Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Angkat Isu Alam Sekitar, Azamuddeen Nasir Terima Anugerah Kelestarian Alam

Azamuddeen Nasir

Seorang pelajar Doktor Falsafah dalam bidang Ekologi dan Genetik Ikan Paya Gambut, yang juga pengasas bersama syarikat penyelidikan, Fast Genomics Solutions Sdn Bhd menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa apabila usahanya mengangkat kelestarian alam mendapat perhatian.

Muhammad Azamuddeen Mohammad Nasir dinobatkan sebagai penerima Nottingham Alumni Awards 2025 bagi kategori Alam Sekitar dan Kelestarian Alam.

Berita tersebut dikongsi menerusi laman Facebook peribadinya.

"Pengiktirafan ini amat bermakna buat saya. Segala usaha dalam bidang alam sekitar dan kelestarian yang saya lakukan selama ini bukanlah usaha seorang diri, tetapi hasil sokongan keluarga, pensyarah, guru-guru, rakan seperjuangan dan semua yang percaya kepada perjuangan ini," ucapnya.

Azamuddeen turut menzahirkan rasa terhormat susulan pengiktirafan yang diterima.

"Semoga pengiktirafan ini menjadi satu amanah untuk saya terus bekerja lebih keras dalam memelihara dan memperjuangkan khazanah alam yang kita cintai," katanya lanjut.

Azamuddeen Nasir

Anugerah bagi kategori Alam Sekitar dan Kelestarian ini diberi kepada alumni University of Nottingham yang mempunyai kerjaya dan pencapaian dalam bidang sains, alam sekitar dan kemampanan.

Selain itu, individu yang tercalon juga perlu menunjukkan impak dan skala pencapaian dalam kerjaya mereka.

Antara bidang yang dipertimbangkan termasuk tindakan iklim, tenaga bersih, perubatan, serta komuniti dan bandar lestari. Bidang kejuruteraan, industri dan pembinaan turut dipertimbangkan.