KAHERAH, 26 Nov (Bernama-WAM) -- Seramai 30 orang maut manakala 15 lagi cedera dalam kebakaran sebuah lori tangki bahan api di wilayah Giza pada Rabu, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).
Kementerian Kesihatan dan Kependudukan Mesir memaklumkan bahawa kebakaran berlaku di bahagian atas Terowong 10 di kawasan Warraq, Imbaba.
Menurut kementerian, 39 ambulans dikerahkan bagi operasi menyelamat, manakala mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Pakar Sheikh Zayed, Hospital Besar Imbaba dan Hospital Pusat Warraq untuk menerima rawatan.
Bekas MB Kelantan, Ahmad Yakob Dilantik Mursyidul AM PAS
Adakah Kucing Bersedih Selepas Kehilangan?
Tak Dapat Pergi Konsert MCR, Bapa ‘Tebus’ Kekecewaan Dengan Namakan Anak Helena
“Time Dia Makan Kita Tak Kacau Pun...”, Individu Kongsi Diganggu Si Bulus Ketika Makan, Ramai Rupanya Senasib
Anak Mekanik Bergelar Graduan UM, Hadiah Buat Ayah
Menteri Kesihatan dan Kependudukan Khaled Abdel-Ghaffar mengarahkan tahap kesiapsiagaan dipertingkatkan di bilik pengurusan krisis pusat kementerian serta hospital berhampiran lokasi kejadian.
Beliau turut mengarahkan kedua-dua timbalannya meninjau lokasi kejadian dan hospital yang menerima mangsa bagi menyelia operasi tindak balas kecemasan.
Kementerian memaklumkan bahawa pihaknya terus memantau perkembangan dan menyelaras usaha dengan pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan mangsa yang cedera menerima rawatan perubatan sewajarnya.

