Siakap Keli

Usia 18 Hingga 29 Tahun Adalah Waktu Untuk Cari Pengalaman

Di usia muda, adakah anda memanfaatkan waktu tersebut dengan sebaiknya? Jika tidak, jangan anda rasa menyesal sekiranya tidak dapat mnegatur hidup dengan baik seperti orang lain.

Percaya atau tidak, di usia 18 hingga 29 tahun ini adalah masanya untuk menentukan kehidupan anda selepas itu. Jika sepanjang tempoh itu anda gagal untuk mencorakkan masa depan, maka begitulah gambaran kehidupan seterusnya.

Lima nasihat dari Tuan Khairul Hakimin Muhammad  ini boleh dijadikan panduan dan nasihat berguna. Berhenti mengeluh dan bina masa depan anda dari sekarang.

Umur 18-29 tahun adalah waktu mencari pengalaman. Maksud cari itu ialah:

1. Kesanggupan rasa susah, gaji kecil dan kecilnya upah berbanding banyaknya kerja.

2. Kesanggupan belajar dalam waktu tertekan.

3. Kesanggupan menerima teguran, nasihat, pesanan, marah-marah dan perubahan.

4. Kesanggupan berkorban untuk meraih kejayaan berpasukan, bukan sendirian. Elak dari merungut dan boleh berada dalam apa juga keadaan kumpulan termasuk kebersamaan stress, berjaya dan tidak.

5. Kesanggupan ketap gigi menerima cacian, dan ambil itu sebagai medan baiki diri dan maju ke hadapan.

Selepas umur itu, putuskan nak jadi apa dan mulalah cari duit.

Sama ada ia akan datang bergolek, atau kalian terpaksa bersusah lagi dan lagi selepas itu adalah ditentukan pada umur 18-29 tahun itulah.

Selamat pagi kawan-kawan.

Khairul Hakimin Muhammad,
Pernah jadi mamat kilang 10 tahun 2 bulan.

Sumber : Khairul Hakimin Muhammad

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.