Siakap Keli
KEMAMAN, 5 Julai -- Tangki minyak mentah milik sebuah syarikat swasta terbakar di kawasan Perindustrian Teluk Kalong kira-kira pukul 6.20 petang tadi.?Kebakaran tersebut menyebabkan persekitaran kawasan terbabit dipenuhi asap hitam yang tebal.?-- fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

(Video) Tangki Minyak KBC Terbakar, Seorang Pekerja Dilaporkan Cedera

Dua buah tangki simpanan minyak mentah milik Kemaman Bitumen Company (KBC) di kawasan perindustrian Teluk Kalong, dekat sini, terbakar dalam kejadian pada jam 6.15 petang tadi.

Saksi, Ahmad Aliff Azizi Ahmad Mokhtar, 26, berkata beliau yang tinggal di Bukit Kuang merasai gegaran letupan kesan kebakaran tangki tersebut yang terletak kira-kira empat kilometer dari kediamannya.

” Masa letupan tersebut berlaku saya berada di rumah saya di Kampung Bukit Kuang dan saya lihat asap tebal dari arah kawasan perindustrian.

” Saya tahu kejadian ini melalui group WhatsApps sebelum ke lokasi kejadian dan apabila saya sampai api sedang marak serta orang ramai sudah ramai di lokasi sebelum diarahkan pihak berkuasa agar menjauhi kawasan kejadian,” katanya ketika ditemui Bernama di lokasi kejadian di sini.

Afifah Abdullah, 26, pensyarah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Instituit Pendidikan dan Latihan Ranaco (RETI), Chukai, berkata letupan berkenaan dapat didengari sehingga ke bandar Chukai.

“Saya ketika itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja dan sedikit terkejut dengan gegaran yang mengakibatkan kebakaran tersebut.

“Asap hitam berkepul-kepul dari kawasan kebakaran itu juga dapat dilihat sehingga jarak lima kilometer…saya berharap sangat tiada siapa yang cedera dalam kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Bernama di kawasan kejadian mendapati anggota Bomba dan Penyelamat sedang berusaha mengawal kebakaran dari terus merebak ke tangki berdekatan.

Sehingga pukul 10 malam ini, kelihatan beberapa jentera bomba memasuki lokasi kejadian untuk membantu kerja-kerja mengawal dan memadam kebakaran.

Turut kelihatan pihak polis membuka pos operasi kira-kira 500m dari pintu masuk KBC.

Bernama

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di