Siakap Keli

Hampir Seminggu, Nasib 12 Pemain Bola Sepak Remaja Thailand Kekal Jadi Tanda Tanya

Selepas hampir seminggu terperangkap di dalam gua, nasib 12 orang pemain bola sepak remaja sebuah akademik bola sepak di Thailand bersama-sama seorang jurulatih, masih tidak diketahui.

Usaha menyelamat yang masuk hari kelima yang tergendala selama lima jam akibat hujan lebat dilokasi kejadian disambung semula selepas pasukan menyelamat kini berlumba dengan masa bagi memastikan semua mangsa yang terperangkap dapat diselamatkan.

Para penyelam dari pasukan khas SEAL Tentera Laut Diraja Thailand dibenarkan untuk meneruskan kerja-kerja menyelamat dan memasuki ruang dalam Gua Tham Luang Nang Non yang digenangi air selain berbahaya akibat keadaan gelap, berbatu, air keruh dan ruang masuk yang sempit, menurut kenyataan Gbenor Chiang Rai, Narongsak Osatanakorn.

Anggota pasukan khas bsebelum ini dilaporkan bertegas untuk kekal di lokasi kejadian untuk menerus penggiliran tugas menyelamat 24 jam tanpa henti, namun keadaan cuaca yang tidak mengizinkan memaksa operasi menyelamat itu digantung buat sementara.

”Keselamatan mereka (pasukan penyelamat) juga perlu diambil kira. Semua orang sedang bekerja keras ketika ini dan kami ingin menagaskan bahawa tiada masa yang dibuang ketika misi menyelamat ini dijalankan,” katanya kepada CNN selain turut menambah bahawa ramalan cuaca di kawasan operasi dijangka bertambah buruk untuk minggu-minggu akan datang.

Selain itu, satu pasukan lain kini turut berkerja teras untuk mencari jalan masuk alternatif dari bahagian luar gua bagi memasuki sistem gua tersebut, selepas usaha memasuki ke dalam gua melalui pintu utama menghadapi kesukaran akibat air deras yang memasuki gua tersebut.

Bagaimanapun usaha pasukan penjejak untuk menjejaki jalan masuk alternatif itu turut menghadapi kesukaran disebabkan keadaan hutan yang tebal selain cuaca hujan lebat yang turut mengganggu.

Usaha Mencari Laluan Alternatif

Pasukan penyelamat Thailand turut mendapat bantuan daripada pasukan penyelamat Tentera Amerika Syarikat yang tiba di negara itu pada Rabu.

Namun, usaha menyelamat yang mahu disegerakan oleh pasukan penyelamat Amerika Syarikat turut terbantut gara-gara masalah yang sama. Pasukan penyelamat khas gua dari Britain juga dilaporkan sudah tiba di lokasi kejadian.

Pasukan penyelamat Tentera Amerika Syarikat yang terdiri daripada anggota paratrooper, pakar mandiri dan beberapa anggota sokongan untuk memberi bantuan dan nasihat kepasa pasukan penyelamat tempatan.

”Kami disini bagi menghulurkan bantuan dan berkongsi kepakaran kami kepada rakan kami dalam angkatan tentera Thailand. Mereka sudah meberikan segalanya semenjak usaha menyelamat bermula 5 hari lalu,” kata jurucakap pasukan tentera Amerika Syarikat.

Pasukan Penyelamat British

Kesemua 12 mangsa yang berusia diantara 11 – 16 tahun bersama-sama seorang jurulatih 25 tahun berkata dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu kesemua mereka memasuki gua tersebut untuk membuat lawatan riadah. Kehilangan mereka di gua tersebut turut dikuatkan dengan penemuan basikal dan beberapa kelengkapan sukan milik mangsa-mangsa di ruang pintu masuk gua itu.

Pihak berkuasa percaya bahawa semua mangsa memasuki jauh ke dalam gua untuk meneroka satu bahagian ruang besar yang terdapat di dalam gua tersebut.

Pasukan penyelamat sebelum ini turut menggunakan pam air yang dihantar ke kawasan operasi bertujuan untuk menyeduat semua air yang memenuhi gua tersebut, namun hujan lebat yang berterusan menyukarkan usaha tersebut.

”Ia adalah pilihan utama kami, (menyedut air keluar daripada gua) namun ia menjadi semakin sukar. Kami mempunyai pilihan lain, iaitu masuk melalui satu lubang yang ditemui di bahagian atas gua. Kami bersedia untuk menggerudi lubang tersebut sekiranya usaha mengepam keluar air gagal,” kata Osatanakorn.

Osatanakorn juga berkata hujan lebat turun dalam kuantiti luar biasa, walaupun sedia maklum Thailand ketika ini sedang berada di dalam musim hujan. Malah, hujan lebat selama lima jam pada hari Rabu dan selama satu jam pada Khamis turut menyebabkan paras air dalam gua terus meningkat.

”Pasukan penyelamat yang berada di dalam gua terpaksa berpatah balik kerana tidak mampu berhadapan dengan arus air deras yang menerpa masuk ke dalam gua,” kata Osatanakorn lagi.

Sumber : CNN

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.