Terkini

Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
Trivia
SKOMKHPKJCDPWB, Singkatan Terpanjang Di Dunia Ada Di Perak
Berita
Pelajar UPSI Ditemukan Lemas Ketika Berkelah Di Sungai Bernam
suara misteri alam
Gambar: NASA

NASA Dedah 'Suara' Misteri Alam Semesta

Hannah

NASA Dedah 'Suara' Misteri Alam Semesta

Bayangkan alam semesta yang luas ini 'bersuara'. Itulah yang dikongsikan NASA menerusi satu karya sonifikasi terbaharu yang menterjemahkan 22 tahun pemerhatian Balai Cerap Sinar-X Chandra kepada bentuk bunyi.

Dikongsi melalui akaun X @NASA_Marshall, projek ini menghimpunkan data sinar-X yang direkodkan sepanjang hayat misi Chandra.

Gambar: NASA

22 tahun dirakam, 'suara' misteri alam semesta terungkap

Selain visual, NASA turut memperkenalkan sonifikasi, iaitu terjemahan data astronomi kepada bunyi berdasarkan peta baharu yang merangkumi 22 tahun pemerhatian Chandra sejak pelancarannya hingga 2021.

Oleh kerana banyak sumber sinar-X diperhatikan berulang kali, sonifikasi ini mewakili pengulangan tersebut melalui nota muzik yang berbeza, membolehkan pendengar 'mendengar' perubahan dan kekerapan pemerhatian dari masa ke masa.

Dalam paparan peta langit yang diunjurkan seperti peta dunia, teras Bima Sakti terletak di tengah dengan satah galaksi melintang secara mendatar.

Setiap pengesanan ditandai bulatan, dan saiz bulatan mencerminkan bilangan pengesanan di lokasi itu.

Kaunter tahun dipaparkan di bahagian atas, dan selepas 2021, teks berubah kepada “…dan seterusnya”, menandakan Chandra masih beroperasi serta terus mengumpul data.

Latar video turut menampilkan kolaj imej-imej Chandra, sebelum berakhir dengan ribuan lakaran kecil pemerhatian sepanjang misi.

Untuk info, Chandra ialah salah satu teleskop angkasa milik NASA yang mengkaji sinar-X dari angkasa lepas.

Sinar-X ini datang daripada objek yang sangat ekstrem seperti lohong hitam, bintang yang meletup dan gas panas di galaksi.

Sejak dilancarkan lebih dua dekad lalu, Chandra telah mengumpul terlalu banyak data berharga sehingga NASA membina satu pangkalan data khas dinamakan Chandra Source Catalog (CSC).

Versi terbaharu, CSC 2.1, mengandungi lebih 400,000 sumber unik (padat dan meluas) serta lebih 1.3 juta rekod pemerhatian sinar-X.

Ia merangkumi maklumat penting seperti kedudukan tepat di langit dan tenaga sinar-X yang dikesan, sekali gus membolehkan saintis menggabungkannya dengan data daripada teleskop lain termasuk James Webb dan Hubble.

Pusat Galaksi Bima Sakti jadi tumpuan

Antara imej paling menarik yang dihasilkan Chandra ialah kawasan pusat Galaksi Bima Sakti, tempat terletaknya lohong hitam gergasi dikenali sebagai Sagittarius A*.

Walaupun kawasan ini hanya meliputi sekitar 60 tahun cahaya, Chandra berjaya mengesan lebih 3,300 sumber sinar-X di situ. Imej tersebut dihasilkan hasil gabungan 86 pemerhatian berasingan, bersamaan lebih tiga juta saat masa pemerhatian.

Hasilnya, saintis dapat melihat:

  • Gas panas yang memanjang seperti sayap di sekeliling lohong hitam

  • Tanda-tanda letupan besar yang berlaku ribuan tahun lalu

  • Struktur misteri yang mungkin berkait dengan medan magnet dan bintang neutron

Sumber:NASA