Siakap Keli

Vietnam Lapor Facebook Salah Tanda Kepulauan Vietnam Sebagai Wilayah China

Facebook membetulkan peta yang menggambarkan kepulauan Hoang Sa (Paracel) dan Truong Sa (Spratly) sebagai wilayah China, selepas Vietnam mengemukakan aduan mengenai kesilapan itu pada Ahad.

Timbalan Ketua Penyiaran dan Pihak Berkuasa Maklumat Elektronik, Le Quang Tu Do berkata, kerajaan Vietnam membuat aduan selepas mendapati pulau-pulau itu ditandakan sebagai wilayah China di laman Facebook.

Kenyataan balas laman media sosial berkenaan, mengatakan kesilapan itu disedari dan ia berlaku disebabkan penggunaan peta rujukan geografi yang “salah”.

Sehingga semalam, kedua-dua pulau itu tidak lagi ditandakan di sebagai wilayah China.

“Boleh dikatakan ia adalah satu kejayaan untuk Vietnam dalam menegakkan kedaulatan negara,” kata Do.

Vietnam berulang kali menegaskan negaranya mempunyai bukti dari sudut undang-undang dan sejarah yang mengesahkan kedaulatannya terhadap kepulauan Hoang Sa (Paracel) dan Truong Sa (Spratly), serta hak sah ke atas perairannya selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut 1982.

Sumber: Taiwan News

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)