Siakap Keli

Buat Bakal Pengantin, Ini 4 Tips Pilih Busana Pengantin Mengikut Bentuk Badan

Pemilihan busana pengantin merupakan antara checklist paling penting buat bakal-bakal pengantin.  Beberapa faktor seperti harga, jenis kain dan reka bentuk perlu dititiberatkan supaya pengantin tampak cantik di hari bahagia itu nanti.

Orang cakap, kita kahwin seumur hidup sekali, jadi segala persiapan harus dilakukan dengan teliti. Lagi pula, semua mata akan tertumpu kepada raja sehari. Bagi pengantin yang memiliki tubuh badan agak berisi, mungkin akan sedikit runsing memilih jenis baju ideal yang menampakkan bentuk badan langsing.

Jangan bimbang kerana hari ini kami akan berkongsi 4 teknik pemilihan busana pengantin mengikut bentuk badan agar terserlah aura kejelitaan dan seri pengantin saat melangkah masuk ke mahligai cinta.

Bentuk Badan Jenis Pear

Busana yang baik untuk mereka yang memilik badan jenis pear adalah yang mampu menyeimbangkan bahagian atas dan bahagian bawah badan dengan baik.  Busana dengan pelbagai corak dan warna terang sesuai untuk bahagian atas.  Selain itu, anda boleh menambah beberapa perincian di bahu dan lengan baju untuk membuatkan bahagian atas yang kecil itu terlihat sedikit besar sekaligus menyeimbangkan bentuk tubuh di bahagian bawah.  Elakkan busana jenis maxi dress kerana silhouettes seakan duyung akan membuatkan pinggul anda kelihatan lebih besar.

Bentuk Badan Jenis Epal

Warna-warna yang ceria dan terang di bahagian atas tubuh dan warna gelap bahagian bawah tubuh adalah kombinasi yang sesuai. Gunakan tali pinggang dengan ukuran sederhana untuk tampil menarik. Pilih warna-warna gelap untuk memberikan kesan langsing. Pilih skirt jenis pinggang tinggi dan elakkan skirt yang beropol kerana akan menyumbang kepada visual tak seimbang.

Bentuk Badan Jenis Hourglass

Mereka yang memiliki bentuk tubuh jenis ini sangat bertuah kerana anda sesuai memakai semua jenis busana dan warna. Untuk bahagian bawah tubuh digalakkan mengenakan skirt dengan potongan A-line agar anda kelihatan lebih ramping.  Tapi, elakkan dress jenis straight cut kerana akan membuatkan pinggang dan pinggul nampak longgar.

Aspek Lain Yang Perlu Dititikberatkan:

  • Cari busana yang sesuai dengan ketinggian.
  • Elakkan gaun jenis pleating jika anda mempunyai bentuk badan yang chubby.

Sumber: Wiki

 

 

Nur Farra