Siakap Keli

‘Dah Tahu Lelaki Buatlah Cara Lelaki’, Muatnaik Gambar Mykad, ‘Lelaki Cantik’ Dapat Kecaman Netizen

Mungkin bukan lagi menjadi isu baru, golongan lelaki-lelaki ‘lembut’ di negara kita yang berpenampilan seperti perempuan dan mempunyai pengaruh di media sosial dengan bilangan pengikut yang tinggi.

Terbaru, mendapat hampir 500 ribu tontonan di instagram dalam masa tidak sampai sehari, jurusolek selebriti Aizat Abdul Razak menerima kecaman netizen kerana gambar di Mykadnya yang seakan ‘wanita’.

Dia yang sebelum ini dikenali kerana aktif membuat rakaman ‘live’ di media sosial dengan aksi ‘panas’ dan lucu, sekali lagi mencetuskan kontroversi dengan memakai solekan tebal pada gambar kad pengenalan baru.

Rata-rata netizen mengkritik tindakannya itu yang menyerupai ‘wanita’ sebagai sesuatu yang tidak wajar  dan menjatuhkan maruah sebagai seorang lelaki.

Tampil membidas, Aizat menerusi kenyataanya ketika dihubungi hari ini berkata dia hanya memakai makeup yang minima. Jelas beliau, mungkin disebabkan gambar pada bahagian kad pengenalan itu sedikit feminin menimbulkan rasa tidak senang orang ramai.

”Bagaimanapun saya, tetap saya, terpulang kerana itu hak anda untuk berkata-kata,” ujar Aizat.

Apa pula pandangan anda?

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.