Siakap Keli

Najib Didakwa Atas 4 Pertuduhan Hari Ini, Libatkan Dana SRC Sehingga RM42 Juta

4 Julai – Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak akan didakwa hari ini di Mahkamah Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu kes penyalahgunaan kuasa yang berkaitan dengan dana sebanyak RM84 juta yang disalurkan kepada syarikat SRC International Sdn Bhd.

Namun begitu, tiada pengakuan yang direkodkan daripada Najib selepas kesemua 4 pertuduhan itu dibacakan didepan hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin.

Dalam pertuduhan pertama, Najid dituduh sebagai penjawat awam, yang menjawat jawatan Perdana Menteri serta Menteri Kewangan Malaysia, Penasihat SRC International Sdn Bhd dan individu yang mempunyai kuasa untuk mengawal dana hak milik SRC yang berjumlah RM4 billion.

Dia juga dituduh dibawah akta Seksyen 409 kanun keseksaan atas kesalahan yang dilakukan di AmIslamic bank Berhad, Bangunan Kumpulan Ambank yang beralamat di No 55, Jalan raja Chulan. Jika sabit kesalahan, Najib boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda. – Bernama

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)