Siakap Keli

Kadar Penembusan, Kelajuan Dan Caj Internet Fokus Utama KKMM

Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menjadikan kadar penembusan, kelajuan dan caj internet sebagai antara fokus utama.

Ia beretepatan dengan visi KKMM yang mahu menjadikan masyarakat negara ini sentiasa berpengetahuan dan mempunyai maklumat yang tepat serta pantasa membabitkan sesuatu isu.

Menurut Timbalan Menteri KKMM, Eddin Syazlee Shith, 44, berkata rakyat Malaysia perlu disalurkan dengan maklumat tepat dan berimbang agar mereka boleh turut boleh menyumbang ke arah pembangunan negara.

“Ini (internet) adalah masalah paling besar dalam telekomunikasi dan menerusi beberapa perbincangan bersama menteri (Gobind Singh Deo), memang ini menjadi fokus kementerian untuk dibincangkan bersama-sama pihak telekomunikasi supaya memperbaiki dan melakukan penambahbaikan kepada kemudahan internet sedia ada.

“Sebaik-baiknya kadar caj internet ini menjadi keutamaan dan perlu dikaji supaya kita dapat merangsang serta menarik lebih ramai rakyat menggunakan kemudahan internet  bagi mendapat input dan maklumat yang tepat,” katanya seperti dilaporkan BERNAMA.

Beliau  turut menemabah bahawa KKMM juga akan meneruskan dasar-dasar lama yang memberi manfaat kepada rakyat seperti Pusat Internet 1Malaysia, bagaimanapun penambaikkan mutunya akan dilakukan.

“Walaupun kemudahan tu sudah ada tetapi kita acap kali menerima aduan bahawa kemudahan ini tidak seperti yang diharapkan rakyat.

“Jadi inilah antara penambahbaikan yang KKMM akan buat untuk memastikan bahawa syarikat-syarikat telekomunikasi dapat menyediakan kemudahan yang sesuai dan sepatutnya kepada rakyat supaya matlamat dan visi untuk menjadikan rakyat bermaklumat dapat dicapai dengan sempurna,” katanya.

Ahli Parlimen Kuala Pilah yang baru memulakan tugasnya di KKMM pada Selasa turut memberitahu bahawa kerajaan akan mempromosi ekonomi digital kepda rakyat sekaligus membuka lebih banyak peluang bersifat ekonomi digital seperti perniagaan dalam talian.

Sumber : BERNAMA

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.