Siakap Keli

Makan Kimchi Boleh Kurus Dan Kurangkan Kolestrol – Kajian

Jika anda seorang penggemar makanan Korea, ini berita baik untuk anda, tahukah anda kimchi merupakan raja hidangan sampingan kerana mengandungi pelbagai khasiat.

Untuk anda yang tidak tahu, Kimchi adalah hidangan sayur-sayuran dengan kombinasi bawang putih, bawang merah dan cili.

Sama seperti yogurt, kimchi mengandungi bakteria asid laktik probiotik yang membantu tubuh mencernakan makanan dengan lebih baik.

Kimchi melalui proses penapaian yang sihat sekaligus dikatakan membantu melawan jangkitan dengan variasi pelbagai jenis sayur seperti kubis, lobak dan timun.

Menurut pakar diet Kathleen Levitt, baketeria dalam Kimchi menghasilkan mikroorganisma yang membantu kita mencerna makanan dengan lebih baik.

Dalam satu lagi kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Pencegahan Kanser, para saintis mendapati Kimchi mampu mengurangkan risiko kanser dan kolestrol.  Selain itu, Kimchi mempunyai serat yang terlalu banyak yang menjadikan kita berasa cepat kenyang.

Kimchi juga merupakan makanan berkalori rendah dengan hanya 22 kalori! Jadi untuk anda yang nak kurus secara sihat tu, boleh cuba Kimchi sebagai snek pilihan daripada makan makanan yang tak tahu sejauh mana khasiatnya.

Resepi Kimchi:

Bahan bahan
2 batang Kobis panjang (Napa cabbage atau hakusai)
1 cawan Garam
1 batang Lobak putih (Daikon)
2 batang Lobak merah
Dua pokok Daun bawang
Secekak Daun kucai
Dua biji Bawang besar holland

Cara membuatnya
Potong kobis saiz 4 segi. Sederhana besar. Jangan kecik sangat sebab nanti kecut. Gaul dengan garam. Pastikan garam kena pada setiap permukaan kobis tu. Masuk dalam mangkuk. Tindih dengan benda berat. Biarkan selama 4 jam. Aku letak tutup periuk dan tindih dengan lesung batu. Lepas 4 jam, air akan keluar dari kobis tu. Kobis jadi layu. Basuh dan perah sebanyak 3 kali. Perah macam perah baju sampai airnya habis keluar kalau boleh.

Gigit sikit, kalau masin sangat bilas lagi. Bahan bahan lain macam lobak tu potong memanjang saiz batang mancis. Bawang holland tu hiris bulat bulat. Ketepikan.

Sementara tunggu kobis diperap dengan garam, sediakan bahan untuk paste

Bahan untuk paste
1 cup korean chilli flake
Sebiji pear gong
Dua biji apple merah
Sebiji bawang besar holland
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1/4 cup Sos ikan
4 sudu besar Tepung pulut
Air

Sumber: Cosmopolitan PH

Nur Farra