Siakap Keli

Salah Pilih Jalan, UMNO Pasti Lingkup 10-15 Tahun Lagi – KJ

Bekas Ketua Pemuda UMNO dan Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan di laman Twitter semalam dilihat mengeluarkan satu nasihat kepada partinya supaya lebih berhati-hati dalam perjalanan mereka selepas ini.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Rembau menurunkan Tweet dimana menyatakan UMNO sekarang berada dipersimpangan untuk memilih dua jalan di mana satu pilihan akan membuatkan parti Melayu itu hanya akan menang sorak sementara tetapi akan ‘lingkup’ dalam 10 hingga 15 tahun lagi, manakala satu jalan lagi yang terbaik yang sukar difahami akar umbi tetapi ianya adalah jalan terbaik untuk menyelamatkan UMNO.

Daus Ishak

Jangan terpaku terlalu lama dengan kejayaanmu