Siakap Keli

Lagi 23 Projek ‘Sakit’ Bakal Ditamatkan Kontrak – Dr Dzulkefly Ahmad

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad mengatakan akan ada 23 lagi projek ‘sakit’ yang gagal menepati tempoh siap yang ditetapkan bakal menerima nasib sama seperti Hospital Petra Jaya di Sarawak yang mana ditamatkan kontrak pembinaannya.

Tambah beliau lagi, tindakan drastik itu perlu diambil dalam memberikan amaran kepada kontraktor dan pemaju pembinaan tersebut yang dilihat bersikap sambil lewa dalam menyiapkan kemudahan penting itu.

“Mana-mana projek ini yang sangat sakit (sangat lewat) setelah diberikan empat kali amaran kita akan ambil tindakan sama seperti di Petra Jaya. 

“Saya akan turun padang dan melihat sendiri serta berjumpa dengan pemaju…jika masih gagal kami akan serahkan projek ini kepada Jabatan Kerja Raya (JKR),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu forum mengenai kesihatan anjuran Institut Strategi & Kepimpinan Asia (ASLI) di sini, hari ini.

Kementerian Kesihatan sebelum ini dilaporkan akan memantau sekurang-kurangnya 23 projek pembinaan hospital dan klinik di seluruh negara yang diklasifikasikan sebagai ‘sakit’ atau ‘merah’ yang mengalami kelewatan dalam pembinaan. – Bernama

 

 

 

 

 

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)