Siakap Keli

KESUMA Menganjurkan Karnival Kemahiran dan Kerjaya Hijau untuk Kelestarian Negara Masa Hadapan

KESUMA Menganjurkan Karnival Kemahiran dan Kerjaya Hijau untuk Kelestarian Negara Masa Hadapan

KUALA LUMPUR, 25 April – Dengan rangka kerja strategik seperti Pelan Hala Tuju  Teknologi Hijau Malaysia 2017-2030 (GMTP) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara  (NETR), kerajaan menjangkakan penarikan pelaburan sehingga RM1.3 trilion, peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada RM220 bilion, dan mencipta lebih 300,000  peluang pekerjaan menjelang 2050. 

Justeru, sebagai tindak balas terhadap peningkatan permintaan bakat profesional mahir  dalam ekonomi hijau, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menganjurkan Karnival  Kermahiran dan Kerjaya Hijau KESUMA yang berlangsung selama tiga hari di Kuala  Lumpur. Acara itu, yang diadakan bersempena Forum Pekerjaan Hijau ASEAN yang bertujuan untuk meningkatkan penglibatan dan kesedaran dalam mempersiapkan bakat  dengan kemahiran yang diperlukan untuk menyumbang secara bermakna kepada ekonomi  hijau yang sedang maju.  

kesuma

Semasa majlis pelancaran, YB Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia menyatakan Ekonomi hijau dapat dilihat sebagai paradigma ekonomi yang memacu  pertumbuhan, pendapatan dan pekerjaan, tanpa mengorbankan sumber ekosistem dan  biodiversiti semulajadi, justeru kita perlu berusaha membangunkan tenaga kerja sedia industri  untuk memenuhi keperluan pelaburan Ekonomi Hijau.  

“Karnival Kemahiran dan Kerjaya Hijau merupakan satu usaha KESUMA dengan kerjasama industri dan akademia yang julung kali diadakan untuk memperkukuh pembangunan  kemahiran dan peluang pekerjaan hijau selaras dengan keperluan ekonomi dan kemampanan  alam sekitar di rantau ini,” katanya. 

Beliau turut menambah, “Matlamat kami adalah untuk membina tenaga kerja yang cekap  dilengkapi dengan kemahiran hijau yang dicapai melalui pengenalan, peningkatan kemahiran  dan kemahiran semula individu untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam ekonomi hijau.” 

Karnival Kemahiran Hijau dan Kerjaya Hijau KESUMA, yang dianjurkan oleh TalentCorp dan PERKESO, akan diadakan dari 25 – 27 April 2024 dari jam 10 pagi – 5 petang bertempat di  Avenue K Mall, Kuala Lumpur. 

Di Karnival Kemahiran Hijau, para pengujung akan berpeluanguntuk menyertai dalam 12  program bual bicara (pocket talk) yang akan membincangkan pelbagai topik. Karnival ini akan  menampilkan para penceramah daripada pelbagai organisasi seperti Program Pembangunan  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) Malaysia, EY Malaysia, LinkedIn Malaysia,  HRD Corp, Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC), Malaysian PayGap, serta  pelbagai lagi.

Menerusi Karnival ini juga, terdapat pelbagai organisasi yang akan mempamerkan usaha  mereka dalam kemampanan inovasi teknologi hijau.Turut serta, pempamer dari universiti  yang akan mempamerkan kursus dan modul yang berkaitan dengan kemahiran hijau. Antara  22 pempamer termasuklah POS Malaysia, Modenas, Gentari, Malaysian Green Technology  and Climate Change Corporation (MGTC), Cyberview Sdn Bhd, Amanah Lestari Alam,  Sustain.Ed – Sea Monkey Project X Earth Heir, Asia Pacific University of Technology &  Innovation (APU), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), serta banyak lagi. 

Pada masa yang sama, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) turut akan  menganjurkan Karnival Kerjaya Hijau MYFutureJobs, di mana ia akan menawarkan lebih  3,000 peluang pekerjaan dari hampir 60 majikan untuk rakyat Malaysia. Majikan yang  mengambil bahagian termasuk AEON Co. (M) Berhad, RHB Bank Berhad, DME Solutions  Sdn Bhd, Kumpulan Tan Chong, IHH Healthcare Malaysia, FGV Holdings Berhad, Sols  Energy Sdn Bhd, United Solar Energy Malaysia Sdn Bhd, ERS Energy Sdn. Bhd, Ranhill  Bersekutu Sdn Bhd, IFP Engineering Solutions Sdn Bhd, UOA Group, dan banyak lagi. 

Sebagai tambahan, PERKESO turut akan mengadakan Karnival Kerjaya MYFutureJobs KESUMA Madani bersempena Hari Pekerja 2024 bertempat di Pusat Konvensyen  Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 30 April dan 1 Mei ini. Karnival ini akan menawarkan  lebih 10,000 jawatan kosong. Ia turut akan diadakan di beberapa Negeri termasuklah  Kelantan pada 4-5 Mei, Johor pada 5 Mei serta Sarawak pada 18 – 19 Mei 2024. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari:  

  • Karnival Kemahiran Hijau KESUMA oleh TalentCorp: www.talentcorp.com.my/kesuma green-skills-fair
  • Karnival Kerjaya Hijau MYFutureJobs: www.myfuturejobs.gov.my/careerfair

Nurul Naqiyah