Siakap Keli

Jangan Halang Kalau Anak Nak Tolong, Takut Sifat Nak Menolong Hilang Selamanya

Pengalaman menjadi seorang ibu . bapa semestinya antara perkara yang terindah pernah terjadi kepada mana-mana pasangan suami isteri. Melayan kerenah anak-anak, jika lebih dari seorang, sudah tentu punya pelbagai ragam. Ada ibu bapa merasakan ia adalah tonik terbaik merawat diri selepas seharian berpenat lelah membanting tulang mencari rezeki.

Ataupun paling tidak, masa dengan anak-anak itulah masa yang terbaik untuk anda mendidik mereka tentang beberapa perkara. Menurut Dr. Taufuq Razif, jika anda melihat anak anda cuba membantu anda melakukan sesuatu perkara atau dia cuba menghulurkan bantuan, anda dinasihatkan tidak menghalang perbuatan baik anak itu.

Malah katanya, anak kecil ini melakukan sesuatu kebaikkan itu berkemungkinan kerana melihat ibu bapanya pernah melakukan perkara yang sama. Sekiranya anda cuba menghalang mungkin bimbang dengan keselamatannya, dikhuatiri niat baik yang mula terbit dalam diri anak kecil anda terpadam buat selamanya.

Malah beliau turut berkesempatan berkongsi beberapa perkara lagi yang kami rasakan amat bermanfaat untuk anda. Jom baca perkongsian beliau di bawah.

Tolong JANGAN HALANG Kalau Anak Nak Tolong!

Baru ni geram juga tengok anak saya yang umur 2 tahun tu basahkan lantai dengan susu. Lebih geram lagi bila dia ambil baju saya dan letak dekat tumpahan susu tu dengan muka yang tak bersalah langsung!

Geram je rasa tapi tahan je.

Saya tak boleh halang! Sebab saya kena baca niat di sebalik perbuatan pelik anak saya ni. Bila saya perhatikan balik dari jauh rupanya dia gunakan baju saya tu untuk serap air susu tu sebenarnya.

Ye, dia sedang cuba keringkan lantai dengan keringkan tumpahan susu tu!

Mungkin dia pernah nampak saya ataupun umminya buat benda ni kot. Mujur saya tak larang dia buat ‘ benda pelik ‘ tu tadi. Kalau saya jerit atau jerkah, boleh jadi ‘intention’ ataupun niat suci dia untuk tolong saya tu akan terbantut dan hilang buat selama lamanya!

Padahal mengikut kajian daripada Harvard anak yang buat ‘chores’ ataupun bantu kerja di rumah ni akan jadi orang dewasa yang berjaya! Daripada situ seorang anak belajar ‘work ethic’ untuk menempuhi alam dewasa mereka nanti.

Ni cadangan untuk ajar anak kita buat kerja yang ringan di rumah.

Umur 2-3 tahun :

1. Lap air yang tumpah

2. Sapu habuk

3. Letak baju dalam bakul sebelum mandi

4. Simpan mainan selepas digunakan

Umur 4-5 tahun :

1. Kemas tempat tidur

2. Sidai tuala di tempatnya

3. Cuci cawan dan pinggan plastik sendiri

4. Siram pokok bunga

5. Semua kerja yang umur 2-3 tahun tu buat

Kepada yang ada anak lelaki jangan risau. Setakat ni saya tak jumpa lagi kajian yang cakap anak akan tiba-tiba bertukar jadi pondan lepas dah buat kerja rumah.

Taufiq Razif

Tu la kenapa tuan puan kena join Telegram saya ni. Baru la banyak tahu ilmu mendalam tentang cara mendidik anak anak. Klik je link ni tau t.me/NotaTaufiqRazif

Free je.

Sumber : Dr. Taufiq Razif

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.