Siakap Keli

Gagal Kemaskini, Nama Tidak Tersenarai Dalam Penangguhan Bayaran Balik PTPTN

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada pagi tadi telah mengadakan Sidang Media bagi Pelaksanaan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman di Dewan Utama, PTPTN.

Menurut pengerusinya, Encik Wan Saiful Wan Jan berkata, semua peminjam PTPTN perlu membuat pengemaskinian maklumat pendapatan mereka bermula hari ini hingga selewat-lewatnya pada 25 Julai 2018 (Rabu).

Jelas beliau, semua peminjam yang patut membuat bayaran balik dan masih mempunyai baki hutang boleh mengemaskini maklumat pendapatan mereka secara atas talian melalui portal rasmi PTPTN iaitu www.ptptn.gov.my di ruangan ‘Pengemaskinian Maklumat Pendapatan’.

Sekiranya peminjam gagal mengemaskini maklumat dalam tempoh yang ditetapkan, maka PTPTN akan menganggap bahawa mereka tidak berhasrat memohon penangguhan bayaran balik.

Mereka juga tidak akan tersenarai di dalam dasar baharu bayaran yang akan dilaksanakan oleh kerajaan nanti.

Sumber : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.