Siakap Keli

‘Dukun’ Mula Menghantui New York Jumaat Ini

Mencatat sejarah sendiri apabila berjaya meraih kutipan tayangan melebihi RM10 juta, kini dukun bakal menghantui sehingga ke peringkat antarabangsa apabila terpilih mewakili Malaysia di 17th New York Asian Film Festival (NYAFF) tahun ini bersama 58 buah filem lagi di seluruh negara termasuk Jepun, Korea, Hong Kong dan China.

Dukun arahan Dain Said ini dikatakan mencipta fenomena menerusi lakonan hebat Dati Seri Umie Aida sebagai Diana selaku watak utama yang turut tercalit kontroversi apabila dikaitkan dengan kisah pembunuhan Mona Fendi pada suatu ketika dahulu.

Filem Dukun akan ditayangkan pada Jumaat ini (13 Julai) bertempat di School of Visual Arts (SVA) Theatre, New York.

Festival anjuran Subway Cinema and Film Society of Lincoln Center bertujuan memberikan pendedahan kepada filem Asia untuk diiktiraf dan ditayangkan di New York.

Mampukah Dukun menghantui New York Jumaat nanti?

via GIPHY

Sumber: Film Society Lincoln Center

Nur Farra