Siakap Keli

Pernah Gunakan Tin Tuna Untuk Berjalan, Akhirnya Kanak-Kanak Ini Miliki Kaki Palsu Baharu

Seorang kanak-kanak kudung kedua-dua kakinya yang sebelum ini pernah menggunakan tin tuna untuk berjalan kini memiliki sepasang kaki palsu yang baharu.

Kanak-kanak yang dikenali dengan nama Maya Merhi, 8, menemui sinar baru selepas dia berpeluang untuk berjalan semula dan menjalani rawatan di hospital.

Kaki palsu tersebut diberikan secara percuma oleh seorang doktor yang prihatin dengan nasib yang menimpa Maya.

Kecacatan yang dialami Maya merupakan faktor genetik yang turut dialami oleh bapanya, Mohamed Merhi.

Sebelum ini, Mohamed Merhi, 34, pernah menggunakan tin tuna dan tiub untuk dijadikan kaki palsu bagi melindungi Maya di kem pelarian di Idlib.

Gambar Maya yang menggunakan tin tuna sebagai kaki palsu pernah tular di seluruh dunia dan menarik perhatian Persatuan Palang Merah Turki yang membawa anak beranak itu ke Istanbul untuk menjalani rawatan.

Menurut laporan yang dipetik dari Al Jazeera, Pakar prostetik, Dr Mehmet Zeki Culcu yang melakukan rawatan itu berkata, Maya mungkin memerlukan sehingga tiga bulan untuk dia benar-benar mengadaptasikan diri dengan kaki baharunya itu.

Jelasnya lagi, tindakan Mohamed Merhi yang memberi Maya kaki palsu lama itu merupakan latihan yang baik untuk Maya berjalan.

Meskipun hanya menggunakan tiub dan tin tuna sebagai kaki palsu untuk Maya sebelum ini, Mohamed Merhi tetap menjaga kebajikan anaknya perempuannya dengan baik berikutan dia menggantikan tiub plastik tersebut sebulan sekali manakala tin tuna akan diganti seminggu sekali.

Selain Maya, bapanya juga dipercayai akan diberikan kaki palsu baharu tidak lama lagi.

Sumber- Mirror Uk

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar