Utama

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Pemanduan kenderaan memerlukan tahap tumpuan yang tinggi berikutan sebarang kesilapan boleh membawa maut.
Namun, terdapat satu ancaman senyap yang sering tidak disedari oleh pemandu iaitu microsleep ketika memandu.
Keadaan ini berlaku apabila otak 'terlelap' beberapa saat tanpa disedari, walaupun mata terbuka.
Microsleep sering dialami oleh individu yang keletihan, kurang tidur atau memandu pada jarak jauh. Dalam tempoh yang singkat itu, pemandu berisiko gagal mengesan kenderaan lain atau perubahan jalan.
Dalam tak sedar, microsleep kerap dipandang ringan oleh ramai pengguna jalan raya.
Namun begitu, keadaan ini boleh dielakkan sekiranya pemandu peka terhadap keadaan diri dan tahap tumpuan.
Jangan tak tahu, ada beberapa petanda awal yang menunjukkan pemandu bakal terlelap ketika memandu.
Antara tanda atau gejala yang boleh dikenal pasti ialah kelopak mata semakin kuyu dan pemandu mula tersengguk-sengguk ketika memandu. Bukan itu sahaja, pemandu juga mungkin sudah mula menguap berulang kali.
Selain itu, mata pemandu mungkin sudah mula terkebil-kebil dan pandangan seperti mengelamun.
Hati-hati. Petanda paling kukuh pemandu bakal terlelap ialah apabila pemanduan mula tersasar dari lorong.
Jika anda memandu sendirian, ini beberapa langkah pencegahan yang boleh anda lakukan.
Penting untuk pemandu mengambil langkah pencegahan microsleep supaya pemandu kekal fokus dan risiko kemalangan jalan raya dapat dikurangkan.
Perkara paling utama yang perlu pemandu lakukan ialah elakkan memandu ketika mengantuk. Jika anda dapat berhentikan kenderaan di tempat yang selamat, cuba rehatkan diri dan tidur untuk 20 minit.
Jika tidak, pemandu boleh juga cuba untuk mendengar radio atau mengunyah sesuatu seperti vitamin atau gula-gula.
Microsleep juga dapat dielakkan dengan menggerakkan tubuh badan supaya otak pemandu 'terjaga'.
Sebelum memulakan perjalanan jarak jauh, pemandu disarankan untuk mendapat rehat yang cukup bagi mengurangkan risiko microsleep.
Semoga perkongsian SK kali ini memberi manfaat dalam meningkatkan kesedaran pemandu tentang microsleep.
Dengan mengenal pasti tanda awal keadaan ini, pemandu dapat kekal fokus dan lebih selamat di jalan raya.
Ingat insan tersayang.