Siakap Keli

(Video) Rakaman ‘Susuk Manusia’ Berjalan Diatas Awan Dirakam Semasa Bencana Ribut Taufan

Rakaman yang menggemparkan media sosial sejak daripada minggu lepas mengejutkan ramai orang kerana apa yang akan anda lihat dibawah ini seperti sesuatu yang tidak masuk akal!

Video ini dirakam melalui Facebook Live ketika ribut ingin datang melanda daerah Tuscaloosa, Alabama dengan rakaman yang memfokuskan ke arah langit.

Semasa video secara langsung itu diambil, salah seorang yang merakam cuaca ketika itu kedengaran menjerit, “hey, ada ribut disana! Kita tiada kuasa, semuanya akan berterbangan ke sini!”

Kamera kemudian memfokuskan bulatan langit cerah dikelilingi awan mendung yang gelap.

“Lihat! ada lubang di langit! Itu orangnya yang mempunyai kuasa!”

Tidak lama kemudian, ada suara dekat dengan video tersebut berkata, “Dia menyelamatkan kita, sekurang-kurangnya kita selamat”

Tidak sempat video itu dimuat naik, salah seorang perakam video tersebut mendapati sesuatu yang pelik menyerupai tubuh manusia sedang berjalan di atas awan.

Ada diantara mereka mendakwa susuk itu adalah ‘Tuhan’ kerana ia kelihatan seperti manusia sempurna dengan tangan dan kaki yang berjalan kearah awan yang bercahaya itu.

Video ini walau bagaimana pun telah mendapat lebih 1,000,000 view di Facebook dan mempunyai lebih daripada 7,000 ulasan sejak ia dimuat naik Khamis lalu.

Sumber: Daily Mail

Nur Farra