Bertauliah, Ferry Fibriandani menyatakan anak-anak bertindak balas terhadap tekanan berbeza daripada orang dewasa. Akan ada perubahan dari segi tingkah laku […]
Rumah Jadi Studio, Cikgu Gigih Ajar Subjek Kimia Guna ‘Green Screen’
Kebanyakan guru hari ini mengambil pendekatan lebih mudah menggunakan aplikasi dalam talian dalam mengajar murid-murid sepanjang tempoh PKP ini. Walau bagaimanapun, seorang guru mendekati pelajarnya dengan cara dan kaedah yang berbeza. Cikgu Siti Faridah berkongsi menggunakan kaedah unik dengan teknik skrin hijau (green screen) bagi memudahkan mengajar murid-muridnya dengan hasil visual yang lebih baik. “Cikgu […]
PKP: Majlis Akad Nikah Di Selangor Dibenarkan Dengan Kelulusan Khas Bermula Hari Ini
Majlis akad nikah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini kini dibenarkan melalui sidang video mulai hari ini, dengan syarat mendapat kelulusan khas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad dalam satu kenyataan memberitahu satu tatacara terperinci serta ketetapan baharu yang strategik disediakan bagi memastikan pelaksanaan majlis itu menepati hukum, dilaksanakan […]
Gara-Gara PKP, Suri Rumah Kongsi Berdepan Lebih ’10 Kluster’ Dalam Satu Masa
Menggalas tanggungjawab sebagai suri rumah tidaklah semudah yang disangka. Setiap waktu ada sahaja kerja demi membereskan segala kelengkapan rumah. Lagi pula musim PKP yang pastinya semua ahli keluarga berada didalam rumah sepenuh masa. Walaupun banyak manfaat dan hikmahnya daripada segi hubungan kekeluargaan, tapi pasti ada dilema yang dihidapi setiap ibu dan ister. Menerusi laman Facebook, […]

‘Misteri’ Disebalik Sebuah Rumah Di Cleveland Yang ‘Diblur’ Google Maps
Kisah sebuah rumah yang terletak di Syemour Avenue, Cleveland pernah menjadi bualan suatu ketika dahulu. Bahkan, rumah ini ‘dipadam’ daripada pandangan Google Maps. Dengan koordinate 41°28’21.6″N 81°41’52.7″W, misteri disebalik rumah ini dibongkar satu-persatu. Kediaman ini dikatakan milik seorang lelaki bernama, Ariel Castro. Dia merupakan seorang banduan yang didakwa menculik, merogol dan menyiksa tiga orang gadis […]