Terkini

Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Rumpai invasif doa mexico
Kredit: Orang awam

Tular Penemuan Rumpai Invasif, DOA Seru Orang Ramai Buat Laporan

Azizah Najib

Tular Penemuan Rumpai Invasif, DOA Seru Orang Ramai Buat Laporan

Baru-baru ini tular di media sosial penemuan sejenis rumpai pendatang yang mendatangkan bahaya kepada sesiapa yang menyentuhnya.

Susulan itu, Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) mengeluarkan kenyataan berkenaan rumpai tersebut yang dikenali sebagai Rumpai Miang Mexico atau nama saintifiknya, Parthenium hysterophorus.

Menurut DOA, rumpai tersebut mungkin kelihatan seakan-akan ulam raja. Rumpai berbahaya ini diketahui berasal dari Mexico.

Kerajaan India menggelarnya sebagai “rumpai paling dahsyat abad ini”.

“Ia telah merebak ke lebih 30 negara seperti Australia, India, Vietnam dan beberapa negara di Afrika.

“Di Malaysia, rumpai ini diwartakan sebagai perosak berbahaya di bawah Peraturan 9, Peraturan-Peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981.

“Penyebarannya mudah berlaku melalui bijirin, jerami, biji benih, ternakan, kenderaan dan jentera yang tercemar.

“Rumpai ini mampu hidup sepanjang tahun, tumbuh agrsif walaupun dengan cahaya minimum serta menghasilkan sehingga 100,000 biji benih setiap kitaran, malah benihnya boleh kekal dorman dalam tanah hingga 10 tahun,” maklum DOA.

Jabatan berkenaan turut menjelaskan bahawa rumpai berkenaan menimbulkan ancaman besar terhadap keselamatan makanan berikutan ia mengeluarkan bahan kimia allelopathic yang menghalang percambahan tanaman seperti sayuran, bijirin, pastura dan pelbagai spesis pokok.

“Di Queensland, Australia, kerugian industri ternakan dianggarkan mencecah USD16.5 juta setahun akibat kehilangan padang ragut dan kos kawalan.

“Rumpai ini turut memberi kesan kesihatan kepada manusia dan haiwan seperti alergi kulit, asma, dan hay fever. Kes sedemikian turut dilaporkan di Negeri Sembilan.

“Beberapa langkah kawalan boleh dilaksanakan termasuk mencabut dan memusnahkan rumpai pada peringkat awal sebelum ia berbunga dengan memakai sarung tangan dan pakaian perlindungan bagi mengelakkan sentuhan langsung,” katanya lagi.

Kawalan rumpai di kawasan kediaman

Dalam pada itu, DOA turut memberi petua bagi mereka yang menemui rumpai ini di kawasan rumah.

“Larutan air garam pada nisbah satu kilogram garam dalam empat liter air boleh digunakan untuk merencatkan pertumbuhan rumpai ini.

“Menurut Akta Kuarantin Tumbuhan 1976, tuan tanah bertanggungjawab melaporkan kewujudan perosak berbahaya termasuk Rumpai Miang Mexico kepada Jabatan Pertanian berdasarkan Seksyen 11.

“Di bawah Seksyen 12(1), Pengarah atau Ketua Pengarah Pertanian boleh mengeluarkan notis bertulis mengarahkan kerja-kerja kawalan dilaksanakan, manakala Seksyen 12(3) memperuntukkan bahawa semua kos kawalan ditanggung oleh tuan tanah.

“Seksyen 19A pula memperuntukkan dedan sehingga RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya jika gagal mematuhi notis kawalan,” jelas DOA lanjut.

Sehubungan itu, pihak DOA menyeru orang ramai yang mengesan Rumpai Miang Mexico di kawasan masing-masing supaya segera membuat laporan di Pejabat Pertanian berhampiran.

BACA: Lebih 500 Sekolah Di Wilayah Sempadan Kemboja Ditutup Akibat Pertempuran Dengan Thailand

BACA: Aceh Berdepan Wabak Penyakit Selepas Bencana Banjir

Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia (DOA)