Siakap Keli

Pasang Niat Nak Angkat P20 Tapi Poket Banyak Angin Je, Huawei Nova 3e, Sebuah Peranti Bayangan P20 Mungkin Untuk Anda.

Semenjak siri Huawei P20 diperkenalkan, semua orang tak henti-henti bercakap tentangnya. Dengan rekaan panel belakang persis Maya Karin berkemban, ianya dilihat peranti paling seksi yang anda boleh dapat di pasaran ketika ini.

Sebenarnya siri P20 pada penulis dah cukup murah dengan apa yang ditawarkan jika dibandingkan dengan model bangsawan lain. Tetapi jika anda masih kurang bajet dan masih ghairah dengan P20, mungkin anda boleh cuba Huawei Nova 3e.

Huawei Nova 3e, sebuah peranti kompak dan comel bersama rekaan bayangan P20, bersama panel kaca 2.5D belakang berkilau, ianya sangat menakjubkan, seumpama amoi petite berambut perang dengan skirt labuh sedang memetik bunga di taman botani Putrajaya.

Ianya dibina dengan skrin LCD berukuran 5.84 inci FHD+. Seperti yang semua tahu, tahun ini merupakan tahun peranti ‘dahi bertakuk’ dan Nova 3e turut tidak ketinggalan dalam dunia fasyen trendy ketika ini. Warna gamut yang dipersembahkan juga adalah pekat dengan bilangan piksel 432PPI menghasilkan paparan imej yang tajam.

Dengan ketebalan 7.4mm dan berat sekitar 145g, peranti ini sangat sedap digenggaman dan penggunaan sebelah tangan yang selesa, seperti memegang burger McChicken, lazat dan kompak.

Siri P20 kameranya gempak, Nova 3e pulak macamana? Pertama sekali tetapan kamera utama di belakang peranti diletakkan secara menegak, sama seperti P20. Kedua, sistem dwi-kameranya dilengkapi dengan sensor utama 16MP bersaiz 1.0μm bukaan lensa pada f/2.0 manakala satu lagi sensor 2MP untuk mengesan latar belakang dalam menghasilkan gambar efek ‘bokeh’ yang cun.

                                                                                          Contoh gambar 1

 

Contoh gambar 2
Contoh gambar pada waktu malam
Contoh gambar dengan efek bokeh

Huawei Nova 3e juga disebut-sebut sebagai versi P20 Lite kerana disamping mempamerkan rekaan yang sama, ia turut menampilkan tetapan kamera selfie 24MP seperti yang dapat dilihat pada siri P20.

Penulis juga merasakan Nova 3e ini sesuai kepada penggemar fon selfie dengan fungsi AR lens dan Face beauty mode 4.0.

Beberapa contoh efek AR dan latar belakang yang fun
Contoh gambar selfie
Efek AR stiker
Efek Latar Belakang AR
Gambar selfie dalam low-light, terang gila!

Dengan revolusi teknologi Light Fusion Potrait, peranti ini mampu memampatkan 4 piksel kepada 1 dalam keadaan kurang cahaya yang bermakna ianya memberikan 3 kali ganda pengesanan cahaya dalam membenarkan lebih banyak kemasukan cahaya.

Apabila dalam keadaaan pencahayaan normal, kamera peranti ini akan melaraskan piksel untuk penambahbaikkan resolusi gambar untuk penghasilan imej yang lebih tajam.

Didalamnya dibekalkan dengan cip pemprosesan Kirin 659 yang memberikan penggunaan harian yang lancar. Satu lagi kelebihan yang ditawarkan pada Nova 3e yang tidak dapat kita lihat pada peranti kelas pertengahan yang lain adalah ruang storan sebesar 128GB! Jadi tiada lagi rungutan tidak cukup ruang storan dengan saiz imej semakin besar saban tahun.

Antaramuka EMUI 8.0

Huawei Nova 3e dijalankan dengan sistem operasi Android Oreo bersama antaramuka EMUI 8.0. Melalui EMUI 8.0, ianya menggunapakai mesin pembelajaran algoritma untuk menambahbaik dari segi pengurusan memori dan bateri dalam memastikan pengalaman yang jitu untuk pengguna, bersama RAM 4GB dan saiz bateri 3,000mAh yang sudah cukup memadai untuk penggunaan harian.

Ianya turut hadir dengan sokongan pengimbasan wajah untuk membuka peranti dengan mengambil masa hanya 800ms untuk pengesanan wajah. Paling merisaukan kalau fon dicuri dan pencuri (bini) hanya perlu mengimbas muka kita semasa tidur, rileks, ianya tidak akan mengesan wajah ketika mata tutup, melainkan anda jenis tidur bukak mata. LOL

Dengan mengetengahkan ciri dan rupa seakan siri P20, cuba teka berapa harganya? Ianya didagangkan pada hanya RM1,320 selepas potongan cukai GST, disamping hadiah percuma seperti Huawei Tripod Selfie Stick. Bukak kotak terus selfie.

Anda boleh dapatkan peranti ini dengan pilihan warna biru dan yang paling baru pilihan warna pink. Dengar cerita warna Pink Gold dah menerjah pasaran Malaysia 2 July haritu. Dengar kata jugak warna ni limited, baik siap sedia cepat sebelum menyesal tahap tepuk dahi.

Boleh layari laman sesawang Vmall untuk info lebih lanjut.


Haikal Ariff

I don't care what people think, because people don't think

Satu komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di