Siakap Keli

Cara Orang Jepun Balut Hadiah Kurang Daripada 15 Saat

Terus terang nak bagitahu, balut hadiah bukan sesuatu yang mudah ya.  Kena tangan yang jenis tak kreatif, habis rosak kertas pembalut dibuatnya.

Bagi yang tak pakar membalut hadiah, pasti akan mengambil masa yang lama hanya untuk ‘membungkusnya’ dan rasa malas apabila setiap balutan tak menjadi.

Untuk menyelesaikan masalah anda, hari ini kami kongsi cara paling mudah, cepat dan pantas untuk membalut hadiah sekaligus menjadikannya balutan yang sangat kemas.

Video yang dikongsi daripada seorang ‘Youtuber’ bernama Todd Trip di Takashimaya Department Store Jepun, berkongsi cara untuk menjadikan hadiah anda kelihatan ‘mahal’ dengan cara pembungkusan yang sempurna!

Langkah 1: Mempertimbangkan posisi

Ini merupakan langkah terpenting kerana jika ia dilakukan dengan salah, teknik ini tidak akan menjadi.  Caranya hanya dengan lipat kertas pembalut anda kedalam dan letakkan hadiah anda dibawah lipatan tersebut.

Langkah 2: Melipat Sudut Pertama Kertas

Kenal pasti bahagian sudut yang paling dekat dengan kotak hadiah, kemudian lipat sudut tersebut kedalam dan lekatkan dengan pita pelekat. (Rujuk gambar)

Langkah 3: Melipat Keseluruhan Kertas Pembalut

Untuk langkah ini, anda harus melipat bahagian sudut terbesar kertas pembalut ke atas kotak hadiah anda. (Rujuk gambar)

Langkah 4: Melipat Sudut Kedua Kertas

Ulang langkah 2. (Rujuk gambar)

Langkah 5: Melipat Sudut Terakhir

Pada tahap ini, hanya akan ada satu lagi sudut yang masih belum dilekat dengan pita. Bawa lebihan sudut yang tertinggal ke atas dan siap!  (Rujuk gambar)

Jika langkah-langkah ini agak susah untuk anda faham, anda boleh rujuk gambar atau video dibawah.  Dah tahu kan? Okay, jom kita cuba buat!

Sumber: Youtube Todd Tripp

Nur Farra