Siakap Keli

Lagi Kes ‘Scammer’ Menyamar Polis, Wang RM35,000 Lesap Sekelip Mata

Hilang RM38,000 sekelip mata membuatkan seorang pekerja swasta di Bentong telah membuat laporan polis untuk memberi kesedaran kepada orang ramai agar tidak terpedaya dengan ops yang sama.

Kejadian itu berlaku ketika pada 9.30 pagi semalam, mangsa 41 tahun telah dihubungi oleh seorang lelaki yang mengaku sebagai seorang pegawai polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan mendakwa mangsa terlibat dengan kes pengubahan  wang haram menerusi sebuah syarikat.

“Mangsa kemudian menafikannya sebelum disambung kepada pegawai atasan yang lain. Dia kemudian diminta menyerahkan maklumat akaun peribadinya bagi tujuan siasatan.

Mangsa kemudian akur dan menyerahkan butiran dua akaun peribadinya dan sejam selepas itu, dia telah menerima mesej mengatakan telah berlaku transaksi pemindahan wang dari akaun miliknya ke pihak ketiga melibatkan jumlah RM35,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang Supt Mohd Wazir Yusof berkata, mangsa telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksium 10 tahun, denda dan sebatan jika sabit kesalahan.

Berikutan itu, Mohd Wazir menasihati orang ramai supaya tidak mudah tertipu dengan sebarang panggilan yang diterima daripada pihak dikenali serta sewenang-wenangnya menyerahkan butiran peribadi untuk  mengelak daripada menjadi mangsa. – Bernama

Nur Farra