Gaya hidup

Jangan Biarkan Stres Terus Mengganggu Anda, Doktor Kongsi Teknik Mudah Untuk Tangani Tekanan Secara Sihat
Tekanan atau stres sememangnya akan terjadi kepada semua orang di dunia ini. Stres merupakan tekanan perasaan atau gangguan emosi yang berlaku kesan tindak balas sesuatu perkara yang berlaku di luar kebiasaan atau kemampuan seseorang atau disebabkan sesuatu beban yang menimpa mereka. Apabila berlaku stress, badan menghasilkan hormon adrenalin dan cortison yang menyebabkan jantung berdegup lebih […]

Jangan Ambil Mudah Kalau Anak Mengadu Sakit Telinga, Doktor Kongsi Bahaya Sakit Telinga Yang Boleh Mengancam Nyawa
Sakit telinga boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengenal usia sama ada dewasa mahupun kanak-kanak. Sakit telinga yang disebabkan oleh jangkitan lazimnya berlaku di antara usia enam bulan dan dua tahun. Namun ia boleh terus berlaku sehingga anak anda menjadi dewasa. Sakit telinga merangkumi ketidakselesaan ringan hingga ke kesakitan yang mencucuk, tidak tajam atau membakar di […]

“Bermacam Cara Dah Cuba, Resdung Masih Tak Selesai”, Ini Lima Sebab Kenapa Pesakit Resdung Susah Sembuh Menurut Doktor
Resdung merupakan antara penyakit sinonim dengan rakyat Malaysia yang berpunca daripada alahan atau nama lainnya Allergic Rhinitis. Resdung melibatkan keradangan pada saluran hidung hingga mengakibatkan beberapa tanda yang sering berlaku pada pesakit resdung iaitu bersin, hidung berair, gatal hidung dan juga hidung tersumbat. Resdung terjadi apabila sekeliling rongga hidung anda dijangkiti bakteria. Kebiasaan bagi mereka […]

Suami Kena Tahu Lima Tanda Isteri Tak Cukup Tidur
Tidur merupakan antara perkara penting dalam kehidupan kita tidak kira bagi kanak-kanak mahupun dewasa kerana tidur yang cukup boleh mengekalkan kesihatan badan kita untuk sentiasa berada pada tahap yang baik. Tidur juga meningkatkan produktiviti kita dan menambah kecergasan kita untuk melakukan aktiviti sepanjang hari. Secara keseluruhannya, tidur mempunyai banyak kepentingan dan memberi pengaruh besar kepada […]

Khasiat Sengkuang Cina Membantu Selesaikan Masalah Kesihatan Dan Pencernaan
Walaupun ubi ini dikenali sebagai sengkuang Cina atau bahasa lain digunakan ialah ‘water chestnut’. Tapi anda jangan bayangkan buah berangan walaupun nama yang sama tetapi sangat berbeza. Sejenis sengkuang ini tumbuh di tepi-tepi paya dan menjadi makanan ruji dalam masakan orang Cina. Umbi ini berasal daripada Asia Tenggara, Cina Selatan, Taiwan, Australia dan banyak pulau di […]

(Video) Aquascaping, Hobi Mahal Yang Memerlukan Ketelitian, Ini Adalah Tips Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Membinanya
Aquascaping adalah antara ‘perhiasan’ dalam rumah yang memerlukan anda untuk mencurah tenaga, waktu, wang ringgit dan sedikit kretiviti untuk disiapkan. Hobi ini yang boleh dianggap sebagai hobi yang lebih ‘advanced’ daripada memiliki akuarium biasa dengan beberapa ekor ikan sahaja di dalamnya pasti akan memberikan kepuasan apabila berjaya disiapkan. Namun begitu, aquascaping selain memerlukan modal yang […]

21 Status Halal Produk Diragui Netizen, JAKIM Jelaskan Segala Kemusykilan
Penglibatan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam memberi pengesahan status halal kepada produk makanan dan barangan gunaan Islam di negara ini bermula pada tahun 1974 apabila Pusat Penyelidikan, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri memberi surat pengesahan halal kepada produk-produk yang memenuhi kehendak syarak. Bermula pada tahun 1994 pengesahan halal diberi dalam bentuk sijil […]

Para Ibu Tidak Boleh Ambil Mudah Apabila Kaki Membengkak Semasa Mengandung
Pada awal kehamilan, sesetengah ibu akan mengalami alahan atau “morning sickness” yang teruk sehingga menyebabkan mereka menjadi lesu dan tidak bermaya. Tetapi tidak semua para ibu mengalami pengalaman yang sama ia bergantung kepada keadaan seseorang. Kalau ada yang perasan, semasa mengandung kaki si ibu akan membengkak terutama apabila telah dekat pada tarikh melahirkan bayinya. Mungkin […]

Salam Web Catat Sejarah Jadi Web Browser Patuh Shariah Pertama Di Dunia
SalamWeb Technologies MY Sdn Bhd mencatatkan sejarah apabila menjadi syarikat pertama yang memperkenalkan perkhidmatan internet patuh syariah pertama di dunia melalui pelancaran SalamWeb pada 17 Januari di Glasshouse, Seputeh. Mendapat pengesahan daripada Amanie Shariah Supervisory Board, SalamWeb merupakan platform carian atas talian (web browser) seperti web browser yang lain tetapi mempunyai keunikkan kerana menawarkan persekitaran […]

“Terasa Seperti ‘Bang Ramlee’ Masih Ada,” Saling Tak Tumpah Seperti P. Ramlee, Suara Dan Wajah Fairuz Tarik Perhatian Netizen
Teuku Zakarian bin Teuku Nyak Puteh lebih dikenali sebagai seniman agung P. Ramlee merupakan seorang artis versatail sebagai penyanyi, pelakon, pengarah, pemuzik dan penulis lagu yang berasal dari Pulau Pinang. Gelaran yang diberi berikutan jasa dan baktinya dalam dunia hiburan sehingga pernah memperoleh pengiktirafan antarabangsa seperti Best Male Lead Role (Festival Filem Asia Ke-4, Tokyo) dan Most Versatile Talent (Festival […]

Memang Comel Hias Kepala Anak Dengan “Headband”, Tetapi Ramai Tak Tahu Pernah Ada Kes Bayi Mati Terjerut
Persiapan menjadi ibu dan bapa bukan hanya menyediakan kelengkapannya sahaja malah mereka perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu untuk menjaga bayi yang bakal lahir. Kalau kita lihat ramai ibu bapa kini yang memakai anaknya dengan “headband”. Walaupun niat hanya untuk mencomelkan lagi si bayi tetapi tanpa anda sedar ia mendatangkan bahaya kepada si kecil anda. […]

(Video) Hebat, Lelaki Ini Hasilkan Sut Terbang Seperti Iron Man Dan Boleh Dibeli Pada Harga RM 1.7 Juta
Sut Iron Man yang dipakai Tony Stark dalam MCU mungkin menjadi realiti satu hari nanti apabila seorang pereka cipta berbangsa British berjaya membangungkan sut terbang sedemikian. Dinspirasikan daripada watak adiwira dunia tersebut, Richard Browning berjaya terbang buat seketika hasil thruster yang dipasang pada bahagian belakang dan tangan sut. Ingin memilikinya? Ya, jika anda cukup kaya kerana […]

“Tahun 2009 Saya Tak Tahu Baca Alif Ba Ta, Hanya Hafal Al-Fatihah,” Sahut ‘#10YearChallenge’ Dari Perspektif Berbeza, Catatan Mizz Nina Dipuji Netizen
Baru-baru ini media sosial dibanjiri dengan gambar-gambar ‘throwback’ pengguna susulan cabaran ‘#10yearchallenge’ yang membuatkan mereka memuat naik sekurang-kurang dua keping gambar dengan perbezaan masa 10 tahun antara gambar pertama dengan gambar kedua. Cabaran tersebut mendapat sambutan orang ramai bukan sahaja individu biasa namun beberapa tokoh ternama dalam dan luar negara. Namun, lain pula bagi Shazrina Azman […]

Kalau Nafas Anak Berbunyi Bahaya Atau Tidak? Ini Penjelasan Dari Doktor Pakar
Setiap pasangan yang mempunyai anak pasti mahukan anak-anak membesar dengan sihat tanpa ada sebarang masalah terutamanya kesihatan. Kesihatan anak-anak menjadi keutamaan setiap ibu bapa kerana mereka inginkan yang terbaik untuk cahaya mata mereka. Jikalau anak mempunyai masalah kesihatan pasti tak senang duduk di buatnya memikirkan keadaan anak-anak. Apatah lagi jikalau anak itu masih bayi. Antara […]

Cabaran ’10 Year Challenge’ Didakwa Dibina Untuk Bantu Teknologi Pengecaman Wajah?
Seorang penulis dunia teknologi terkenal, Kate O’Neill mendakwa fenomena ’10 Year Challenge’ yang menjadi trend ketika ini mungkin boleh diguna untuk membantu teknologi pengecaman wajah di masa depan, seperti dilaporkan CTV News. Walaupun tidak dapat dipastikan secara tepat tarikh cabaran ini bermula, ’10 Year Challenge’ atau turut disebut sebagai ”How Hard Did Aging Hit You” dan […]

Tak Pernah Makan Sarapan, Gemar Makan Organ Dalaman Haiwan, Wanita Menderita 2,000 Batu Karang Dalam Hempedu
Seorang wanita berasal dari Guiyang, Guizhou dikejarkan ke hospital pada 15 Januari lallu selepas mengalami sakit perut teruk dan terpaksa dibedah. Sumber memberitahu bahawa, mangsa mengalami ketidakselesaan perut yang maksima membuatkan para doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan. Apa yang mengejutkan para doktor apabila bahagian yang dibedah terdapat ribuan batu bersaiz kurang 1cm menyeliputi pundi hempedu […]

Tiada Lagi ‘Bangsar South’, Selamat Kembali Kampung Kerinchi
Nama Bangsar South yang dulu dikenali sebagai Kampung Kerinchi dikembalikan selepas dirasmikan sendiri oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut berita, tindakan itu diambil bagi menunaikan janjinya pada penduduk setempat sebelum ini. Tambah beliau, nama itu dikembalikan seiring dengan sejarah yang berasal daripada namanya sendiri. Menurutnya lagi, ramai tokoh-tokoh hebat berasal dari Kampung Kerinchi. […]
Nak Pergi Klinik Atau Hospital Pun Ada Etika, Lelaki Kongsi 11 Tips Ringkas Sebelum Berjumpa Doktor
Apabila kita mahu berjumpa doktor di klinik atau hospital pastinya kita mahukan sesi rawatan berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang halangan. Proses perjumpaan dengan doktor bukanlah satu perkara yang boleh kita pandang remeh kerana kita mahu mendapatkan hasil rawatan yang terbaik. Pasti kita akan berasa kurang senang sekiranya rawatan yang diberikan oleh doktor seolah-olah tidak […]

Walaupun Hanya 15 Minit Ianya Sudah Cukup Mencipta Memori Indah Untuk Seorang Kanak-Kanak
Apabila masuknya tahun baru, bermacam-macam gelagat yang dapat kita lihat terutama bagi ibu bapa yang pertama kali menghantar anaknya ke sekolah. Perasaan gembira, sedih dan risau pasti menyelubungi terutama bagi si ibu. Kadang-kadang mungkin ada ibu bapa yang terlepas pandang untuk meluangkan masa bersama anak-anak setelah seharian bekerja. Kesibukan bekerja atau menguruskan rumah tangga menyebabkan […]

Pernah Dengar Penyakit Resdung Kulat? Ini Penerangan Doktor Pakar Untuk Siapa Yang Belum Tahu
Resdung merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan keradangan pada rongga hidung yang berlaku akibat jangkitan kuman. Banyak faktor yang boleh menyebabkan penyakit resdung ini antaranya jangkitan virus, masalah sktrukur hidung, pencemaran udara , alahan pada habuk dan sebagainya. Apabila sebut pasal habuk ini, cerita juga tentang resdung, maka ia memang saling berkait rapat. Ibarat aur dengan […]