Siakap Keli

Gemar Mengembara Pantai Yang Belum Diteroka, Lelaki Ini Kongsi Cara Nyala Api Guna Beg Plastik Isi Air

Alvaro Cerezo, 36, yang dulunya merupakan seorang pakar ekonomi sedang mengembara ke seluruh negara dan menjelajah segenap pantai yang tidak pernah dikunjungi manusia.

Pengalaman dan perjalanan pengembaraannya dikongsi melalui laman Facebook miliknya.  Dia juga turut gemar memberikan beberapa panduan serta teknik mengembara kepada orang ramai.

Cerezo sangat menggemari pengembaraan yang mencabar kerana dari situ dia belajar hidup sendiri tanpa sebarang peralatan moden dan mampu bertahan berminggu-minggu lamanya hanya dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi.

Salah satu teknik yang dikongsi oleh Cerezo adalah teknik menyalakan api menggunakan plastik berisi air.  Tak perlu batu atau pemetik api, cara ini sudah memadai.

 

Sumber: Mirror UK

Nur Farra