Siakap Keli

(Video) Sepakan Menarik Wan Kuzain Ala Ronaldo Dapat Pujian Peminat Sporting Kansas City

Digelar ‘Messi Amerika’, pemain bola muda berdarah Melayu tetapi bermain di USA, Wan Kuzain baru-baru ini berjaya menjaringkan gol sekali lagi menerusi sepakan percuma ketika beraksi di USL Liga Divisyen 2 menentang Las Vegas Light FC.

Rakaman video dibawah menunjukkan kehebatan Kuzain memberikan gol melalui sepakan percuma sekali gus menjadikan Swope Park Rangers (SPR) sebagai juara Liga dan bakal bersaing menerusi perlawanan seterusnya di Kansas.

Kepaduan sepakan Kuzain mendapat pujian netizen dan pemain hebat luar negara sehingga ada yang mengatakan gaya sepakannya persis ‘dip kick’ lagenda bola sepak, Ronaldo.

Wan Kuzain merupakan satu-satunya legasi dari Malaysia yang beraksi secara sengit di kancah bola sepak Amerika Syarikat.

Semenjak menandatangani kontrak bersama akademi Swope Park Rangers tahun lalu, Wan Kuzain mula mendapat perhatian peminat bola sepak tanah air. Antara pencapaian cemerlnag Wan Kuzain adalah beliau berjaya dipilih dalam senarai Best XI Central Conference dalam musim 2016-2017 US Soccer Development Academy. Dimana beliau telah berjaya menjaringkan 4 gol dalam 20 penampilan.

Pada 2017, permainan Wan Kuzain semakin padu bersama Swope Park Rangers, dimana beliau telah membantu kelab tersebut mara ke peringkat Kejuaraan Western Conference 2 kali berturut-turut.

Nur Farra