Siakap Keli

(Video) Misteri Yang Tiada Kesudahan, Volkswagen Kuning Karak Kembali?

Sekiranya korang ingin menuju ke arah Pantai Timur, Lebuhraya Karak adalah laluan utama yang menjadi pilihan kebanyakkan pengguna jalan raya.

Sejak tahun pembukaannya iaitu pada 1977, lebuhraya ini sudah banyak mencetus kisah seram yang sentiasa menghantui pengguna jalan berkenaan.  Walaupun tak pernah lagi ‘dijodohkan’ dengan kejadian aneh lebuhraya itu, tapi cerita yang disampaikan je dah cukup buat bulu roma menegak tak turun-turun.

Antara kisah seram ‘legend’ Lebuhraya Karak adalah misteri Volkswagen kuning tanpa pemandu.  Kalau korang nak tahu, ceritanya bermula daripada kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya itu.

Oleh yang demikian, sang suami mati menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula kereta tersebut.

via GIPHY

Kisah ini hangat menghantui pengguna Lebuhraya Karak sekitar tahn 1956.  Kereta itu dikatakan sering memandu perlahan dan apabila ia dipotong, secara tiba-tiba ia akan berada di depan semula.

Tak cukup dengan kisah Volkswagen kuning, kisah wanita berjubah putih dikatakan pontianak turut mencetus ketakutan pengguna lebuhraya yang sama.  Bukan seorang dua je berkongsi cerita seram bertemu pontianak ni, tapi dah ramai.  Ada yang diikut sampai ke rumah, ada juga yang kena kejar sepanjang jalan.

Seorang lelaki yang mahu dikenali sebagai Lim dalam satu portal memberitahu bahawa gangguan ini tanda marah roh yang mati di lebuhraya itu.  Tapi, kematian mereka diambil kesempatan orang lain.

Dia berkata, “mereka perah limau dan tabur garam pada kawasan berdarah sebab mahu puja roh untuk dapat nombor ekor.”

“Dalam kepercayaan orang Cina, perbuatan itu hanya akan menambah sakit pada si mati.  Mungkin bukan semua buat begitu, tapi saya percaya, ada yang buat sebab itu roh tak tenteram dan kacau orang lain,” katanya yang berulang alik ke Pasir Puteh, Kelantan sebulan sekali melalui lebuhraya berkenaan.

Ha, macam tu lah lebih kurang ceritanya.  Katanya, dah ramai yang terkorban kemalangan hingga meragut nyawa disebabkan gangguan makhluk halus ni.

Tapi, apa yang musykil sekarang ni, dengar cerita Volkswagen tu dengan perempuan jubah putih selalu ‘main’ kawasan Lebuhraya Karak je, tapi macam mana pula kecoh sampai masuk KL pula ni? Apa dah jadi? Ah, sudah.

Masalahnya sampai Alif Satar pun kena sapa dengan Cik Pon.  Ish, tak berani nak cerita lebih-lebih, korang tengoklah dulu video bawah ni, baru tahu apa sebenarnya yang dah jadi.  Untuk yang lemah semangat, korang dinasihatkan tengok berteman ya.  Takutlah apa-apa jadi nanti, susah pula.

Ha, dah tengok? Perasaan dia takut tapi nak gelak lepas tu kesian pun ada sebab sebenarnya dorang semua ni kena prank je!

Kalau korang nak tahu, video prank ini dibuat sempena pelancaran sebuah filem hasil arahan pelawak an pengacara popular, Nabil Ahmad.

Kali ini Nabil mengorak satu langkah ke depan dengan penghasilan filem ‘The Hantus’ yang memaparkan koleksi kisah-kisah hantu seram yang pernah popular sepert kisah ‘Volkswagen Kuning’ dan ‘Pontianak’.

Menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Faizal Hussein, Alif Satar, Hannah Delisha dan Khatijah Tan selaku watak utama membuatkan lagi filem ini sebagai cerita wajib tonton yang tak kering gusi!

Macam mana nak tengok? Filem ini dah pun disiarkan pada 15 Jun lalu di saluran Astro First Eksklusif, 480.

Apa yang bestnya, dengan hanya RM15, korang boleh tonton cerita ini berulang kali dalam masa 48 jam.  Macam mana nak purchase?

  • Buka saluran 480
  • SMS kod yang tertera di skrin TV korang ke 32999
  • Korang akan terima info yang selanjutnya untuk menonton.

Apa tunggu lagi? Subscribe sekarang atau klik link dibawah untuk membeli.

Astro First

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.