Siakap Keli

9 Tips Untuk Buat Bilik Simpan Pakaian Nampak Kemas

Bila masuk hunjung minggu, baru ingat nak rehatkan badan relax di rumah. Tapi, bila tengok baju-baju yang perlu dilipatkan dan barang-barng perlu dikemaskan, aduh!

Sebenarnya, untuk mengelakkan situasi sebegini, ada caranya yang anda boleh ikuti. Cara ini bukan sahaja dapat membantu anda untuk mengemas baju dan barang dengan mudah, malah rumah dan bilik pun akan jadi kemas. Anda nak ketahui caranya? Jom curi idea dari gambar-gambar ini!

 

1 Gunakan Penggantung Baju Yang Sesuai

Hanger sering dikenal dengan gantungan baju. Hanger pakaian merupakan alat perlengkapan baju absolut ada di lemari pakaian Anda. Jangan remehkan si kecil gantungan pakaian ini. Hanger digunakan buat menggantung baju, khususnya pakaian gaun, long dress, atau pakaian panjang supaya kondisi pakaian tetap rapi.

Cuba gunakan hanger kayu. Hanger ini membuat almari anda terlihat lebih natural, elegan, dan berkelas.

Kredit Gambar :DIY with RepairClinic

2 Gantungkan Papan Pancang

Papan pancang (pegboard) merupakan papan keras (hardboard)—papan serat berkerapatan tinggi—yang dilengkapi dengan banyak lubang (berukuran kecil dan tersusun teratur dalam bentuk grid).

Papan pancng sering kali digunakan sebagai jaringan kisi-kisi yang terorganisasi untuk meletakkan perkakas dan perlengkapan lain. Papan pancang memiliki sifat sangat spesifik, terutama tegar/kaku, keras dan kuat. Menginstal dinding garasi atau rumah Anda dengan papan pancang merupakan sebuah proyek murah yang menakjubkan, walaupun menuntut pengukuran terperinci, pengecekan kerataan dan juga dukungan pada dinding.

Kredit gambar : Honeybear Lane

3 Tempatkan Aksesori Dalam Plastik Lut Sinar

Memandangkan kotak diperbuat daripada plastik lutsinar, anda boleh mencari keperluan anda dengan cepat dan mudah. Anda boleh menggatung sahaja aksesori yang mudah berbelit seperti rantai dan anting-anting.

Kredit Gambar : Honeybear Lane

4 Gunakan Almari Handbag

Anda boleh menyediakan almari khas untuk handbag. Tips mudah penjagaan handbag yang boleh anda cuba sendiri di rumah.

  1. Simpan handbag yang tidak dipakai ke dalam “dusting bag” untuk mengelakkan kotor atau terkena habuk.
  2. Susuan handbag dalam ruang penyimpanan di dalam almari secara eok. Elakkan menghimpit-himpit handbag untuk mengelakkan kulit handbag terkenan satu samalain dan rosak.
  3. Letakkan surat khabar atau kertas ke dalam handbag yang tidak dipakai (semasa disimpan) untuk mengelakkan handbag berubah bentuk.

5 Cara menyimpan kasut

Jika anda adalah kaki shopping yang punyai banyak koleksi kasut, cara-cara ini memang berguna. Jadi tidaklah anda terlupa bahawa anda telah mempunyai beratus-ratus pasang kasut!

6 Asingkan Barang-barang

Jika anda gemar melancong, anda pasti banyak menyimpan pakaian berbulu tebal, baju sejuk, stokin, sarung tangan dan sarung kepala yang tidak digunakan hari-hari. Oleh itu, asingkan ia daripada ruang simpanan almari utama anda. Boleh simpan ia dalam kotak besar.

Kredit Gambar: Homemade Home Ideas

7 Letakkan Label

Jika anda label kotak-kotak yang anda gunakan untuk simpan barang-barang, bukan sahaja mudah untuk anda cari barang, malah Nampak lebih tersusun dan sistematik. OCD? Tidak-tidak.

8 Susun Mengikut Warna

Bagi memudahkan anda memilih pakaian sebaiknya anda gunakan penyangkut mengikut warna. Selain kelihatan cantic seperti pelangi, menyusun pakaian mengikut warna bias member motivasi kepada anda setiap kali ingin mencari padanan baju yang sesuai. Jadi tidak lah pagi-pagi termenung begitu lama depan almari memilih baju.

9 Manfaatkan Dinding

Dinding ruang anda kosong dan belum ada idea untuk mengisi dengan apa? Ada banyak cara yang dilakukan untuk menghias dinding kosong ini. Jangan dibazirkan begitu sahaja. Daripada dicemari sawang, ada baiknya jika anda membina rak-rak berguna yang memanfaatkan ruangan dinding kosong sehingga ke bahagian siling sebagai ruangan simpanan.

Houz Decor

An Interior Designer, Home Decorator & Contractor. For more information, visit our Facebook page or Instagram below.