Siakap Keli

Kerajaan Terengganu Tak Halang Pelancong Bukan Muslim Pakai Bikini

Sudah menjadi kebiasaan pelancong asing yang datang ke kepulauan Malaysia akan mengenakan pakaian yang menjolok mata terutamanya wanita seperti memakai bikini.

Terengganu antara destinasi yang menjadi tumpuan pelancong dengan pulau paling cantik seperti pulau perhentian kecil dan pulau kapas.

Pun begitu, kerajaaan Pas Terengganu baru-baru ini membuat kenyataan bahawa tidak mempunyai halangan terhadap pemakaian bikini di kawasan pantai dan pulau peranginan negeri itu asalkan bukan beragama Islam.

Pengerusi Jawatan­kuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Mohd. Nor Hamzah berkata, ke­putusan itu dibuat selaras dengan sikap tole­ransi kerajaan negeri dalam me­ngurus keharmonian masyarakat kerana pakaian bikini adalah hak pelancong bukan Islam dan dianggap lazim di kawasan pelancongan.

Nur Farra