Siakap Keli

“Sampai Sekarang Isteri Hanya Tahu Masak Ayam Merah Jer”, Ini Kisah Takdir Seorang Lelaki Kahwin Gadis Tak Pandai Masak

Hal ini mungkin sensitif bagi sesetengah orang dan ada juga yang menganggapnya perkara yang biasa serta masih boleh dipulih baik.  Kalau dulu mungkin masih relevan, kerana kebanyakkan wanita rata-rata mereka ialah suri rumah sepenuh masa dan tidak bekerjaya.  Sungguhpun begitu, tugas wanita ketika di rumah mahupun di pejabat sebagai isteri, ibu dan seorang pekerja masih berat untuk dipikul.

Contohnya, tidak semua orang memiliki kelebihan atau kepandaian memasak.  Tetapi, kemahiran itu boleh diasah.  Orang kata, “lebih baik dapat isteri tak pandai masak tapi rajin memasak.”  Perkongsian daripada Firdaus Shakirin ini wajar dijadikan panduan agar suami dan isteri sama-sama melengkapi.  Mengapa sampai ada yang bercerai-berai kerana isteri tak pandai masak?  Dimana letaknya sokongan suami dan toleransi sebagai pasangan?

Bila isteri tak pandai memasak, jgn marah dia…jgn hina dia…jgn kata dia tak guna…

Bukan semua pompuan “ready made” as pandai masak…ada yg dari tingkatan 1-5 tggal di asrama, sambung belajar lagi pun duduk asrama, habis belajar, dapat keje, duduk umah sewa…

menu bujang = telur, maggie, masak air…

Jadi peluang utk belajar memasak dan bersilat didapur itu kurang…jarang2…Jgn letak expectation bahawa bila kita berkahwin, kita akan dapat isteri yg pandai memasak…

Saya dah 6 tahun berkahwin, 4 tahun pertama perkahwinan, memg makan luar atau tapau ja, sbb dua2 bekerja…bila ada anak kecik, lagi susah isteri nak memasak…anak merap dan sebagainya…xpe, kita tapaw je lauk dari luar, xde masalah…

Tapi bila isteri ada masa utk masak, support dia, bagi semangat kat dia…bila dia hidangkan mknan yg dia masak, jgn terburu2 nk kritik, nak menghukum masakan dia…klu hari2 dia masak, dia mgkin akan pakar…ini kadang2 sahaja…cuba rasa dahulu, kemudian ckp yg positif2, “kalau kurangkan skit garam, ok dh” , atau “kena tumis bg lama skit ni, sbb tak pecah minyak lagi ni”… Bagi input…bukan kutuk…

Sampai skrg, isteri dah jd surirumah sepenuh masa, dia pakar masak ayam masak merah sahaja, which is lauk feveret saya…yg lain2, dia google, dia belajar dan dia cuba buat…smpai satu tahap sya ckp, “jgn masak pelik2 bleh tak, buat je setakat yg tahu, klu telor, telor la…no problem…”

Org pompuan, dia nak tackle perut suami, dia cuba pelbagaikan masakan dia. Klu jadi, ok…klu tak jadi, punggah…kita ni pulak bahan ujikaji dia…tak semua pompuan ada skill dlm memasak, ada yg jenis baling2, lempar2 dlm kuali, then siap pastu sedap…ada yg bila kata letak garam secukup rasa, tapi berkali2 dia letak sbb dia rasa x cukup lagi…smpai kat kita, masin berdengung…

Jgn anggap isteri yg tak pandai memasak itu tak guna atau sebagainya…bukan smua pompuan pandai memasak, bg galakan, bg tunjuk ajar, support dia, insyaallah satu hari nnt dia akan pandai memasak…sama mcm kita yg lelaki ni, bukan smua lelaki tahu buat keje umah…lipat baju pun senget…

Sbb tu perkahwinan kena saling melengkapi antara satu sama lain…masing2 dtg dgn kekurangan dan kelemahan…jgn cari salah pasangan, tapi sebaiknya tutup slh tu dgn kelebihan yg ada pd kita…

Semoga bermanfaat…Insyaallah…

Sumber: Firdaus Shakirin

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di