Siakap Keli

Bapa Durjana, Rakam Dan Rogol Anak Usia 8 Bulan

Bapa durjana, itu selayaknya gelaran bagi seorang lelaki di Ukraine apabila dia tergamak merogol bayi perempuannya yang berusia lapan bulan.

Lebih menjijikkan, dia turut merakamkan perbuatan terkutuknya itu dan menjual ‘bahan pornografi’ tersebut kepada sebuah laman web lucah di Australia.

Lelaki tersebut pada mulanya menyangka identitinya tidak akan terbongkar kerana dia menjual imej anaknya yang masih bayi.

Menurut polis, suspek memperkosa mangsa sambil mengambil gambar menggunakan telefon pintar miliknya.

Lelaki berusia 27 tahun dari wilayah Zhytomyr itu kemudiannya berjaya ditahan dalam satu serbuan yang dilakukan pada awal pagi di kediamannya.

Gambar : Lelaki (tengah) ditahan di kediamannya kerana merogol bayinya yang berusia 8 bulan

“Dia melakukan perbuatan tidak senonoh itu ketika isterinya tiada di rumah atau berkebun.

”Wanita tersebut hanya mengetahui tentang perkara itu selepas dimaklumkan oleh polis. Dia menjadi saksi paling penting kes ini,” kata jurucakap polis, Vitaly Chubaevsky.

Gambar : Ibu bayi berkenaan yang tidak mengetahui akan kejadian yang berlaku sebelum ini

Difahamkan, suspek merupakan bekas askar dan tidak dapat bekerja akibat kecederaan yang dialaminya di timur Ukraine pada 2014.

“Telefon bimbit lelaki itu penuh dengan bahan bukti. Kami menjumpainya di dalam bilik mangsa, tersembunyi di dalam mainan,” kata Chubaevsky.

Pada mulanya, gambar bayi berkenaan yang menjadi mangsa tersebar di laman web lucah Australia dan Russia.

Ia kemudiannya mendapat perhatian seorang polis siber dari Australia yang kemudiannya bekerjasama dengan polis Ukraine bagi menyelamatkan bayi tersebut.

Jika didapati bersalah merogol bayi perempuannya, lelaki itu bakal dihukum penjara 15 tahun.

Sumber : Daily Mail

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.