Siakap Keli

(Video) Tak Pasal Kena Lempang

New Delhi – Baru-baru ini sebuah video menunjukkan seorang pengantin perempuan menampar seorang tetamu lelaki menjadi tular di media sosial.

Difahamkan, pengantin perempuan itu bertindak demikian kerana tetamu berkenaan mengangkatnya tanpa persetujuan.

Selepas diangkat oleh lelaki itu, pengantin perempuan yang berang lantas menampar muka lelaki tersebut dengan kuat.

Kejadian itu berlaku dalam satu upacara ‘Jaimala’ (menukar kalungan bunga antara pengantin perempuan dan lelaki dalam perkahwinan Hindu).

Pada mulanya rakaman video menunjukkan kedua-dua sedang bersedia untuk melakukan upacara itu dengan pengantin lelaki diangkat oleh rakan-rakannya.

Namun, tiba-tiba seorang lelaki pula muncul dan mengangkat pengantin perempuan, kononnya ingin membantu.

Sebaik sahaja majlis selesai, pengantin perempuan yang kelihatan marah dan tidak selesa dengan perbuatan itu terus berpaling dan menampar muka lelaki itu dengan kuat.

Lelaki tersebut yang terpinga-pinga tidak semena-mena melempang pula seorang wanita lain yang berdiri dekat dengannya ketika itu.

Tindakan itu mungkin kerana dia merasa malu dan terkejut diperlakukan demikian di hadapan orang ramai.

Sumber : The Times Of India

 

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.