Siakap Keli

(Video) Pemuda Terakam Detik Sepupu Lemas Tergelincir Di Sungai

Seorang remaja lelaki warganegara Pakistan lemas tergelincir ke dalam sungai dan dihanyutkan arus deras.

Sheraz Khan, 19, pergi berkelah di Sungai Swat bersama sepupu, Yaseen Khan dan bapa saudaranya, Khan Muhammad.

Pelajar jurusan kejuruteraan elektrik dari Karachi itu yang takut dengan sungai, dilihat berjalan di atas batu di tepi sungai tersebut.

Video menunjukkan dia pergi dekat dengan sungai sebelum tergelincir di atas permukaan yang licin dan terus jatuh.

Insiden tragis itu berjaya dirakam menerusi telefon bimbit Yaseen.

“Semasa perkelahan itu, dia menghalang saya untuk pergi dekat dengan sungai.

“Dia amat takut dengan sungai. Saya sering mengejeknya dengan berkata ‘kamu takut, jadilah lelaki sebenar.

Sheraz Khan

“Ketika kami mahu pulang, Sheraz meminta saya untuk merakam video ketika dia pergi menghampiri sungai untuk membuktikan kepada saya dia tidak takut.

“Saya tidak terfikir perkara ini akan berlaku. Saya menyumpah seranah diri saya kerana tidak menghalangnya,” kata Yaseen.

Insiden mengejutkan itu berlaku petang Khamis minggu lalu.

Menurut bapa saudaranya, kejadian berlaku kira-kira pukul 6 petang ketika mereka mahu pulang ke rumah.

“Saya pergi ke hotel untuk daftar keluar manakala Sheraz dan Yaseen pergi ke sungai untuk mengambil gambar.

“Ketika saya dalam perjalanan ke hotel, saya terdengar Yaseen menjerit ‘Ya Allah’ beberapa kali.

“Saya bergegas ke sana dan melihat Sheraz sudah dihanyutkan arus deras,” katanya.

Beberapa orang yang melihat kejadian itu juga tidak mampu berbuat apa-apa ketika dia dilihat lemas kerana arus deras.

Pasukan penyelamat yang tiba 10 minit kemudian, menemukan mayat Sheraz keesokan paginya dekat Manghora, kira-kira 30 batu dari kawasan kejadian.

Sumber : Daily Mail

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.