Siakap Keli
Wanita Lahirkan Bayi Kembar
Kredit: Wion News

Wanita Lahirkan Bayi Kembar Enam Dalam Masa Satu Jam

Wanita Lahirkan Bayi Kembar Enam Dalam Masa Satu Jam

Seorang wanita berusia 27 tahun dari Pakistan telah selamat melahirkan bayi kembar enam dalam tempoh satu jam di sebuah hospital di Rawalpindi, lapor Wion News.

Bayi terdiri daripada empat lelaki dan dua perempuan dilahirkan pada 19 April lalu dan mereka dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Sebelum kelahiran, wanita berkenaan telah dimasukkan ke hospital pada 18 April kerana mengalami kesakitan untuk bersalin. Dia kemudiannya berjaya melahirkan bayi kembar enam atau dipanggil sextuplets pada keesokan harinya.

Menurut doktor yang bertanggungjawab, ibu dan enam bayinya yang baru lahir berada dalam keadaan sihat tanpa sebarang komplikasi. Bayi semuanya dalam keadaan baik, masing-masing mempunyai berat kurang daripada dua paun.

Sextuplets dan ibu berada dalam keadaan baik. Bagaimanapun, bayi-bayi berkenaan telah dimasukkan ke dalam inkubator,” jelas pegawai perubatan hospital seperti yang dilaporkan dalam Wion News.

Sementara itu, semua kakitangan hospital berasa gembira tentang berita kelahiran bayi kembar enam tersebut, malah turut memberi jaminan bahawa ibu dan bayi akan diberi rawatan serta kemudahan lengkap sepanjang berada di hospital.

Menurut Wion News lagi, kesemua bayi tersebut sedang ditempatkan di unit rawatan rapi neonatal (NICU) sehingga mereka bersedia untuk dibenarkan pulang ke rumah.

Untuk pengetahuan, kejadian kembar enam sangat jarang berlaku dan ia hanya berlaku sekali dalam setiap 4.5 juta kehamilan.

BACA: Bintang Sepanyol Puji Arab Saudi, Dompet 8 Bulan Hilang Ditemui Semula Tak Diusik

Sumber: Wion News

Athirah

When nothing goes right, go left.