Utama

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Gaji Cepat Susut? DOSM Dedah 3 Perkara Paling Banyak Rakyat Malaysia Belanja
Setiap bulan, boleh dikatakan rakyat Malaysia banyak berbelanja. Namun, tidak ramai yang benar-benar sedar ke mana sebenarnya wang itu dibelanjakan.
Biarpun pendapatan berbeza mengikut isi rumah, corak perbelanjaan menunjukkan persamaan yang menarik dan konsisten.
Perkara ini dapat dilihat menerusi data Laporan Indikator Kos Sara Hidup 2024 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Menerusi laporan tersebut, DOSM mendedahkan terdapat beberapa keperluan yang menyerap sebahagian besar perbelanjaan isi rumah setiap bulan secara konsisten.
Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, perbelanjaan berkaitan perumahan dan bil utiliti masih menjadi komitmen terbesar.

Menariknya, semakin ramai ahli dalam satu isi rumah, semakin kecil bahagian perbelanjaan yang diperuntukkan untuk kos rumah dan bil.
Isi rumah perseorangan memperuntukkan 31.8 peratus untuk perumahan dan bil, berbanding 21.1 peratus bagi isi rumah empat orang dan ke atas.
Dari segi jumlah, isi rumah perseorangan membelanjakan sekitar RM1,168 sebulan untuk perumahan dan bil, manakala isi rumah besar membelanjakan kira-kira RM1,316.
Jangan Keliru, Ini Beza Imbasan CT & MRIPerbelanjaan untuk restoran dan perkhidmatan penginapan turut mencatat peratusan yang tinggi.

Isi rumah perseorangan membelanjakan sekitar 15.3 peratus daripada perbelanjaan bulanan, bersamaan RM562.
Bagi isi rumah empat orang dan ke atas, peratusan meningkat kepada 17.6 peratus, dengan jumlah sekitar RM1,098 sebulan.
Corak ini menunjukkan kecenderungan perbelanjaan di luar rumah semakin menjadi kebiasaan.
Walau apa jua keadaan ekonomi, makanan dan minuman kekal sebagai keperluan asas.

Isi rumah perseorangan memperuntukkan sekitar 14.5 peratus perbelanjaan bulanan untuk kategori ini, bersamaan kira-kira RM533.
Bagi isi rumah empat orang dan ke atas, peratusan meningkat kepada 16.0 peratus, dengan purata perbelanjaan sekitar RM998 sebulan.
Data ini menunjukkan peningkatan keperluan makanan selari dengan pertambahan ahli isi rumah.
Secara keseluruhan, data menunjukkan purata perbelanjaan bulanan isi rumah perseorangan adalah RM3,676 dengan purata perbelanjaan isi rumah empat orang dan ke atas sekitar RM6,237 sebulan.