Siakap Keli

(Video)”Kamu Akan Mati”, Rakaman Ngeri Wanita Dan Kanak-Kanak Ditembak Mati Lelaki Bersenjata

”Kamu akan mati”

Itulah antara perbualan yang terakam dalam satu rakaman video tular dimana dua orang wanita dan anak mereka yang masih kecil dihukum bunuh oleh dua orang lelaki berpakaian tentera, dalam kejadian yang berlaku di Cameroon.

Kerajaan Cameroon bagaimanapun menafikan penglibatan pasukan bersenjatanya dalam kejadian itu. Kesemua mangsa dipercayai dituduh terlibat dalam pergerakkan militan Boko Haram dengan bertindak sebagai pengebom berani mati.

Dikongsi lebih 90,000 kali di media sosial, Twitter, salah seorang mangsa wanita itu dilihat mengendong bayinya di belakang. Mereka kemudian diiringi beberapa lelaki bersenjata ke satu kawasan tepi bukit. Kesemua mata mangsa kemudian ditutup dan diarahkan melutut sebelum ditembak oleh kumpulan bersenjata tersebut.

”Kamu adalah BH (Boko Haram0). Kamu semua akan mati,” kata salah seorang lelaki bersenjata tersebut dalam bahasa Perancis selain turut memukul muka salah seorang mangsa.

Boko Haram adalah sebuah pergerakkan militan yang beroperasi selama sembilan tahun di beberapa negara Afrika terutamanya di Nigeria dan Cameroon.

Kesemua mangsa dengan keadaan mata tertutup diarahkan duduk bersama-sama dengan anak kecil masing-masing. Kumpulan lelaki bersenjata itu kemudian mengundurkan diri beberapa langkah sebelum mengacukan senjata pada mangsa dan melepaskan beberapa das tembakan.

Bagaimanapun media masih tidak dapat mengesahkan kesahihan video tersebut termasuklah individu bertanggungjawab merakam, bila dan di daerah mana kejadian tersebut berlaku.

Rakaman yang tular di media sosial tersebut mendapat perhatian dunia termasuklah pergerakkan hak asasi manusia, Amnesty International yang mengecam individu terlibat dalam kejadian tersebut.

Apa yang berlaku di dalam video tersebut sekali gus mencetuskan kebimbangan pelbagai pihak berhubung penyalahgunaan kuasa dalam kalangan anggota tentera Cameroon yang ketika ini sedang berperang menentang Boko Haram bersama-sama dengan tentera Nigeria.

Menurut jurucakap kerajaan, Issa Tchiroma Bakary berkata, Presiden Cameroon, Paul Biya sudah pun mengarahkan kejadian tersebut disiasat.

Bakary pada masa yang sama juga menyebut bahawa kumpulan lelaki bersenjata yang dirakam di dalam video tersebut bukan sebahagian daripada anggota keselamatan negara itu.

”Senjata dan uniform yang mereka pakai bukanlah kelengkapan rasmi yang ditetapkan untuk angkatan tentera kami. Ia tidak lain tidak bukan satu penyamaran yang mahu merosakkan reputasi angkatan tentera kami,” katanya.

”Tentera kami ketika berada di kawasan operasi berisiko tinggi akan mengenakan pakaian jaket dan helmet kalis peluru serta memakai but tentera rangers. Ia tidak sama seperti yang dipakai oleh lelaki bersenjata di dalam video ini.

”Malah, jenis enjata yang digunakan oleh kumpulan lelaki bersenjata itu juga tidak sama dengan senjata yang digunakan tentera Cameroon di kawasan ini,” katanya lagi.

Jurucakap tentera Cameroon, Didier Badjeck juga menafikan penglibatan mereka dalam kejadian tersebut.

”Ia jelas menunjukkan musuh kami berusaha untuk mengalihkan perhatian anggota-anggota kami.

”Cameroon adalah negara yang menandatangani perjanjian dan konvensyen antarabangsa. Kami tahu bagaimana cara untuk menghormati maruah manusia ketika di medan perang,” katanya.

Amnesty International bagaimanapun dalam satu kenyataan menyatakan penyiasatan yang dijalankan pihaknya berjaya menemui bukti kuat penglibatan anggota tentera Cameroon dalam kejadian tersebut.

Analisis yang dilakukan terhadap senjata, uniform, percakapan dan kenyataan daripada saksi-saksi jelas menunjukkan bahawa ia didalangi oleh anggota tentera Cameroon itu sendiri.

Amnesty International sebelum ini turut terlibat dalam mendedahkan keganasan tentera Cameroon terhadap militan-militan yang ditawan dengan sebahagiannya ditahan dan diseksa di pusat tahanan haram negara itu.

Cameroon ketika ini berperang menentang kumpulan pemisah, Anglophone di daerah berbahasa Inggeris di kawasan barat manakala kumpulan Boko Haram di utara negara itu.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=lnWphqO2lbs]

 

Sumber : Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.